Saturday, July 28, 2012

Puasa hari ke-8

Hari ni masuk hari ke-8 berpuasa. Alhamdulillah.
Hari ni tak sempat nak masak lauk berbuka, jadinya, beli je lauk tunjuk kat Pasar Ramadhan. Boleh tahan juga juadah yang dijual di Pasar Ramadhan  yang terletak di perkarangan Stadium Darul Aman ni...macam-macam ada. Cumanya, harga pun boleh tahan.

'Exam' di bulan puasa

Agak lama juga tidak menulis di blog sendiri ni. Diburu kesibukan sedikit. Sibuk dengan kerja buat di sekolah dan sibuk menyiapkan tugasan sebagai 'student tua'.

.
Hari ni selesai 1 paper final exam utk semester ini. Berkerut jugak dahi bila tengok kan soalan-soalan yang dikemukakan. Memang byk yang sukar daripada yang mudah. Ingatkan saya sseorang jer yang beranggapan macam tu, rupa2nya kawan-kawan yg lain pun sama-sama berkerut! Selang beberapa jam selepas exam, dpt beberapa sms daripada kawan-kawan, pakat duk tension dengan jawapan masing-masing. Relax. la wahai sahabat-sahabatku, janji kita jawab dan tak tinggal kosong, kira ok la tu! Apapun, mohon kepada Allah semoga nantinya akan dapat result yang  mampu melegakan....

Wednesday, June 27, 2012

Berbbq

Beberapa hari lepas teringin pulak  nak makan makanan yang dibakar2..dipanggang2.... Ajak semua cari       ( beli) alat pemanggang.....hu hu kopak jugak le beberapa ratus. Lepas tu, pergi pulak beli ayam dan daging yang telah diperap dengan  blackpaper tu....  Potong bawang besar, cucuk ngan lidi....campur pulak  tomato kecil tu, bunga kubis....panggang.... makannnnnnn!! Haaa..puas hati!

Jalan-jalan makan angin...

Hujung minggu baru-baru ni (Jumaat 15 Jun 2012), makan angin 2 hari 1 mlm di Penang. Orang lain masa cuti sekolah hari tu berduyung2 pergi bercuti, tp masa cuti sekolah kami duk kt rumah saja. Nak perrgi bercuti, tp duk teringat kan anak yg sulung  tk cuti. Tak sampai hati pulak nak pergi bercuti tanpa si kakak. Jadi, tunggu je la time dia kebetulan cuti baru lah boleh sama-sama pergi bercuti....Dalam masa  cuti yang terhad ni, terpaksa le jalan2 kt tempat yg dekat-dekat je lah.

Thursday, June 7, 2012

Berpada-padalah!

Saya cukup ' berangin' kalau masa cuti sekolah ni pun pihak sekolah masih asyik duk call2 suruh datang ke sekolah. Dah lah minggu pertama dah ada kat sekolah utk mengajar kelas tambahan, minggu ke-2 pun tk nak bagi kita ni bertenang2 kan fkiran kt rumah . Asyik call-call. Boring betul. 

Cikgu-cikgu pun perlukan rehat utk menjana tenaga baru bg menghadapi penggal persekolahan baru. Mereka agaknya tk faham kenapa diwujudkan cuti penggal persekolahan ni. Jangan ingat cikgu kena kerna 24 jam. Guru bukan robot! Saya pun ada  keluarga yang perlu saya jaga keperluannya.Ada suami, ada anak-anak. Saya pun perlukan ruang masa untuk meningkatkan ilmu saya.. Saya perlukan masa untuk diri saya sendiri juga. Tolong lah mengerti, guru pun ada jiwa, bukan 24 jam perlu diserat dengan tugasan yang kadang kala nampak remeh tp kerana sikap pihak2 yang tertentu menampakkannya terlalu besar sehinggakan  nak menyiapkan fail panitia pun macam nak menyediakan dokumen sulit kerajaan. Macam lah benda tu menentukan hidup dan mati guru! Berpada-pada lah!
Cuti sekolah sudah pun nak sampai ke penghujungnya tapi kali ni saya dan keluarga tk ke mana-mana pun utk bercuti. Duduk kat rumah saja. Kesian tengok anak-anak. Mamanya  kalut menyiapkan assignment, papanya pula kalut dengan kerja. Anak-anak menghabiskan masa di rumah saja. Tapi...kalau berkesempatan bercuti pun, rasa tak seronok jugak, sebab anak yang sulong  tak bersama-sama sebab berada di kolej. Terasa janggal pulak kalau kami bercuti berempat sahaja. Tap apa lah,  intai peluang lain, kut2 nanti dpt bercuti bersama-sama semula.

