Wednesday, June 10, 2015

22 Tahun dahh.....


Hari ini genap 22 tahun kami bersama-sama sebagai suami isteri. Melayari bahtera rumah tangga dengan penuh sabar, dengan pelbagai rencah...syukur alhamdulillah. Jika dulu dia lah sahabat, sekarang pun, walau pun dia lah suami, namun, dia juga lah sahabat paling akrab. 

Jika dulu, semasa kami sama2 menuntut ilmu di sebuah maktab, dia suka membuli saya. Geram, marah , meluat pun ada dibuatnya tetapi siapa sangka, dari marah, dari meluat telah  mengikat kami sebagai suami isteri akhirnya. 

Syukur kerana hingga ke saat ini, hubungan kami masih utuh. Bohong lah jika tiada gelombang nya dalam perhubungan ini. Dalam setiap rumah tangga pasti nya akan ada ketika diuji dengan  pelbagai dugaan. Kami pun sama, pernah diuji dengan dugaan, pernah berlaku pertelingkahan, namun semua itu dapat diatasi dengan bijaksana. Petua nya bukan lah sukar sangat. Yang paling perlu saling menghormati, ada rasa perlu mengalah dalam sesuatu perkara. Bukan semua perkara kita nak menang. Tak salah kalau sesekali kita mengalah dengan pasangan kita. Hormatilah pasangan kita seikhlas ikhlas hati.Kadang kala sesuatu perkara tidak penting kepada kita, namun penting kepada pasangan kita, justeru bertindak lah secara rasional. berfikir dengan bijaksana dalam apa juga tindakan.

Sebagai seorang isteri, memang saya lebihkan suami dalam semua perkara. Dalam Islam sendiri pun, ada mengajar kita, apabila kita bersuami, suami lah yang perlu didahului mengatasi ibu ayah kita sendiri. Hormati suami sebagai ketua keluarga.Alhamdulillah, jika kita pandai mengambil hati suami, kehidupan kita akan aman damai. Saya bersyukur kerana sehingga sekarang pun, hubungan suami dan keluarga saya , dengan ibu saya misalnya adalah sangat rapat, tiada beza nya antara ibu dan ibu mentua.  Saya pun macam tu juga, sentiasa melayan dan menganggap ibu mentua seperti ibu sendiri juga.

Bagi mengekalkan kedamaian dan kerukunan rumah tangga kami, saya sentiasa mengingatkan diri supaya tidak melakukan perkara yang suami tidak suka. Faham ketika suami sedang marah atau ketika berlaku perselisihan faham, jangan sesekali meninggikan suami. Baik diam kan diri, ini akan meredakan rasa marah itu. Saya banyak mengalah dalam banyak hal, namun pada saya, tak rugi pun kalau saya sentiasa mengalah.Malahan, dengan nya, saya dapat mengawal keadaaan apabila berlaku sesuatu perselisihan pendapat misalnya. Kesannya, suami akan cepat cool dan keadaan akan kembali ceria!

Tuesday, March 17, 2015

Tengok Wayang

Hari ni nak relax kan otak dan badan kejab. Anak-anak ajak tengok wayang, cerita Cinderella. Bagus cerita tu, terhibur juga kita yang tua menonton nya. Sekali-sekala bawak anak-anak tengok wayang cerita2 macam Cinderella ni ok jugak.

Lempeng Gandum Punya Pasal

 Akibat tak dapat makan  lempeng gandum,  seorang  suami telah bagi 'lempeng tawar' dan batang penyapu besi kat isteri nya..... isk isk isk, lempeng gandum punya pasal pun sampai sanggup tibai isteri teruk2 macam tu.


KOTA BHARU - Gara-gara tidak menyediakan lempeng gandum untuk sarapan pagi, seorang isteri dipukul dengan batang penyapu besi oleh suaminya sehingga mengalami kecederaan dan sakit badan dalam kejadian di Kemubu, Kok Lanas, di sini, Jumaat lalu.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, dipercayai berlaku selepas suami mangsa yang baru bangun tidur meminta isterinya membuat lempeng gandum, namun permintaannya ditolak memandangkan isterinya sudah memasak nasi dan lauk pauk untuk makan tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya, mangsa menolak permintaan suaminya memandangkan ketika itu bekalan tepung di rumah mereka sudah habis.

