Dah lama tak ketemu dengan mereka semua, hanya beberapa orang saja daripada sahabat-sahabat yang sama-sama belajar di IB dulu yang masih berhubung. Kebanyakannya sudah 'lost contact'. Alangkah bahagianya kalau dapat menemui mereka semua. Justeru aku paparkan beberapa keping gambar kenangan bersama kawan-kawan di IB pada blog ini, dengan harapan dapat menemui kembali sahabat-sahabat lamaku. Semoga Tuhan mempermudahkan usaha ini.
KELAS 'E' SESI 1991- 93
Dari kanan: Faridah, Rosmizan, Anita, Puspavathy, Saya sendiri, Ahmad Zamri, Rodziah, Siti Fatimah, Habibab, Tuan Zaidah, Zarida
Berdiri dari kanan: Idrus, Arif, Norhamiza, Yati, Nor Azian., Zulkifli, Rosli.
Barisan belakang dari kanan: Zainol, Asri, Mazli, Asri, Hisham, Syed Izham, Syamsul Kamal, Richard Lee dan Baharin.
Yang ni pulak masa baru selesai acara merentas desa berganti-ganti.( merentas Lembah Pantai sebenarya) Aku pun aktif juga bab berlari jarak jauh ni. Aku antara 5 pelari berganti-ganti kelas kami. Dalam acara ini kelas kami mendapat tempat ke 5 dari keseluruhan kelas! Ok la tu!
Duduk dari kanan: Arif ( Mat handsome dr Kelate ) Zul ( pemuda pemalu semalaya), Anita Berdiri dari kanan: Habibah, Kak Yan, Yati, Rodziah, Miza, Mazli ( pelawak antarabangsa!) Tuan Zaidah, Ros, Zarida, dan berbaju ungu tu. aku! Baru habis berlari tu!)
Yang ni pulak masa kami pergi makan-makan kat KFC. Yang nganga makan ayam tu Syed Izham (suamiku lah!) Kak Siti, yang tayang belakang tu pula Nizam. Bersama Yusmizar, Che Ann dan yang duduk tu Jamaliah ( senior aku )
Yang ni pulak masa aku dan kawan-kawan sepengakap sedang mendengar taklimat semasa perkhemahan unit beruniform di Hutan Ulu Selangor.
Yang ni pulak masa aku dan kawan-kawan sepengakap sedang mendengar taklimat semasa perkhemahan unit beruniform di Hutan Ulu Selangor.
Sedang aku, Kak Siti dan Hasmiza duk asyik dengar penerangan tentang rawatan kecemasan, si Haida dengan geng dia dah duk praktik teknik menyelamat mangsa tercekik!
7 comments:
Kak..kita ni satu maktab.Tapi akak ni senior saya. Saya junior sesi Julai 93-95. Antara banyak-banyak senir yg saya ingat Richard Lee. Yang lain tu ...kalau tak silap YDP PGP Abg Mat Desa. Bestnya kat IB tu kan...Kalaula boleh diulang kembali...syoknya.
Salam Muslifah. OooOOOO dari IB jugak ye? Ketemua kat sini pulak ye. Richard Lee tu memang sekelas dengan akak. Memang best sgt kenangan di IB :-) Muslifah mengajar di mana?
Samekom...
Ingat saya lagi?
Abang Djohan kelas (B)1991-1993
Saya sekarang di SMK Mukah...
013-8479526
Kalau tahu, Syamsul Kamal di mana? Berapa orang dah anak dia?
A'kum kak ku nora. Saya junior akak 92-94.Tak tahu la akak ingat ke tidak ? apapun kenangan di IB masih tak lekang di ingatan. Bagaimana kami di'ragging'oleh senior2 tapi bukan akak la... x payah le disebut apapun itu semua kenangan yang tak dapat dilupakan.saya kini berada di Bukit Beruntung antara geng IB disini Kamarul Idham dan isterinya Kak Zu, Rohiah dan saya Jafiza. Tahniah atas kesungguhan akak mengesan kenangan di IB dlm internet. Isyaaallah jika kelapangan saya berchatting dgn akak. Salam.
Waalaikumsalam Abang Djohan. Ya, macam mana boleh lupa, mesti ingat punya lah akan Abang Djohan.
Tentang Shamsul Kamar tu, saya ada intai2 dia kat Facebook. Abang Djohan boleh add dia. Anak berapa orang, kurang pasti pulak :D D
Dear Jafiza , my junior! hehehe! Terima kasih sudi jenguk blog akak dan mengimbas kembali kisah indah di IB :D
Seronok bila dapat kembali berinteraksi walau pun menerusi maya :-)
Post a Comment