Sunday, May 27, 2012

Kakok (anakanda- Sharrifah Nur Ariffah) mendaftar masuk ke Kolej Matrikulasi









Hari ni menghantar anakanda Sharifah Nur Ariffah mendaftar di Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun dari pukul  8 pagi hingga jam 4 petang. Tak pernah berpisah lama dengan dia, bila dia tak ada di rumah, rasa sunyi lah pulak...
Belajar rajin2 ya kakak, ingat pesan mama & papa, ingat Allah,  solat jangan  lalai.....banyak benar pesanan yang ditinggalkan he he.....
Bila Alif dah pandai kayuh basikal....!
He he akhirnya berjaya jugak dia kayuh basikal....selama ni dia memang penakut, takut jatuh! Kakak2 nya selalu perli ....dah besar pun tk reti kayuh basikal! Agaknya kerana rasa diperli2 tu maka  beberapa hari ni Alif begitu bersungguh2 belajar kayuh basikal dan akhirnya dia menjerit kegembiran bila dpt kayuh basikal ! ha ha

Jamuan Amal


Hari Khamis yang lalu (24 Mei 2012)  , saya menghadiri Jamuan Amal PIBG Sjkt Barathy di Dewan Ukir Mall, Alor Setar. Syukur sbb apa yang dirancangkan dpt dilaksanakan dengan sempurna. Tahniah kepada kawan2  yang begitu bersungguh2 melatih anak murid menari walaupun dalam jangka masa yang singkat.

Sunday, February 5, 2012

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Semoga kita dapat menjadikan Maulidurrasul pada kali ini sebagai suatu titik tolak perubahan dalam diri kita untuk mengamalkan sunnah Baginda s.a.w. dan bukan semata2 memperingati kelahiran sahaja.

Tanamkan azam dalam diri kita agar kita dapat mempelajari hadis, mengamalkan sunnah dan menyampaikannya kepada orang lain. Mungkin kita boleh mulakan dengan amalan yang paling utama iaitu solat berjemaah di masjid bagi lelaki, dan bagi wanita, bolehlah usahakan agar dapat menutup aurat dengan sempurna. InsyaAllah, dengan memulakan langkah pertama ke arah kebaikan, insyaAllah, Allah akan memudahkan langkah seterusnya agar kita dapat berusaha mengamalkan ajaran Nabi s.a.w. keseluruhannya

Salam Maulidur Rasul untuk semua……….

Sunday, January 22, 2012

Kita Perlu Lebih Bersyukur...



Gambar di atas adalah paparan keadaan yang berlaku di negara jiran kita, bukan di tempat kita. Kanak-kanak tersebut terpaksa juga melalui jambatan yang separa roboh itu untuk ke sekolah.


Kita seharusnya perlu lebih rasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Kita perlu lebih rasa bersyukur apabila tidak terpaksa melalui getir hidup seperti mereka. Betapa nikmat yang kita miliki sekarang adalah berganda lebih baik daripada mereka di negara jiran kita. Belajarlah bersyukur, jangan hanya tahu mendesak berkehendakkan itu dan ini walhal kita sudah miliki sesuatu yang sudah cukup selesa.

Monday, December 26, 2011

Ceriakan Halaman Rumah..

Semalam , sempat beli beberapa jenis pokok hiasan untuk menceriakan halaman rumah. Bila tiba di tempat jualan pokok-pokok hiasan tu, berkenan pulak kat fountain yang ada di situ. Jadi beli jugak lah satu. Harga tak ada lah mahal sangat, kiranya berpatutan. Janji menarik untuk diletakkan di halaman rumah. Petang, kami anak beranak bergotong royong ceriakan halaman rumah dengan memasang fountain dan menanam pokok-pokok yang baharu.






Sunday, December 18, 2011

Cuti-cuti Malaysia Tahun 2011







Pada 4 Disember yang lalu, sempat juga kami sekeluarga jalan-jalan bercuti di Kuala Lumpur dan Selangor. Sebenarnya, tak tau nak ke mana cuti sekolah ni. Ikut je lah kehendak anak-anak, kali ni mereka nak pergi ke KL....

