Thursday, June 9, 2016

4 hari dah puasa tapi...

Hari ni dah masuk hari keempat umat Islam berpuasa.

Alhamdulilah, ketemu juga dengan bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan barakah ini.  Sepanjang 4 hari berpuasa ni, tinggal kami 3 beranak sahaja di rumah. Suami, saya dan anak lelaki kami yang bongsu.

Waktu berbuka, memang teringat sangat2 dekat dua orang lagi anak yang berada di perantauan. Sorang di Unimap, Perlis, sorang lagi di UITM Shah Alam. Dah masuk empat hari berpuasa ni, kami berbuka ala kadar sahaja.

Sebenarnya, dah 4 hari saya masih tidak berkesempatan menyediakan juadah berbuka puasa. Bukan malas heh tapi terpaksa jaga kedai.
Kedai kami..

Cuti sekolah ni pun , hari2 ler terpaksa berada di kedai suami. Sebelum ini , ada Nana yang tolong jaga. Sekarang ni, bila Nana dah ke Shah Alam, terpaksalah ambil alih.  Kedai tutup dekat pukul 6 petang...nak masak memang dah tak sempat. Jadi nya, cari lauk tunjuk saja lah kami. Beli 2 jenis lauk pun dah cukup utk 3 beranak.

No comments: