Saturday, October 5, 2013

Apa Yang Penting, Kerjasama!

Sempena Program Semarak Kemerdekaan  yang diadakan di Kompleks Pendidikan Alor Setar, saya dan guru2 kat SJKT Barathy  tidak terkecuali daripada menyibukkan diri dgn pelbagai aktiviti. Kata GB, kami perlu buat itu, buat ini supaya perbarisan sekolah kami nanti nampak gah dan hebat! Hu hu hu bersemangat GB kami.

 Makanya, selepas berbincang maka kami pun sepakat la buat itu, buat ini bg memeriahkan sambutan Program Semarak Kemerdekaan itu. Mula2 pakat2 gantung bendera. Mujur ada para pekerja sekolah ( tukang kebun) yang  ringan tulang membantu. Panjat tangga, turun tangga, gantung sana, gantung sini...alhamdulillah, siap jugak walau pun dengan tempoh masa yang terbatas.
 Esok nya pula, kami cikgu2 perempuan  sibuk bukak 'kedai jahit' kat bilik guru! Semuanya gara2 nak siapkan bunga raya utk dipakai esok  hari.  Seronok pulak walaupun terpaksa  buat  kerja lebih masa. Orang lain, cukup masa sekolah dah boleh balik, tp kali kena siapkan benda tu semua hari tu jugak. Syukur! Berkat kerjasama,  siap jugak akhirnya bunga raya kami :-)




Tiba hari nya, semua sekolah di Kompleks Pendidikan berkumpul di dataran AlFarabi utk perarakan kemerdekaan. Wahhhhh semua orang teruja tengok anak2 Barathy yang  berpakaian  bervariasi. Berwarna warni ! Dan yang best nya bila siap 3 kelopak bunga raya yang dipakai oleh 3 orang murid . Begitu juga dengan  sarung Harimau Malaya. Kami berarak dengan penuh bergaya dan bersemangat! Puas hati rasanya! :-)


 










Rindu Che

Petang kelmarin, call che (ibu) di kampung. Che tengah menghadiri mesyuarat. Bila dengar suara dia,  tau dia tak sihat. Lemah saja suara che, tp krn khidmat yang diperlukan, che tetap menghadiri mesyuarat yg diadakan petang tu. Kagum dengan semangat che. Dari dulu sampai sekarang che dahulukan  kepentingan masyarakat kampung daripada kepentingan diri sendiri. Sakit macam mana pun dia, bila ada apa2 perkara yang berkaitan masyarakat kampung, che pasti akan hadir .

Call sekali lagi  waktu malamnya. Masa tu, che baru saja balik dari surau. Letih saja suara dia pada mulanya. Macam tk bermaya. Layan sembang2 dengan che di hujung telefon sambil beri che semangat. Sekali-sekala terdengar suara che menahan sebak. Suara che terhenti2. Saya tahu che tengah sebak. Saya terus berbual2 dan beri kata-kata semangat. Berbual2 dengan che ttg kesihatan dia, tentang perkara2 yang che suka. Cerita pasal cucu2 che, pasal hal2 di kampung. Di penghujung perbualan, che berkali2 berkata, terima kasih telefon che, terima kasih telefon che, che rindu nak dengar suara. Sebenarnya , saya memang selalu call che di kampung, minggu lepas pun sebelum saya  sibuk berkursus, saya pun memang ada call che , bertanya kan kabar dia. Kata che, dia lupa, che kata dia sekarang mudah lupa. Kemudian, che ketawa. Alhamdulillah, kembali cerita suara che. Ya Allah, mohon kepadaMu ya Rabbi...Engkau rahmati dan lindungilah ibu ku. Sejahterakan lah hidupnya, anugerahkanlah kepadanya ketenangan dan kebahagiaan serta tubuh badan yang sihat....amiin.........

Saturday, August 3, 2013

Walkathon di bulan puasa...ha ha ha!

Malang sungguh cheq hari ni. Nak dijadikan cerita, petang tadi kami sekeluarga sepakat nak beli je juadah berbuka di bazar Ramadhan. Ok lah tu. Kebiasaannya kami beli di bazar Ramadhan yang berhampiran Stadium Darul Aman tu, tapi hari ni suami ajak beli kat Taman Nuri pulak. Cheq ikut je lah. Jam hampir 6 petang dah masa tu.

 Masa duk melilau cari ablong untuk Nana, tiba2 suami dapat call. Sebab tak nak buang masa, cheq biarkan suami bercakap di phone sementara cheq berjalan beberapa meter mencari makanan yg dipesan oleh anak2.  Tapi lepas je cari tp tk jumpa benda alah tu, cheq kembali kat tempat suami bercakap tadi, tp tengok2 dia dah tak ada! Kebetulan cheq pula terlupa nak bawa handphone. Cari2 dia tak dpt lalu cheq berjalan ke tempat letak kereta. 

Sampai kat situ, cheq tengok kereta suami pun tk ada ! Hah sudah! Lepas tu, cheq ambik keputusan utk berjalan ke jalan utama sambil2 cari pondok telefon awam. Jumpa satu, tp bila tengok, nampak pondok nya saja ada, telefon nya tak ada! Dekat setengah jam cheq berdiri kat simpang  tp kelibat suami cheq tak de pun. Tengok jam dah dekat pukul 7 malam! Cheq mula gelisah. Lalu, cheq ambik keputusan untuk berjalan kaki saja balik ke rumah. Jauh tu memang jauh la, dekat 3 km jugak la jarak nya. Dalam hati macam2 perasaan timbul. Marah, geram, sedih semua ada lah. Sambil jalan kaki, sambil air mata berlinang dah ni, hu hu hu! Lebih kurang  1km , tiba2 melintas kereta suami cheq . Masa tu cheq memang nak merajuk serajuk rajuk nya lah, bila pintu kereta dibuka, cheq tk leh kata apa dah, ayaq mata je lah meleleh2 keluar! Suami cakap apa pun cheq tk dengar dah. Padan muka cheq ha ha ha!

Saturday, May 25, 2013

Misi ke Bukit Bendera Terbantut!

Hari ni dah plan nak bawa Che dan rombongan ke Bukit Bendera di Pulau Pinang. Pagi2 lagi kami berkonvoi ke Pulau Pinang. Setelah sampai di kaki Bukit Bendera, pusing2 cari tempat parking tk ada la pulak! 2-3 pulang, semua tempat parking dah penuh! Jadi, kami buat keputusan untuk KIV je dulu cadangan untuk naik ke Bukit Bendera. Kesian la pulak.  Untuk mengubat hampa, saya bawa mereka ke Padang Kota Lama, pi makan pasembuq! Wah, tak sangka Che dan yang lain begitu teruja dapat makan pasembur Penang. Sedaaaaap sangat katanya. Dah puas makan, kami terus balik ke Alor Setar. Tak pa, lain kali kami bawak lagi datang Penang noooo..



Friday, May 24, 2013

Menerima Tetamu Dari Kampung

Jumaat, 24 Mei, saya menerima kunjungan bonda , adik beradik dan anak2 saudara dr kampung. Sempena dengan cuti sekolah, keluarga di Kampung Air Tawar datang bercuti di Alor Setar. Seronok bila dapat berkumpul ramai2 macam ni. Rumah saya yang biasanya sunyi je maklum lah kat rumah ni cuma dihuni seramai 5 orang saja, itu pun si kakak kebetulan bercuti dr Kolej.

Hari pertama, saya bawa 'rombongan' dr kampung tu pergi makan tosai. Mereka memang tak pernah makan pun tosai sebelum ni, maklumlah kat Besut mana ada makanan India macam tosai dijual di kedai2 makan. Riuh rendah jadinya kat restoran tu bila saya order tosai dan roti tisu untuk mereka. he he sekali sekala try pulak makanan India apa salah nya kan...
Anak-anak buah sedang try tosai..


Friday, May 17, 2013

Gelak Tawa di Hari Guru

Tahniah kepada seluruh warga SJKT Barathy kerana dapat mengadakan Sambutan Hari Guru dengan meriahnya. Pertamanya, saya tabik kepada GB kami kerana tidak terlalu lurus mengikut kehendak pihak2 atasan yang kemaruk suruh diadakan pengajaran dan pembelajaran pada Hari guru.