Jadual Sesi Persekolahan 2012


Tidak lama lagi sekolah akan dibuka semula. Sesi persekolahan 2012 akan bermula pada 3/1/2012. Di sini saya sertakan jadual persekolahan sesi 2011 untuk rujukan semua...Bagi ibu bapa, tinjau-tinjau lah jadual persekolahan anak-anak tu, buat perancangan awal. Tengok2kan juga hari-hari yang berkait dengan cuti penggal tu....mana tau kut-kut nak buat perancangan bawa anak-anak bercuti.

Tinjau2 Gaji Baru...


Saya ingin berkongsi dengan pembaca, khususnya kakitangan perkhidmatan awam, sebab perkara ni berkaitan dengan kakitangan perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun, rasa-rasanya, orang yang bukan daripada kalangan kakitangan perkhidmatan awam pun mungkin boleh jadikan benda ni sebagai rujukan.

Benda yang saya maksudkan adalah jadual Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam.Agak-agak siapa yang akan turut sama membelek-belek dan meninjau-ninjau benda yang akan saya paparkan ini? Rasa-rasanya....mereka adalah:

1. suami/ isteri/anak-anak kakitangan awam yang bekerja dengan sektor swasta atau pun yang tidak bekerja. Tinjau2 gaji suami/isteri mereka. Mana tau kut2 lepas ni, boleh bodek-bodek pasangan masing-masing dan merancang macam-macam!

2. Para peniaga....tak kiralah daripada peringkat tokey besar hingga lah ke peniaga roti canai kat warung-warung. Mereka mungkin akan meninjau2 kenaikan gaji ni untuk menaikkan harga barangan mereka....! Ada peluang dapat untung lebih!

He he.....itu sebahagiannya sahaja, mungkin ada lagi lah pihak-pihak lain yang akan belek2 jadual ni dan mula berkira-kira...

Thursday, November 10, 2011

Kursus Penyebaran KSSR BM Tahun Dua


Hari ni, walaupun di penghujung persekolahan, saya dan beberapa orang rakan telah memberikan LDP berkaitan KSSR Tahun Dua kepada semua guru. Alhamdulillah, dah selesai semuanya, harap-harap semua guru boleh memahami maklumat-maklumat yang disampaikan.

Monday, August 22, 2011

Final Exam

Semalam dari pukul 9 pagi hingga 5.10 terpaksa memerah otak untuk menjawab soalan peperiksaan akhir semester. Penat dibuatnya, dah lah bulan puasa.. kena pulak jawab dua paper dari pagi sampai petang. Dapat pulak soalan , teramat lah sukarnya. Masa tamat menjawab, bila pusing ke belakang untuk kelujar, tengok2 dah lengang pun dewan peperiksaan. Ini kes ramai yang dah cabut awal. Nak buat macam mana, dah dapat semua soalan jenis analisis, berpinar2 mata menulis dan sesak otak dibuatnya untuk menjawab soalan2 yang dikemukakan. Ingatkan saya seorang saja yang anggap soalan tu susah, rupa2nya semua merungut dan marah2. Sehingga ada yang berkata, depa tu saja nak suruh orang fail ke bagi soalan susah gilerrr macam tu!~~
Apa pun, tulis tetap tulis, jawab tetap jawab , salah betulnya redahh saja lah. hu hu!

Friday, August 19, 2011

Pokok RAYA

Hari ni pagi-pagi lagi pergi tunggu bank bukak. Bukan apa, nak tukar duit baru utk masuk sampul raya...~! he he!Selepas tu, tinjau-tinjau tempat jual pokok2 hiasan dan pokok-pokok bunga di Jalan Batu Dua, tak berapa jauh dr rumah. Mula-mula nak cari 2-3 pokok saja, alih-alih dekat 20 pokok saya 'terbeli' !~ Terbang le duit bonus , abis kt pokok2 je lah. Pokok Raya!

Tak kisahlah , janji puas hati. Puas hati sebab dpt tengok persekitaran rumah yang makin menyejukkan mata. Kalau sebelum ini, saya kadang2 merungut seseorang tentang ruang kosong di hadapan rumah. Nak kena isikan dengan pokok-pokok baru lah nampak menarik. Jadinya, hari ini dah penuh hadapan rumah dengan pokok-pokok segera....abih duit pun tak apa, janji puas...:-)

Pokok Pegaga pun ada, boleh buat ulam cicah sambal ..

Pokok Strawberry pun ada.

Ini pulak pokok keladi pisang.

Siram jangan tak siram pokok-pokok tu yer....

Pokok ala-ala bonzai ini paling saya suka.


Kan dah terisi sikit halaman rumah dengan pokok-pokok...

Sunday, August 14, 2011

Jangan Bising! Kesian cikgu sedang puasa tu!