“Berang dengan jawapan isterinya, suami mangsa mengambil batang penyapu besi dan memukul belakang badan dan pinggang mangsa sehingga penyapu terbabit patah dua.

“Mangsa pada mulanya cuba melawan tindakan suspek yang pada ketika itu hendak menyucuk besi penyapu ke badan mangsa dan ketika kejadian itu isteri suspek tidak sedar tangannya turut berdarah terkena besi tajam,” katanya

Tuesday, December 16, 2014

Bedak Klasik

Nostalgia betul la....
Ketika berjalan2 cuci mata di dalam sebuah pasar raya yang baharu saja di buka di Alor Setar minggu lalu, saya terpandang sesuatu yang betul2 mengimbau kenangan lama. Saya terjumpa bedak klasik! Bedak  3A!  Bedak yg amat popular pada tahun 70-an dulu. Nama bedaknya bedak nyonya atau samfong tapi dulu kami panggil bedak 3A.. Terkejut saya bila tengok benda alah tu. Masih ada rupa2nya! Memang dah nampak klasik sangat dah bedak tu.
Kiranya bedak ni memang femes lah pada zaman tu. Saya  pun sama gunakan  bedak ni utk disapu kat muka. Kenangan semasa saya  pada zaman awal remaja dlu. Kira2 nya pada tahun awal 80an lah.
Pada zaman tu, dapat bedak macam ni pun dah ok sangat. Melepak putih muka hahaha! Tahan lama pulak tu.
Satu lagi bedak 'klasik' yang saya jumpa dalam kedai tu ialah bedak cair Happy. Bedak ni pun pernah saya guna pada zaman remaja saya . Oles2 kt pipi, melepak jadi nya hihihi!

Sunday, December 7, 2014

Nasi Lemak Royale Punya Cerita

Semalam semasa call si Kakok di UNIMAP, dia ada sebut teringin sangat nak makan nasi lemak royale. Peberet dia lah tu. Kat Perlis mana ada kan? Mujur kami duk Alor Setar, hari2 pun boleh pergi makan nasi lemak royale hahaha! Tapi tak elok juga kalau hari2 pi makan, nanti tak pasal2  badan jadi badak berkolestrol! Hahaha!!!  Apa pun nasi lemak royale ni memang terbaik lah, Sejak kawin dengan incik suami  dulu, memang dia selalu bawak makan kt situ. Tempat tu katanya ada sentimental cerita sebab nya dari dia kecik dlu, arwah abah selalu bawak dia pergi makan nasi lemak royale. Lokasi nya sama, iaitu berdekatan dengan Pekan Rabu, betul2 berhadapan dengan Bangunan Alor Ria. Sekarang ni, dia pulak bawak anak2 dan isteri makan kat situ. Kiranya dari genarasi ke genarasi lah suka makan nasi lemak royale tu! Huhuhuhu!



Berbalik kepada kisah si Kakok ni, kerana kesian dengar si anak kempunan lama tk makan nasi lemak royale, maka pagi2 lagi incik suami dah pergi beli nasi lemak royale dan kami terus ke UNIMAP ambik si Kakok yang baru selesai kuliah tu dan terus singgah kat wakaf di depan Masjid Padang Besar untuk makannnnnn... Huhuhuhu masing2 berselera sekali, maklumlah dah pukul 12 baru makan. Kiranya makan pagi merangkap tengah hari lah kami. Alhamdulillah......!

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut Kakok suka hati! 


Friday, December 5, 2014

Bertekak pun dapat untung jugak ke?











 

 Aihhhhhhh bertekak pun menguntungkan jugak ke? Macam2 la kan. Tengok che kak tu, kerana bertekak dengan suami di wall Facebook Zalora baru2 ni, maka dia telah menerima habuan yang lumayan daripada pihak ZALORA.! Dikatakan si suami meminta pihak Zalora menghalang isterinya dr melayari website membeli belah secara online tu agarnya kerana tak tahan dengan sikap isterinya yang kuat bershopping kt situ kut.

Itu kiranya nasib baik je lah kan, tetapi harap yang lain jangan dicuba2 pulak ajak suami bertekak kerana nak bershopping sakan, silap hari bulan nanti nya bukan 'ong' yang dapat tp karang kena sergah dengan suami  baru malu satu Malaya. Kalau nasib kurang baik lagi, silap2 dapat ...............Fikir lah sendiri, malas cheq nak bagi tau ....huhuhuhuhu!!!!



Thursday, December 4, 2014

Kisah Si Tanggang Moden

Kisah Si Tanggang Moden.
Mengucap panjang saya bila baca berita yang terpapar tentang kebiadapan dan kedurhakaan seorang anak terhadap ibu nya. Iskkkkk tergamak sungguh dia perlakukan ibu nya sedemikian rupa. Manusia ke apa ni?

 image
KOTA BHARU – Padah buat seorang penganggur akibat mengasari dan memaki hamun ibu sendiri, dia dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah majistret, di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohd Azren Mohd Ramly, 27, mengaku bersalah dengan sengaja memulas tangan dan menedang punggung ibunya, Saudah Yaacob, 52, dalam dua kejadian di sebuah rumah di Taman Bumi Batu 4 Jalan Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 5 petang, 26 dan 30 November lalu.

Pada pagi itu, mangsa menyuruh anaknya membeli nasi sarapan pagi, tetapi tertuduh meminta lagi duit daripada mangsa.

Mangsa berkata, tiada duit lalu tertuduh merebut duit dan ketika itu tertuduh memulas tangan hingga pengadu kesakitan.

Tertuduh memaki hamun mangsa dengan berkata “ibu beruk” dan “ibu anjing”.

Mangsa terpaksa melepaskan duit di tangannya dan tertuduh mengambilnya lalu terus tidur.

Mangsa yang kesakitan menangis dan mengadu kepada seorang lagi anaknya.

Empat hari sebelumnya, semasa mangsa pulang ke rumah dari membeli barang, tertuduh meminta duit daripada mangsa, tetapi mangsa berkata tiada duit lalu menendang di bahagian punggung mangsa dengan kuat. Tertuduh juga memijak dan memecahkan telur yang baru dibeli mangsa.

Pada prosiding itu, Majistret, Nik Habri Muhamad bertanya tertuduh adakah dia anak kandung mangsa, tertuduh kemudian menjawab, “Ya”.

“Jika ibu kamu ibu beruk dan ibu anjing, jadi kamu itu apa?” tanya Nik Habri lagi.

Tertuduh kemudian menjawab, “…anak anjing”.
SUMBER: Oleh: EDITOR | 4 December 2014 BERITA http://www.orangmuda.tv/2014/12/04/kalau-ibu-anjing-saya-anak-anjing/

Wednesday, November 5, 2014

Terbakaq hati !

Terbakar-bakar hati aku hari ni. Aku ni jarang marah, tapi sekali kalau dah marah, memang meletup!

Mana tak nya, kita yang sedang sibuk membuat analisa peperiksaan tiba-tiba disuruh cuci/ bersihkan stor yang tak ada kaitan dengan kerja kita!  Aikkkkkkk! Aku ni saper? Tukang cuci kat sekolah ni ke? Awat dah tak ada ke pekerja ke  kat sekolah ni sampai aku pulak yang disuruhnya pergi bersihkan stor sebelah tandas tu??? Huh!  Ini sudah lebih weh!
Agak-agak la weh kalau nak bagi arahan pun. Ingat aku ni saper nak diarah-arah macam tu? Ingat aku ni pecacai ke kena ikut je arahan yang ntah apa2 tuh? Aku tahu kerja buat aku. Tak payah suruh pun aku akan buat kalau itu kerja aku. Tapi bab cuci stor sebelah tandas tu bukan bidang kerja aku la weh!  Pikiaq pakai akai la weh!