Jadi, semalam , pada 16 Mei, sekolah saya telah mengadakan Sambutan Hari Guru dengan penuh keceriaan dan gelak tawa.Guru-guru gembira, murid-murid pun turut ceria dan gembira.  Macam2 acara diadakan. Saya sebenarnya tak berapa sihat tetapi bila melihat kawan2 dah bersemangat turun padang untuk acara sukaneka, maka dalam keadaan tak berapa sihat pun, saya turut salin persalinan sukan. Fuhhhhh! Bersamangat nak join mereka.

Bila acara sukaneka diadakan, adoiii nak pecah perut ketawa. Hari tu dijalanakn 3 perlawanan . Ada pertandingan futsal dan 2 acara sukan rakyat. Main tuju tin dan main galah panjang. Galah panjang ni kalau di tempat kelahiran saya, dipanggil acara main "Gelap Cerah".  Wahhhh, kedua2 acara ini betul2 mengimbau kenangan masa kanak2 dulu! 30 tahun yang lalu saya memang juara lah bab main tuju tin ni. Jadi bila dapat main semula dengan kawan2 dalam usia akhir 40-an ni, memang enjoy abis!


 



Hari Guru pun depa nak suruh murid2 belajar dalam kelas! Adoiiyaa!

Semalam merupakan Hari Guru. Kami di SJKT Barathy pun tidak ketinggalan meraikan hari yang bermakna ini bersama dengan murid-murid. Asalnya terdengar desas desus daripada pihak pengurusan atasan merangkap pegawai2  di PPD dan JPN bahawa walau pun Hari Guru , pengajaran dan pembelajaran perlu dijalankan. Huh! Loklag betui la depa ni!  Nak pulun belajar la sangat kira2nya sampai hari2 macam ni pun nak disuruhnya murid-murid duk dalam kelas belajar.

Depa tu tak da akai ka. Depa ingat dengan cara tu saja ka boleh didik murid yang pandai, depa tk fikir ka macam mana nak didik murid jadi manusia yang pandai dan terdidik jiwanya. Depa tk nampak hari2 sambutan macam ni sebenarnya mempunyai banyak kebaikan nya. Melalui sambutan2 seperti Hari Guru ini, akan dapat mendekatkan lagi hubungan antara murid dengan guru. Mengakrabkan mereka di samping dapat melahirkan sikap menghargai, kasih sayang dan saling hormat menghormati. Suasananya lain, tidak semestinya hanya di dalam kelas sahaja murid2 belajar dan dapat dididik, malahan dalam suasana sambutan macam ni terserlah banyak perkara2 yang positifnya.

Murid-murid dapat belajar daripadanya. Jadi, kepada yang duk atas2 tu, jangan lah disendatkan jiwa dengan belajar , belajar, dan belajar di dalam kelas sampai mengabaikan yang lain. Jiwa kanak2 itu perlu juga diisi dengan hal2 yang menceriakan dan menghiburkan mereka. Belajar2 lagi lagi wahai pegawai2 atasan...cuba lah pelajari mengenai Psikologi Kanak-kanak supaya anda lebih faham tentang keperluan kanak-kanak.

Wednesday, May 15, 2013

Hari Marah Sedunia!

Hari ini adalah Hari Marah Sedunia.   Masuk saja kelas 3V, panas dah menyirat2 bila tengok kelas tunggang langgang dengan susunan kerusi nya. Iskkk saya memang tak boleh nak mula mengajar bila keadaan kelas macam tu. Jadi, terpaksa ambil masa sikit utk betul kan balik suasana kelas yang macam apa ntah la.