Jangan bising! Cikgu puasa tu!
Jangan bising! Kesian cikgu puasa!


Itu lah yang sering disebut oleh anak-anak murid saya yang semuanya berbangsa India itu. Prihatin sungguh mereka. Bila saya masuk ke kelas, kadang2 biasalah murid-murid kecil, kadang tak boleh berhenti bersembang, tak reti duduk diam. Jika sebelum ini, jenuh juga saya nak mendiamkan mereka. Kena sebut berulang kali baru nak diam. Kadang tu terpaksa jegil mata! Tapi di bulan puasa ini, ada sedikit perubahan dalam tingkah laku anak murid saya. Kadang2 bila saya lama berdiri semasa mengajar. ada yang suruh saya duduk. Kata mereka, kesian cikgu puasa, penat!


Sebenarnya saya tidak pernah mengeluh kepada mereka tentang kepenatan saya. Bulan puasa pun macam biasa jugak lah saya mengajar. Bila dah mula pengajaran, saya jarang duduk di kerusi. Saya lebih suka bergerak dari satu meja murid ke meja yang lain bagi memantau tugasan atau kerja buat murid-murid. Rupa-rupanya murid saya yang kecil2 ini lebih prihatin. Tahu pulak mereka sekarang ni bulan berpuasa. Pada hari pertama Ramadhan, pagi-pagi lagi ada beberapa orang murid siap bersalam sambil mengucapkan cikgu, selamat berpuasa! Nak tergelak pun ada! Ye lah, ada pulak ucap selamat berpuasa sambil berjabat tangan!


Saya pernah disoal oleh beberapa orang murid mengenai ibadah berpuasa. Saya beritahu mereka bahawa cara orang Islam berpuasa tidak sama seperti mana mereka berpuasa. Kata saya, orang Islam yang berpuasa tidak boleh makan dan minum pada siang hari. Terkejut mereka apabila mengenai bahawa apabila berpuasa, tidak boleh minum dan tidak boleh makan pada siang hari. Sehingga ada yang bertanya, cikgu tak lapar ke? Cikgu tak dahaga? Cikgu tak penat? Lamanya kena tunggu malam baru boleh makan! Itulah antara kata-kata yang tercetus daripada mulut anak-anak murid saya yang 99% adalah beragama Hindu dan berbangsa India.

Sebab itu lah, bila saya mula mengajar dan ada murid-murid yang bising, maka akan kedengaran lah dialog2 seperti yang saya taipkan di atas itu.

Menu simple tapi membuka selera.

Hari ni masuk hari ke-14 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah.
Di bulan puasa ini anak-anak saya terapkan dengan budaya berjimat cermat. Ikutkan rasa nak makan ,memang semua nak dimakan, tetapi apabila dah diteguk air, banyak mana sangat lah yang mampu kita isi ke dalam perut kita. Maka, di bulan puasa ini biasanya saya akan sediakan beberapa jenis lauk pauk. Kuih-muih , kami beli saja 1 atau 2 jenis. Lebih jimatkan tenaga, jimatkan masa dan jimatkan duit. Kalau nak buatpun makan masa juga. Kalau takat nak makan 2-3 biji kuih misalnya, lebih jimat beli saja.

Macam hari ni, saya masak beberapa lauk yang memang menjadi kesukaan anak-anak dan suami. Antaranya, acar lemak. ayam masak merah, telor goreng, ikan goreng dan sambal jawa beserta ulam-ulaman. Semalam pun, saya masakkan kari, ayam goreng berempah, acar campur, ikan goreng dan sambal jawa. Kata suami, lauk pauk simple macam ni sudah cukup membuka selera. Licin semuanya!

Sunday, March 20, 2011

Aktiviti Masa Cuti








Cuti sekolah pertengahan semester ni , kami sekeluarga tak ke mana-mana. Duduk saja kat rumah. Kebetulan pulak anak yang sulung mengikuti kelas tambahan untuk SPM nanti. Jadi masa yang terluang, kami penuhi dengan pelbagai aktiviti . Saya gunakan masa ni untuk membuat bahan bantu mengajar. Anak-anak yang lain pun ada aktivitinya. Macam si Nana, anak kedua saya. Nana suka sangat melukis. Agaknya kali ini dia nak tukar cara melukis. Kalau biasanya dia akan membuat lakaran dan lukisan pada kertas lukisan yang saya belikan, tapi kali ini dia cuba pula melukis di komputer menggunakan perisian Paint. Ini lah hasilnya.