Wednesday, February 6, 2008

Apa Yang Dirancang dan Apa Yang Terhidang





Semalam berakhirlah Sukan RIMUP bagi sekolah-sekolah rendah di Kompleks Pendidikan Negeri Kedah. Sukan RIMUP adalah singkatan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. Ia julung-julung kali diadakan semlm.


Idea melaksanakan sukan RIMUP ini memang bagus. Banyak kebaikan yang mampu diraih seandainya apa yang dirancang dan diharapkan itu sama seperti yang terhidang. Sukan ini melibatkan 3 buah sekolah iaitu 2 buah sekolah kebangsaan dan sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil.


Antara matlamat mulianya adalah untuk mewujudkan persefahaman, kerjasama dan tolenrasi antara kaum. Molek sungguh apa yang diimpi-impikan itu. Namun begitu, apa yang dirancang tidak sama dengan apa yang terhilang. Nampak sangat ada kejurangan di situ.


Melalui penghayatan saya sejak sebulan yang lepas, dan paling akhir semalam, nyata hasrat untuk mencapai nilai-nilai murni itu masih sukar dicapai. Apa yang dirancang tidak sama dengan apa yang terhilang.


Saya dapat melihat dengan jelas bagaimana sikap orang kita [Melayu] tatkala bekerja atau berurusan dengan kamu lain. Sekali pun saya orang Melayu tetapi saya kesal dengan sikap orang melayu kita yang kerap memandang kaum lain dengan sebelah mata. Saya cukup rasa malu dengan kaum saya sendiri. Saya mengajar di dalam komuniti Kaum India. Saya satu-satunya guru Melayu di sekolah saya. Namun begitu saya tidak pernah rasa tersisih. Saya diterima dengan tangan terbuka di sekolah saya. Saya tidak pernah diasingkan dan guru-guru .Guru Besar juga tidak pernah membezakan saya. Saya diberi layanan yang sama adil. Itu yang saya nampak layanan di pihak kaum lain terhadap orang kita.


Akan tetapi apa pulak cara kita melayan mereka? Semalam contohnya, saya dapat melihat dengan jelas ketidakimbangan perilaku bangsa kita, kaum Melayu terhadap bangsa lain. Cikgu-cikgu Melayu begitu malas untuk berada di tengah padang mengurus murid-murid. Panas agaknya? Lalu tanggungjawab itu terpaksa dipikul oleh kebanyakan guru-guru dari Sekolah Tamil yang 99% nya India. Saya malu melihat bangsa Melayu hanya tahu mencuri tulang. Duduk bawah khemah sambil memakai kaca mata hitam. Pakai pakaian pun mengalahkan orang nak pergi buat show. Tak reti masuk majlis sungguh! Ada ke masuk ke padang untuk bersukan pakai baju rambo rambai macam nak pergi majlis makan malam. Nampak sangat cara orang kita ni tak reti masuk majlis. Lebih kuah dari sudu.


Lagi satu orang kita ni hanya mahu orang hormati kita tetapi kita sendiri tak tahu nak menghormati bangsa lain. Semalam saya benar-benar meluat dengan bangsa saya sendiri. Saya malu melihat apa yang mereka buat sewaktu melaksanakan sukan RIMUP ini. Macam mana orang kita nak dipandang tinggi oleh bangsa lain? Orang kita hanya gah pada nama, pada kuasa. Perlu diingat, jika tanpa kuasa, apa yang akan jadi?


Sedih saya melihat bagaimana orang kita melayan kaum lain. Murid-murid Melayu sendiri rata-rata kurang tahu menghormati kaum lain. Mencaci dan mengata membuatkan telinga saya menjadi nipis. Sekali pun saya sendiri orang Melayu, saya marah bila anak-anak bangsa saya tidak tahu menghormati kaum lain. Hati saya terdetik mengatakan, kalau guru mereka pun tidak tahu menghormati rakan sekerja mereka dari kaum lain, ini kan pula budak-budak kecil tu. Itu lah yang terhidang!


Syabas saya ucapkan kepada guru-guru SJK(T) Barathy kerana telah memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh dalam menjayakan sukan perpaduan ini. Tahniah juga kepada beberapa orang guru Melayu dari sekolah-sekolah yang berkenaan yang tahu menghormati guru-guru dari kaum lain dan bersama-sama kami melaksanakan sukan Rimup kali Pertama ini.






Wednesday, January 30, 2008

Penat!





Penat! Penat! Penat Sungguh!!