Masa tu pulak, waktu terakhir. Terpaksa pulak buat pentaksiran sebab tak ada waktu lain lagi dah . Lepas edar kertas pentaksiran, saya menerangkan kepada murid mengenai apa yg perlu mereka jawab. Lebih kurang bagi penerangan supaya mereka dapat jawap.  Bila dah separuh masa, mula lah bunyi bising. Dah la kita ni tak berapa sihat. Tegur, buat lagi. Tegur dan dibuatnya lagi. Mula la hangat nak terkam sorang2. Bila cukup masa, check2 ten gok2 masih ada beberapa orang yang tak siapkan walau pun masa yang sepatutnya dah diberi. Dan yang paling hotnya, bila datang seorang murid ni dengan muka selamba je hulur kertas kosong! Satu benda pun dia tak jawab. Fuhhhhh menyirappp darah dibuatnya. Bila suruh buat, dia boleh buat tak tahu je. Geram punya pasal, kertas soalan nya saya koyakkan! Nah, ambik kau! Tak pernah2 geram macam ni. Mana tak nya, kalau tak tahu buat langsung tu mustahil la sebab dah diberi tahu cara macam mana nak jawab. Pilihan jawapan pun ada, cuma baca dan pilih saja. Ini langsung tak tulis apa2, mana tak menggelegak darah cikgu!

Terkebil2 dia melihat kertas jawapannya dikoyak. Oleh sebab terlalu geram dengan sikap dia  yang malas nak mencuba tu, memang saya langsung tak nak beri muka. Saya suruh dia angkat beg dan balik. KOSONG! Kata saya kepada dia. Kamu tak payah buat apa2 dah lepas ni, markah kamu kosong!

Belum reda gelegak dalam dada, terpaksa pulak hadiri taklimat di Makmal ICT Sekolah. Kata jam 1.20, tunggu2 sampai 1.30 tak mula lagi. Saya dah lah kena pergi kursus pulak pukul 2.00 petang di PPD.  Mendidih lagi darah dibuatnya! Tengok jam dah pukul 1.35, saya terus cakap, saya nak blah! Debammmm tutup pintu makmal! ha ha ha bengkeng sungguh !  

Dengan badan yang tak sihat ni, cepat2 ke PPD untuk hadiri kursus. PPD pun satu hal, buat kursus pun time2 macam ni. Kita ni dgn kelam kabut dan tak sempat nak makan apa pun, teguk air kosong je segelas. Sampai kat PPD, tanya tempat kursus, kena pulak tingkat paling atas. Kena panjat tangga lagi pulak! Aduiiii dah la demam pun masih berbaki ni, lapar lagi kena pulak panjat tangga  yg bertingkat2 utk  ke tempat kursus.  Dalam dewan, rasa macam longlai je badan. Sepatah pun tak terkata apa. Penat punya pasal.

Tuesday, May 14, 2013

1 keping kad 1 ribu makna

Sempena dengan Hari Ibu, saya ada terima sekeping kad ucapan drp anak2. Memang lawak la budak2 ni. Memang tersengeh sorang2 saya dibuatnya bila baca apa yang depa tu tulis. Terima kasih la anak2 ku! Bukan hadiah yang mama harapkan...ingatan yg tulus itu adalah lebih bererti dan lebih bermakna.



Selamat Hari Ibu!

12 hari bulan Mei adalah Hari Ibu Sedunia. Jadinya, kat sekolah kami pun ada juga buat sambutan hari ibu. 2 biji kek disediakan oleh penderma untuk guru-guru perempuan yang 'berpangkat' ibu. Terima kasih di aras ingatan tulus ikhlas itu.






Saturday, May 11, 2013

Tolong orang, orang tolong kita

Yakin dan percaya lah, buat baik pasti akan dibalas baik.

Itu lah yang terjadi kepada kami. Sewaktu dalam perjalanan pulang dr Kuantan ke Alor Setar, paip air ke saluran tangki kereta tiba2 pecah. Waktu tu pulak dah hampir malam. Memang sukar nak carik kedai pomen kereta time2 macam tu. Dalam kesukaran tu, tiba2 datang seorang hamba Allah  sudi membantu. Dengan motosikalnya, dia melilau mencari kedai membaiki kereta yg masih buka...tak ada. Melilau lagi dia mencari kedai jual barang ganti di Taiping dan nasib baik masih ada sebuah kedai alat ganti kereta yang masih bukak. Dah nk tutup jugak sebenarnya. Dengan bantuan mekanik kedai alat ganti tu, akhirnya masalah kereta kami dapat diatasi dan kami dapat meneruskan perjalanan setelah hampir 3 jam 'terbantut'

Beberapa hari sebelum kejadian ini, ada sebuah kereta rosak betul2  berhampiran dengan kawasan rumah. Tak ada orang pun tolong tolak kan kereta tu. Jadi, suami terus menghulurkan bantuan dengan menolak  kereta yang rosak itu ke bahu jalan dan membantu pemandu tersebut membaiki keretanya.