Sunday, September 7, 2014

Kisah hilang dan jumpa

Semalam, semasa di sekolah baru sedar cincin di jari sudah hilang. Cincin kawin pulak tu! Aduiiiii gelabah cari semua tempat, malang sekali tak jumpa jugak.

Balik ke rumah, cari satu rumah..tak jumpa jugak.  Muka pun monyok, makan pun tak lalu sebab duk teringat kt cincin kawin yang hilang tu. Incik suami rasa kesian, alih2 dia ajak pergi beli cincin baharu.
Dalam hati, masih  berduka tapi  dah ada orang nak ganti kan, kita on saja la huhuhu.!

Semasa pintu kereta dibuka,  tingggggg!!!! aik terpelanting cincin atas lantai. Cincin ku!! Iskkk kat sini rupa2nya cincin ku tercicir. Seronok, tersengeh, tersenyum lebar sambil tayang cincin tu kt suami. Dah jumpa! Syukur alhamdulillah, rezeki masih ada. Dan nak dijadikan bertambah nya rezeki bila EN Suami berkata sebab dia dah cakap nak beli cincin baharu, maka walau cincin lama dah jumpa, dia tetap ajak pergi beli sebentuk cincin yang baharu. Rezeki berganda ni hahaha! Syukur sangat2!

Syukur, alhamdulillah.

Tanggal 2 September 2104, hantar anak sulong ke UNIMAP. Alhamdulillah, berjaya juga dia melanjutkan pelajaran  ke menara gading. Kakak terpilih melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik Rekabentuk Telekomunikasi Elektronik.
Di Kampus Utama di Pauh, pendaftaran dan taklimat untuk waris.





 Pagi-pagi lagi kami sekeluarga bertolak ke Perlis. Syukur lah kerana jarak antara Perlis dan Alor Setar  tidak berapa jauh. Termengah2 juga dibuatnya bila terpaksa mengangkut barang2 kakak ke Tingkat Lima di Kolej Kediaman Kakak di UniCITI ALAM yang terletak di Sg Chuchuh.
Di Kolej Kediaman UniCITI ALAM, kakak dan  Papa nya tengah belek dokumen2.

Yang belakang tu, pantang bergambar, mesti dia nak buat muka 'pelik' hahaha!

Taklimat untuk para waris di Dewan Besar.

Terlentuk2 kakok sebelum kena tinggal  huhuhu!

Semoga kakak akan menjadi contoh kepada adik-adik kakak yang lagi dua orang tu supaya belajar rajin2 dan berjaya masuk universiti macam kakak.

Saturday, August 2, 2014

Dugaan Balik Kampung

Pukul 4 pagi dah ready untuk bertolak balik ke kampung. Perancangan awal nya, kami akan bertolak awal pagi bagi mengelak kesesakan di jalan raya. Namun, kita manusia ni hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukannya......

Pukul 4 pagi, ketika kereta dihidupkan, alamak! pelik pulak bunya enjin kereta. Sah dah rosak! Apo nak dikato, kena tunggu bengkel kereta bukak dulu nampak nya. Baiki punya baiki, dekat pukul 2 petang baru siap.Alasan nya, barang ganti kena tunggu ....aduhai!..Melayang RM700.00.......dugaan betul.

Namun, cepat2 fikir yang positif2 saja....mungkin ada rahmat yang tersembunyi .......

Pukul 2.15 petang, kami bertolak pulak ke Besut, Terengganu. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan, sangat2 lancar. Tak ada jem langsung. Kalau sebelum ni, time balik mesti jem bila tiba dekat Kelantan. Tapi hari ni, ok saja...alhamdulillah.  Tak sampai 5 jam perjalanan, kami telah selamat sampai ke teratak bonda di Kampung Air Tawar , Besut. Terengganu. Sempat lagi berbuka  beramai2 dengan adik beradik yang sedia menunggu .