Sejak 3 minggu yang lalu rutin aku adalah ke sekolah setiap lagi dari jam 7.20 pagi hinggalah ke jam 5.30 petang. Penat! Penat! Penat sungguh!

Penat dengan kerenah-kerenah manusia :
Kerenah-kerenah murid-murid
Kerenah-kerenah pihak pentadbir
Karenah-kerenah pegawai-pegawai pentadbiran
Hinggalah ke kerenah-kerenah orang-orang besar dalam Jabatan Pendidikan dan Kementerian Pendidikan


Dari bilik darjah hinggalah ke padang sekolah, semuanya menagih kesabaran yang bukan sedikit

Wednesday, January 2, 2008

Hari Pertama Persekolahan 2008



Pagi-pagi lagi dah kena bangun. Siapkan sarapan dan bekal untuk anak-anak ke sekolah. Hari ini hari pertama persekolahan tahun 2008. Seronok tengok Alif berunifom sekolah kali pertama. Awal-awal tahun ni memang mana-mana ibu bapa pun akan terasa sedikit perit. Semua perlukan duit. Bukan setakat seratus dua, tapi boleh tahan juga jumlahnya. Anak di sekolah menengah lagi lah banyak keperluannya.


Walau bagaimana pun, saya tak mahu merungut, sebab bila kita rasa itu adalah tanggungjawab, kita akan rasa puas. Puas sebab dapat menyediakan semua keperluan mereka. Kadang-kadang terbayang di benak saya bagaimana halnya keluarga yang ramai anak-anak bersekolah, perlu memperuntukkan keperluan yang banyak. Pakaian seragam sekolah, buku-buku tulis dan juga yuran-yuran yang perlu dilangsaikan.


Sebut pasal yuran ini, ramai juga ibu bapa yang terkeliru dengan pengumuman kerajaan tentang pengecualian yuran sekolah. Sangka mereka, semua bayaran sekolah itu dalah yuran sekolah. Walhal yuran khas sekolah yang dikecualikan oleh kerajaan itu hanya sebanyak RM4.50 sahaja bagi sekolah rendah. Itu sahaja! Berbanding jumlah sebenarnya yang perlu dibayar adalah puluhan ringgit.


Rata-rata merungut perihal bayaran yuran yang semakin meningkat. Darjah satu sahaja yuran persekolahannya adalah RM77.50. Di sekolah-sekolah yang lain mungkin ada yang lebih dari itu. Begitu juga halnya bagi anak-anak yang bersekolah menengah. Bayaran yuran yang perlu dibayaran adalah RM 150.00 dan ke atas. Yuran PIBG sahaja mencecah puluhan ringgit. Bayangkan lah jika sesebuah keluarga itu mempunyai anak-anak yang ramai bersekolah. Ini tentu sekali memenatkan otak dan hati mereka. Mahunya beribu ringgit terpaksa dicari setiap kali persekolahan dibuka. Kasihan....


Berbalik kepada Alif... sedar tak sedar dia dah melangkah ke tahun satu pada tahun 2008 ini. Terasa masih kecil lagi dia. Alif masih dengan keletah keanak-anakannya.Mungkin kerana dia anak bongsu saya, manjanya lebih sedikit. Padi tadi saya dan suami menghantarnya ke sekolah. Tanpa banyak kerenah, dia terus ke kelasnya. Tak perlu ditemani lagi. Nampaknya dia sudah pandai menyesuaikan diri dengan sekolah. Mungkin kerana setahun sebelum ini, Alif saya hantar ke kelas Prasekolah. Alhamdulillah.

Friday, December 28, 2007

Mengapa saya menulis di blog ini?




Mengapa saya menulis di blog ini?



Apa perlunya saya menulis di ruang ini? Itulah antara soalan yang diajukan kepada saya oleh seseorang yang pernah mempersoalkan hasrat saya untuk menulis di sini.



Mengapa saya perlu menulis di blog ini?



Ada banyak sebab mengapa saya menulis di sini. Yang paling penting sekali, kerana saya ingin merakamkan detik-detik kehidupan saya di sini. Yang manis, yang pahit dan yang hambar. Saya ingin jadikan ruang Blog ini sebagai cenderamata saya kepada keluarga saya...kepada suami dan anak-anak. Saya mahu jadikan ini sebagai sebuah catatan yang mungkin akan terus ditatapi oleh anak-anak saya sehinggalah saya tiada lagi di sisi mereka.




"Mama mahu Kakak,...Nana dan Cik-cik membaca terus catatan di blog Mama ini sebagai tanda ingat-ingatan. Jadikan ia sebagai memori daripada Mama..."