Bila teringat balik hak ini, terus suami berkata, tengok.....bila kita tolong orang yg dalam kesusahan, Allah akan  hantar orang untuk tolong kita jugak..... alhamdulillah.

Thursday, May 9, 2013

Jadi Penceramah lagi...

Khidmat diperlukan lagi. Nak tolak pun, orang duk berharap sangat2, jadi  sanggupkan saja lah. Pada 9 mei yang lalu, sekali lagi saya dijemput untuk menjadi penceramah bagi Bengkel Teknik Menjawab Soalan BM UPSR. Bengkel ini dihadiri seramai 96 orang calon UPSR . Mereka terdiri daripada murid2 di 3 buah sekolah di Kompleks Pendidikan ni. Alhamdulillah, ceramah dapat disampaikan dgn lancar dan sempurna. Semoga apa yang disampaikan dpt dimanafaatkan oleh murid-murid ....amin.
Peserta Bengkel Teknik Menjawab Soalan BM di Dewan Seminar Kenanga

Pakat datang serbu bersalam-salaman pulak budak2 ni, bagus sungguh sikapnya.


Sunday, May 5, 2013

Mari lah Mari, Pergi Mengundi....

5 Mei 2013  . Tarikh penting tu. Semua orang tertunggu2 tarikh ni kan. Saya pun sama lah, tak sabar menunggu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia. Pagi-pagi lagi saya dah  ke pusat mengundi di SM Syed Mohd AlBukhari di Kompleks Pendidikan. Alhamdulillah  tak perlu nak beratur panjang macam kt sesetengah tempat.

Encik Suami sedang mengelap jari yang terpalit dakwat.

Encik, nanti depa calit dakwat kt jari tau , kata nyonya tu kat Encik Suami, hehe macam la orang tk  tahu.
Saya dah mengundi!
Kat Facebook orang kalut duk tayang jari , saya pun nak tayang jugak lah  saya punya jari yang dah terpalit dakwat..:D

Friday, April 26, 2013

Melawat Kawasan

Demam Pilihan raya....
Kali ni, saya dan suami mengundi di Kedah. Teringin nk mengundi di tempat sendiri, tapi apa kan daya, dah menetap kat Kedah ni suami harap kali ni kami dapat mengundi di Kedah. Kata dia, boleh la bantu2, tolong2 rampas balik Kedah daripada Pembangkang.

Malam tu, kami melawat Bilik Gerakan....hu hu teringat masa kt kampung Air Tawar. Kalau kat kampung, time2 macam ni memang meriah la, macam malam raya.






Tuesday, January 1, 2013

Memo Pertukaran dan Kenaikan Pangkat

Semalam, tiba-tiba dapat panggilan daripada pegawai dari PPD Kota Setar.  Bila tiba di Pejabat Pelajaran Daerah, dimaklumkan oleh pegawai yang berkenaan  tentang memo  tersebut. Al kisahnya dapat memo kenaikan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SK Langgar. Kata pegawai tersebut, tahniah cikgu! Saya pulak buat muka mencuka....alamak! Saya tak mau la Tuan!  hehee terlopong dia! Pelik agaknya sebab orang lain dapat memo kenaikan pangkat akan tersenyum lebar, saya pulak   tunjuk muka monyok. Berulang kali menyatakan yang saya tidak mahu jawatan tersebut, pegawai berkenaan meminta saya berjumpa terus dengan Tuan Pengarah .