Sunday, December 22, 2013

Jalan-jalan di Puncak Genting

Cuti  berbaki 2 minggu saja lagi. Jadi nya, kami  buat perancangan untuk melancong sikit lah. Sebelum tu, kami ke Kuantan lagi sekali krn suami ada urusan kerja di sana. Dari Kuantan kami terus ke Genting Highland. Berehat di puncak gunung tu dua hari.
Kelip-kelip lampu..ehhehe banyak nya lah lampu2 yang berkelip-kelipan. Kami ronda2 di 'indoor' sahaja sebab outdoor kat taman tema genting tu sedang dalam proses penambahbaikan.
Anak-anak teringin pulak nak masuk kat Snow room.  Bukan tak pernah masuk pun, tapi agaknya dah lama dlu kut. 8 tahun dulu , kata anak2. Masuk saja dalam snowroom tu,  anak2 dah buat aktiviti lawak. Si kakak naik kereta tarik dan si adik jadi tukang tariknya. Memang  sejuk kat dalam tu, memang tak boleh lama, duduk dalam setengah jam pun rasa macam nak beku hidung haha!

Siang nya pula dua orang anak tu teringin nak main kereta langgar2. Teringat pulak masa mak nya muda2 dulu. Masa belajar di Maktab Perguruan dulu, saya pernah join kawan2 bermain bummer car ni. Masa bermain tu memang saya kena buli dengan kawan-kawan, terutamanya kawan yang menjadi suami saya  dan papa kepada anak2 saya nih. Hampir tertanggal tudung di kepala saya akibat hentaman kereta tu. Bila tengok anak-anak pula bermain kereta tu, saya tersenyum sendiri dan sempat bertanya kepada encik suami yang ada di sebelah saya waktu tu....'ingat tak dulu2, ada orang teruk kena buli  dgn kereta langgar2 tu?' Berderai ketawa dia, terus dia berkata ' hahaha ada orang tu hampir2 tertanggal tudung sebab kena hentaman kereta!" hehehe saya lah tu!

Di hadapan hotel tempat kami menginap, terserlah satu pemandangan yang cukup indah. Candy2!  Sangat cantik gubahannya. Tengok candy2 tu, teringat pulak kat Candy Crush Saga, game yang menjadi kegilaan  pengunjung di Facebook :D
Semasa di atas kereta kabel, encik suami sibuk  meninjau result PMR si Nana. Kebetulan keputusan PMR keluar tu kami masih di Genting . Jadinya, kami guna perkhidmatan SMS untuk mendapatkan keputusan exam Nana.


Thursday, December 5, 2013

Cerita Panik

Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan lah yang menentukan segala2nya.

Begitu lah yang terjadi kepada kami sekeluarga beberapa hari ni. Asalnya kami merancang untuk balik ke kampung di Besut, Terengganu apa selesai urusan  suami di Kuantan. Walau bagaimana pun, hajat nak balik ke kampung tidak kesampaian. Semuanya kerana telah ditakdirkan berlaku bencana banjir  di pantai timur.

Memang perjalanan ke Kuantan kali ni benar2 menguji hati. Dalam perjalanan ke bandar Kuantan , lebih kurang 11 KM dr bandar Kuantan  , hujan turun dgn lebatnya. Jalan yang kami lalui dinaiki air. Dah la malam, nampak air atas jln tu laju sgt. Semua kereta terpaksa berpatah balik sebab tk berani nak lalu kat jalan yg derasnya tu. Kami pun sama. Jadinya, suami buat keputusan utk cari hotel atau tempat penginapan sementara menunggu hujan reda dan air surut. Alhamdulillah, jumpa sebuah hotel di Kg Padang Permai.

Kami bermalam di situ. Yang tak bestnya tu, tengah2 nak tido, tiba2  loceng kecemasan berbunyi! Mula la saya nak panik. Suami bergegas tanya  penyewa sebelah  dan pekerja di kaunter ttg apa yg berlaku. Rupa2nya ada org hisap rokok dalam bilik. Bilik pulak ada pengesan asap, apa lagi berbunyi la loceng kebakaran tu. Bukan sekali, tapi dua kali! Geram! Kalau lah betul2 berlaku kebakaran mlm tu, tak pasal rentung kami anak beranak.

Saturday, October 5, 2013

Kenangan di Lata Tembakah 16 Tahun Yang Lalu

BESUT - Kegembiraan sekumpulan 18 penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mandi-manda di Air Terjun Hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut, bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka lemas, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang ketika mangsa, Janarthen Umabathy, Vikneswaran Balakrishnan dan Mohana Raj Mathandra mandi di tingkat ketujuh yang merupakan kawasan perkelahan paling tinggi di air terjun berkenaan.

Semua mangsa berusia 22 tahun itu adalah penuntut tahun tiga kursus Teknologi Bio Industri UMK kampus Jeli, Kelantan.

Itu antara sedutan berita yang saya baca di akhbar Sinar sebentar tadi.
Bila baca berita ni, terus terimbas kenangan lama saya.. Kenangan pahit + seram yang berlaku juga di Lata Tembakah..

Masa tu baru ada sorang anak. Kami ke Lata Tembakah untuk berkelah bersama2 keluarga yg lain. Kami berada di tingkat ke dua Lata Tembakah yg mempunyai 7 tingkat tu. Masa tu suami bawak anak kami yang berusia 3 tahun duk atas batu besar. Saya pulak berada di dalam air sungai berdekatan dengan suami. Paras air tohor saja , kira2 paras lutut saja.

Tak sampai setengah jam berada dalam air sungai, tiba2 terdengar bunyi deruan yang kuat. Tengok2 dari tingkat atas ( hulu sungai) macam buih. Air sungai menjadi sangat deras. Saya yang berdiri mula panik. Air sungai yg tadinya di paras lutut saja dalam masa beberapa minit meningkat dengan cepat. Saya boleh rasa batu2 yang saya pijak bergerak2. Benar2 takut dan panik.

Saya tak dapat nak berjalan ke tepi sungai kerana aliran sungai sangat deras dan menyebabkan batu2 yang saya pijak bergerak2 laju.  Suami menjerit suruh saya naik ke tepi tebing tapi saya tak berganjak  sebab saya risaukan suami dan anak kecil saya di tengah sungai.  Nasib baik suami saya tidak panik. Dan mujur lah keadaan cemas ini disedari oleh org ramai. Mereka membuat rantaian dengan cara berpegangan tangan. Mereka menarik saya ke tepi sungai, kemudian mereka menyelamatkan anak perempuan saya dan seterusnya suami saya.

Menurut kata orang , sewaktu kami berada di dalam sungai tu, hujan telah turun di bahagian hulu sungai. Kami kat tingkat bawah Lata tidak mengetahui pun adanya hujan kt tingkat atas . Kalau tau hujan turun, dah tentu saya tak kan masuk ke dalam sungai kerana tahu bahaya nya. Situasi ini menyebabkan saya menggigil 1 badan! Pucut kelat! Tak terkata apa. Sejak dari hari itu, saya bertaubat dah, memang tk mau jejak lagi kaki ke sana. Trauma!

Apa Yang Penting, Kerjasama!

Sempena Program Semarak Kemerdekaan  yang diadakan di Kompleks Pendidikan Alor Setar, saya dan guru2 kat SJKT Barathy  tidak terkecuali daripada menyibukkan diri dgn pelbagai aktiviti. Kata GB, kami perlu buat itu, buat ini supaya perbarisan sekolah kami nanti nampak gah dan hebat! Hu hu hu bersemangat GB kami.

 Makanya, selepas berbincang maka kami pun sepakat la buat itu, buat ini bg memeriahkan sambutan Program Semarak Kemerdekaan itu. Mula2 pakat2 gantung bendera. Mujur ada para pekerja sekolah ( tukang kebun) yang  ringan tulang membantu. Panjat tangga, turun tangga, gantung sana, gantung sini...alhamdulillah, siap jugak walau pun dengan tempoh masa yang terbatas.
 Esok nya pula, kami cikgu2 perempuan  sibuk bukak 'kedai jahit' kat bilik guru! Semuanya gara2 nak siapkan bunga raya utk dipakai esok  hari.  Seronok pulak walaupun terpaksa  buat  kerja lebih masa. Orang lain, cukup masa sekolah dah boleh balik, tp kali kena siapkan benda tu semua hari tu jugak. Syukur! Berkat kerjasama,  siap jugak akhirnya bunga raya kami :-)




Tiba hari nya, semua sekolah di Kompleks Pendidikan berkumpul di dataran AlFarabi utk perarakan kemerdekaan. Wahhhhh semua orang teruja tengok anak2 Barathy yang  berpakaian  bervariasi. Berwarna warni ! Dan yang best nya bila siap 3 kelopak bunga raya yang dipakai oleh 3 orang murid . Begitu juga dengan  sarung Harimau Malaya. Kami berarak dengan penuh bergaya dan bersemangat! Puas hati rasanya! :-)


 










Rindu Che

Petang kelmarin, call che (ibu) di kampung. Che tengah menghadiri mesyuarat. Bila dengar suara dia,  tau dia tak sihat. Lemah saja suara che, tp krn khidmat yang diperlukan, che tetap menghadiri mesyuarat yg diadakan petang tu. Kagum dengan semangat che. Dari dulu sampai sekarang che dahulukan  kepentingan masyarakat kampung daripada kepentingan diri sendiri. Sakit macam mana pun dia, bila ada apa2 perkara yang berkaitan masyarakat kampung, che pasti akan hadir .

Call sekali lagi  waktu malamnya. Masa tu, che baru saja balik dari surau. Letih saja suara dia pada mulanya. Macam tk bermaya. Layan sembang2 dengan che di hujung telefon sambil beri che semangat. Sekali-sekala terdengar suara che menahan sebak. Suara che terhenti2. Saya tahu che tengah sebak. Saya terus berbual2 dan beri kata-kata semangat. Berbual2 dengan che ttg kesihatan dia, tentang perkara2 yang che suka. Cerita pasal cucu2 che, pasal hal2 di kampung. Di penghujung perbualan, che berkali2 berkata, terima kasih telefon che, terima kasih telefon che, che rindu nak dengar suara. Sebenarnya , saya memang selalu call che di kampung, minggu lepas pun sebelum saya  sibuk berkursus, saya pun memang ada call che , bertanya kan kabar dia. Kata che, dia lupa, che kata dia sekarang mudah lupa. Kemudian, che ketawa. Alhamdulillah, kembali cerita suara che. Ya Allah, mohon kepadaMu ya Rabbi...Engkau rahmati dan lindungilah ibu ku. Sejahterakan lah hidupnya, anugerahkanlah kepadanya ketenangan dan kebahagiaan serta tubuh badan yang sihat....amiin.........

Saturday, August 3, 2013

Walkathon di bulan puasa...ha ha ha!

Malang sungguh cheq hari ni. Nak dijadikan cerita, petang tadi kami sekeluarga sepakat nak beli je juadah berbuka di bazar Ramadhan. Ok lah tu. Kebiasaannya kami beli di bazar Ramadhan yang berhampiran Stadium Darul Aman tu, tapi hari ni suami ajak beli kat Taman Nuri pulak. Cheq ikut je lah. Jam hampir 6 petang dah masa tu.

 Masa duk melilau cari ablong untuk Nana, tiba2 suami dapat call. Sebab tak nak buang masa, cheq biarkan suami bercakap di phone sementara cheq berjalan beberapa meter mencari makanan yg dipesan oleh anak2.  Tapi lepas je cari tp tk jumpa benda alah tu, cheq kembali kat tempat suami bercakap tadi, tp tengok2 dia dah tak ada! Kebetulan cheq pula terlupa nak bawa handphone. Cari2 dia tak dpt lalu cheq berjalan ke tempat letak kereta. 

