Friday, August 24, 2012

Duit raya lai lai lai!!


Selepas bersalam-salaman....diteruskan pula dengan acara membahagi duit raya! Bukan main seronok budak-budak  ni bila dapat duit raya. Teringat masa saya kecil-kecil dulu. Pada masa dulu, tk pernah dapat duit raya seringgit. Rata-rata kanak-kanak diberikan duit siling jer, 10 sen, dua puluh sen tu pun dah ok! Kalau dapat 50 sen tu macam dpt sepuluh ringgit sekarang la! Jadinya, bila hari raya, Che akan beli  beg kecik untuk isi duit raya, almaklum la nak isi duit siling!

Balik Beraya....

Alhamdulillah, tahun ni berpeluang lagi balik beraya di Kampung Air Tawar. Sehari sebelum raya, seawal jam 5 pagi kami bertolak balik ke Besut. Bersahur di Gurun dan  singgah di  Baling untuk bersembahyang Subuh. Selepas itu kami meneruskan perjalanan... Alhamdulillah , perjalanan pada waktu ni lancar. Cuaca pun sejuk je. Sampai di rumah Che (ibunda) jam 11.30 pagi..