Jadinya, selepas tu saya terus ke Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Carik Tuan Pengarah, tk ada pulak.. Kemudian, carik Penolong Pengarah Bahagian Sekolah Rendah....mujur ada. Terus jumpa, terus bagi tau  tentang hasrat untuk menolak tawaran perlantikan tu. Terkebil2 dia. Kenapa nak tolak cikgu?  Bila disoal macam tu, terus saja saya kata memang saya tak berminat untuk naik pangkat jadi PK. Beliau terus mendesak supaya saya menerimanya tapi saya pulak tetap dengan keputusan hehe...... Last2, dia suruh pergi juga lapor diri  di sekolah baru dan kalau betul2 tak mau, buat surat penolakkan....tapi belum tentu lagi diterima....Haishhhhhh!!

Tuesday, December 11, 2012

Sembur cat kamera AES: Pelaku tidak bertamadun, bacul

Sembur cat kamera AES: Pelaku tidak bertamadun, bacul


Macam-macam la depa tu nak tunjuk prihatin kat rakyat la kunun sampaikan upah samseng untuk sabotaj kamera yang dipasang. Apa yang susah sangat, kamera tu bukan diletakkan di tempat tersorak, tempat yang jelas dilihat. Jadi kalau takut kena saman,  jangan le duk bawak kereta laju macam formula one kat kawasan tu. Apa susah?

Saturday, December 8, 2012

Alif (CikCik) dikhatankan sudah!

Hari ni bawa Khalif ke klinik untuk dikhatankan.
Sebenarnya ingatkan minggu depan, tup-tup papa dia call suruh bersiap-siap , katanya, ok hari ni tak ramai kt klinik, jadi terus bawak dia ke klinik.

Baru sampai di klinik.....daftar dulu ya Alif..... Fuhhhh, dia kontrol macho, siap senyum tahan rasa takut!

Alif dibawa masuk ke bilik doktor untuk dikhatankan.

He he he dah siap!

Peace!!!!! Selepas siap dikhatankan.

Tak boleh nak golek2 depan tv dah, kena duduk atas kerusi macam maharaja  hahaha!
Dari rumah, dia macam gelabah je. Tapi bila di klinik , siap control macho! Sorok rasa takut la tu!. Bila selesai , keluar dr bilik doktor, dia tersengeh je. Bila tanya , sakit tak? Tak sakit pun! Tak sedar pun dah abih! Kata Khalif, doktor bagi komik suruh baca. Siap dia tanya doktor, 'dah abih ke ?' hahaha!!!

Friday, November 16, 2012

* Apa itu fibroid?

Baru sekejab tadi, saya mendapat tahu seorang sahabat lama  disahkan mengghidapi penyakit Fibroid dan sedang menunggu masa untuk menjalani pembedahan. Semoga Allah  memudahkan  proses pembedahan tersebut dan sahabat saya itu akan kembali sihat seperti biasa. Amin.

Sebenarnya saya pun baru pertama kali mendengar'nama'  penyakit  Fibroid. Apa itu Fibroid sebenarnya? Saya cuba untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai penyakit tersebut. Dan di sini, saya ingin berkongsi apa kah itu Fibroid dengan pembaca sekalian.

 Fibroid

Apa itu fibroid?
Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat namanya.
Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom.Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi.
Kenapa? Ketumbuhan ini merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.

Tidak pernah mengandung
Dr. Salleh berkata, lazimnya mereka yang tidak pernah mengandung, gemuk, berkulit hitam, mempunyai risiko untuk mendapat fibroid.``Bagaimanapun tiada sebab-sebab tertentu seseorang itu boleh mendapat fibroid. Hanya sekitar 25 peratus sahaja pesakit fibroid yang mengalami simptom-simptom.
``Ini termasuklah mereka yang mengalami pendarahan haid yang banyak, sakit sewaktu hubungan kelamin, kemandulan mahupun masalah dubur yang disebabkan oleh tekanan akibat daripada ketumbuhan fibroid ini,'' jelas beliau.
Bagi wanita mengandung pula, fibroid boleh menyebabkan komplikasi termasuk keguguran, sakit bersalin sebelum waktunya dan kesakitan akibat daripada infarksi yang berpunca daripada kekurangan bekalan darah atau menyebabkan kedudukan bayi tidak normal dan terpaksa menjalani pembedahan Caesarean semasa bersalin.Biarpun amat jarang berlaku, fibroid boleh berubah keadaannya dengan menjadi malignan, apabila ia cukup besar mahupun membesar dengan cepatnya.