Sampai kat situ, cheq tengok kereta suami pun tk ada ! Hah sudah! Lepas tu, cheq ambik keputusan utk berjalan ke jalan utama sambil2 cari pondok telefon awam. Jumpa satu, tp bila tengok, nampak pondok nya saja ada, telefon nya tak ada! Dekat setengah jam cheq berdiri kat simpang  tp kelibat suami cheq tak de pun. Tengok jam dah dekat pukul 7 malam! Cheq mula gelisah. Lalu, cheq ambik keputusan untuk berjalan kaki saja balik ke rumah. Jauh tu memang jauh la, dekat 3 km jugak la jarak nya. Dalam hati macam2 perasaan timbul. Marah, geram, sedih semua ada lah. Sambil jalan kaki, sambil air mata berlinang dah ni, hu hu hu! Lebih kurang  1km , tiba2 melintas kereta suami cheq . Masa tu cheq memang nak merajuk serajuk rajuk nya lah, bila pintu kereta dibuka, cheq tk leh kata apa dah, ayaq mata je lah meleleh2 keluar! Suami cakap apa pun cheq tk dengar dah. Padan muka cheq ha ha ha!

Saturday, May 25, 2013

Misi ke Bukit Bendera Terbantut!

Hari ni dah plan nak bawa Che dan rombongan ke Bukit Bendera di Pulau Pinang. Pagi2 lagi kami berkonvoi ke Pulau Pinang. Setelah sampai di kaki Bukit Bendera, pusing2 cari tempat parking tk ada la pulak! 2-3 pulang, semua tempat parking dah penuh! Jadi, kami buat keputusan untuk KIV je dulu cadangan untuk naik ke Bukit Bendera. Kesian la pulak.  Untuk mengubat hampa, saya bawa mereka ke Padang Kota Lama, pi makan pasembuq! Wah, tak sangka Che dan yang lain begitu teruja dapat makan pasembur Penang. Sedaaaaap sangat katanya. Dah puas makan, kami terus balik ke Alor Setar. Tak pa, lain kali kami bawak lagi datang Penang noooo..



Friday, May 24, 2013

Menerima Tetamu Dari Kampung

Jumaat, 24 Mei, saya menerima kunjungan bonda , adik beradik dan anak2 saudara dr kampung. Sempena dengan cuti sekolah, keluarga di Kampung Air Tawar datang bercuti di Alor Setar. Seronok bila dapat berkumpul ramai2 macam ni. Rumah saya yang biasanya sunyi je maklum lah kat rumah ni cuma dihuni seramai 5 orang saja, itu pun si kakak kebetulan bercuti dr Kolej.

Hari pertama, saya bawa 'rombongan' dr kampung tu pergi makan tosai. Mereka memang tak pernah makan pun tosai sebelum ni, maklumlah kat Besut mana ada makanan India macam tosai dijual di kedai2 makan. Riuh rendah jadinya kat restoran tu bila saya order tosai dan roti tisu untuk mereka. he he sekali sekala try pulak makanan India apa salah nya kan...
Anak-anak buah sedang try tosai..


Friday, May 17, 2013

Gelak Tawa di Hari Guru

Tahniah kepada seluruh warga SJKT Barathy kerana dapat mengadakan Sambutan Hari Guru dengan meriahnya. Pertamanya, saya tabik kepada GB kami kerana tidak terlalu lurus mengikut kehendak pihak2 atasan yang kemaruk suruh diadakan pengajaran dan pembelajaran pada Hari guru.

Jadi, semalam , pada 16 Mei, sekolah saya telah mengadakan Sambutan Hari Guru dengan penuh keceriaan dan gelak tawa.Guru-guru gembira, murid-murid pun turut ceria dan gembira.  Macam2 acara diadakan. Saya sebenarnya tak berapa sihat tetapi bila melihat kawan2 dah bersemangat turun padang untuk acara sukaneka, maka dalam keadaan tak berapa sihat pun, saya turut salin persalinan sukan. Fuhhhhh! Bersamangat nak join mereka.

Bila acara sukaneka diadakan, adoiii nak pecah perut ketawa. Hari tu dijalanakn 3 perlawanan . Ada pertandingan futsal dan 2 acara sukan rakyat. Main tuju tin dan main galah panjang. Galah panjang ni kalau di tempat kelahiran saya, dipanggil acara main "Gelap Cerah".  Wahhhh, kedua2 acara ini betul2 mengimbau kenangan masa kanak2 dulu! 30 tahun yang lalu saya memang juara lah bab main tuju tin ni. Jadi bila dapat main semula dengan kawan2 dalam usia akhir 40-an ni, memang enjoy abis!