Diagnosis
Lazimnya, diagnosis dilakukan dengan mengambil kira sejarah simptom-simptom seperti yang dijelaskan di atas, atau secara kebetulan apabila pesakit menjalani pemeriksaan faraj yang berkala seperti ujian pap smear.``Bagi sesetengah wanita yang menjalani pemeriksaan kemandulan, fibroid boleh dilihat sewaktu menjalani imbasan ultrasound.
``Imbasan ultrasound adalah sangat penting memandangkan ia juga boleh membezakan di antara sis dan lain-lain tumor pelvik,'' kata Dr. Salleh.Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di mana magnet-magnet berkuasa tinggi digunakan untuk melihat struktur tisu-tisu juga berguna walaupun ia adalah mahal.
Ia bermanfaat bagi membezakan di antara fibroid dengan adenomiosis iaitu satu keadaan yang berkaitan dengan endometriosis dan agak sukar untuk dirawat.Katanya: ``Malah, ada yang datang berjumpa doktor setelah mendapati abdomen mereka semakin lama semakin membesar seperti mengandung. Selepas pemeriksaan dilakukan barulah diketahui wanita ini mengalami fibroid.''

Jenis-jenis fibroid
Lokasi fibroid sering mempengaruhi tanda-tanda yang dialami dan pada sesetengah kes, rawatannya.
- Fibroid submukus terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan masalah haid termasuk kesakitan apabila ia membesar.
- Fibroid intramural adalah fibroid bulat yang terdapat di dalam dinding uterus yang boleh menyebabkan pembesaran uterus.
- Fibroid subserous tumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak menyebabkan sebarang tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu organ-organ lain.
- Fibroid pedunkel berbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous mengeluarkan tangkai atau pedunkel, membesar serta membengkok dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
- Fibroid submukus dan intramural lebih banyak mengundang kesakitan semasa haid dan mendatangkan masalah seperti keguguran. Sementara itu, subserous dan pedunkel pula boleh menyebabkan masalah kemampatan dan kesakitan terutamanya semasa kehamilan.
- Fibroid interliganmentous tumbuh di sisi di antara ligamen yang menyokong uterus di dalam abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya yang berkemungkinan menjejaskan bekalan darah.
- Fibroid parasitik, paling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ lain.

Waktu sesuai merawat fibroid
``Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang dijelaskan tadi.
``Ia juga difikirkan sesuai, bagi sesetengah kes apabila seseorang wanita ingin hamil dan pandangan perubatan berbelah bahagi sama ada fibroid perlu dirawat atau mencari peluang mengandung,'' kata Dr. Salleh.Kadangkala, haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang wanita itu mendapat anemia.
Pun begitu, katanya, kebanyakan doktor bersetuju biarpun tiada simptom-simptom, fibroid pedunkel agak jarang mencetuskan masalah besar bagi wanita hamil.
Bagaimanapun bagi fibroid submukus, ia berkemungkinan menyebabkan wanita lambat hamil serta mengakibatkan wanita hamil mengalami keguguran.Keputusan untuk merawat atau tidak sebenarnya bergantung kepada usia wanita itu sendiri, saiz fibroid, pernah keguguran dan sama ada rahim menjadi herot kerana kewujudan fibroid itu.
Dr. Salleh menambah, usia adalah faktor penting kerana fibroid akan membesar di bawah pengaruh estrogen dan fibroid juga mudah dikeluarkan di kalangan wanita muda dan ketika fibroid masih kecil lagi.
Bagi wanita yang berusia, mereka perlu berjaga-jaga apabila membuat keputusan untuk melengahkan pembedahan.``Bagaimanapun, wanita yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan fibroid perlu mengambil masa sebelum mengandung. Pakar akan menasihati masa yang sesuai mengikut keadaan pesakit,'' ujarnya lagi.

Rawatan fibroid
Rawatan fibroid bergantung kepada saiz dan kedudukan fibroid itu.
- Rawatan hormon; terapi hormon sangat berguna kepada wanita yang hampir menopaus dan bercadang untuk mengelak pembedahan. Bagaimanapun terapi ini tidak banyak memberi manfaat kepada wanita yang bercadang untuk hamil.
- Reseksi histeroskopi; lazimnya dilakukan ke atas fibroid submukus asalkan fibroid itu berukuran kurang daripada l0 sentimeter garis pusat. Beberapa proses dilakukan sebelum pembedahan dapat dilakukan.
Pembedahan membuang fibroid ini menggunakan sejenis alat berupa wayar khas bersama histeroskop yang dimasukkan ke dalam uterus melalui serviks/pangkal rahim.
- Pembedahan laparoskopi atau miomektomi laparoskopi pula adalah pembedahan bagi mengeluarkan fibroid.Intramural dan subserous boleh dikeluarkan melalui pembedahan ini melalui dua insisi/pemotongan 10 milimeter panjang, satu di bahagian pusat dan satu lagi di garisan abdomen.
Hanya segelintir sahaja pakar yang mengambil pilihan ini kerana ia mengambil masa yang lama dan cukup mencabar.
- Miomektomi terbuka, pembedahan konvensional yang dilakukan melalui insisi di bahagian bawah, memanjang atau menegak di bahagian garisan bikini (antara ari-ari dan abdomen). Otot-otot uterus dibedah dan fibroid dikeluarkan.Doktor biasanya akan mengesyorkan wanita yang hamil selepas pembedahan ini untuk menjalani pembedahan Caesarean apabila sampai masanya untuk bersalin.
- Histerektomi bergantung kepada usia, bilangan anak, masalah kesihatan wanita serta lain-lain faktor.
Wanita yang menjalani histerektomi tidak akan mempunyai haid lagi kerana rahimnya sudah dikeluarkan sekali bersama fibroid.

Nasihat pakar
Dr. Salleh menegaskan, bagi wanita yang menopaus, mereka perlu mendapat rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda menopaus yang teruk.
Dalam hal ini, suami perlu memberi sokongan yang sewajarnya untuk isteri dalam meneruskan kehidupan seharian termasuk dalam hubungan suami isteri.
Beliau juga menekankan, wanita perlu menjalani ujian pap smear secara berkala untuk mengesan kanser servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar juga berbahaya bagi wanita.
Wanita yang melalui pembedahan perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang ideal serta melakukan senaman yang bersesuaian apabila mereka sudah pulih sepenuhnya. Jumpalah doktor untuk nasihat selanjutnya.


SUMBER : UTUSAN

 

Apa yang penting kerjasama....!

Lama juga tidak membelek blog sendiri ni. Kesibukan tugasan  di sekolah dan ditambah pula dengan  tuntutan masa untuk belajar semasa menjadi mahasiwa tua ni memang membuatkan  saya terkejar-kejar. Memang mencabar bila sambung belajar sewaktu sedang bekerja ni. Kedua-duanya perlukan komitmen yang tinggi dan sama rata.

Hari ni setelah bertungkus lumus, akhirnya siap juga lah ketiga-tiga assignment yang perlu dihantar .  Terima kasih kepada semua yang banyak membantu. Terutamanya kawan-kawan sekuliah, anak-anak dan suami .Beberapa hari yang lepas, terpaksa buat 'kerahan tenaga'  daripada anak2 hingga kepada encik suami! "Mai tolong check mama punya assignment English ni, betui ke idak  grammar nya, ayatnya...!~" Mujur la suami terror juga berbahasa Inggeris boleh juga la jadi tempat merujuk. Dan si anak pulak diberi tugasan untuk membantu mamanya menaip, sebab jari jemari mama dah macam nak kejong je duk menaip 2 assignment lagi tu.  Dan akhirnya berkat kerjasama seperti kata  wonderpet, apaaaaaaa yang penting, kerjaaasama, akhirnya siaplah assignment terakhir saya!. Alhamdulillah.