CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA
(KEMAHIRAN DENGAR TUTUR)



Mata Pelajaran dan Kelas
Bahasa Malaysia  Tahun 5 Pintar
Tema/Tajuk
Keusahawanan
Hari Kantin – Mari memasak
Masa
8.20 – 9.20 pagi
Standard Pembelajaran
1.3.1
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran, murid dapat;
1-    mendengar dan memberi respons secara lisan terhadap arahan yang diberi.
2-    membuat gerak laku terhadap arahan yang didengar dengan betul.

Aktiviti

1. Murid mendengar cara-cara membuat  sandwic melalui
    komputer (audio).
2. Murid menyebut  bahan-bahan yang diperlukan untuk
    membuat sandwic.
3.Murid menyebut langkah- langkah dalam
    menyediakan  sandwic.
4. Murid membuat aktiviti tunjuk cara untuk menghasilkan 
    sandwic.
5. Murid menulis cara-cara menyediakan  sandwic mengikut
    urutan yang betul.
EMK

Keusahawanan – berani mencuba
Kreativiti dan Inovasi
TMK – komputer riba , pembesar suara

Bahan Bantu Belajar
Komputer riba, pembesar suara, dan bahan-bahan membuat sandwic.
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran


(TP)
1-    Murid memberikan respons secara lisan terhadap arahan yang diberi .
2-    Murid membuat gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah dengan betul.

Refleksi

Bilangan murid :
Tindakan susulan :


KEMAHIRAN MEMBACA


Mata pelajaran
Bahasa Malaysia – 5 Arif (10.40-11.40 pagi)
Tema
Tajuk
Alam Sekitar
Pencemaran Udara
Standard Pembelajaran
2.2.1

Objektif
Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

1.       Membaca ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan apitan daripada teks bacaan dengan sebutan yang betul.
2.       Menyatakan perkataan berimbuhan apitan yang terdapat di dalam ayat yang dibaca daripada petikan.
Aktiviti
1.       Murid membaca perkataan berimbuhan apitan berdasarkan kata akar yang ditayangkan.
2.       Murid membaca ayat yang mengandung  imbuhan apitan pada slaid yang dipaparkan..
3.       Murid membaca petikan secara mekanis.
4.       Murid membaca ayat dan menggarisi ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan  apitan dalam teks dengan sebutan yang betul.
5.       Murid memilih dan menulis lima  ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan apitan daripada petikan.
EMK
Keusahawanan – berani mencuba
Kreativiti dan Inovasi
TMK – komputer riba , pembesar suara

BBM
Slaid, LembaranKerja
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran

(TP)
1-      Murid membaca ayat yang mengandungi perkataan ber imbuhan  apitan.
2-      Murid menyatakan perkataan berimbuhan
               apitan yang terdapat dalam ayat.
Refleksi
Bilangan murid :
Tindakan susulan :



KEMAHIRAN MENULIS


Mata Pelajaran
Bahasa Malaysia – 5 Cerdik (11.40 – 12.40)
TEMA
KEBUDAYAAN KITA – Makanan Masyarakat Melayu
STANDARD PEMBELAJARAN
3.3.3

OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran , murid dapat:
  i.       Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan yang bertumpu dan bercapah dengan betul.

AKTIVITI


1.    Murid mencatat maklumat berdasarkan tayangan video.
2.    Murid membaca petikan teks secara mentalis dan mengisi maklumat dalam carta alir.
3.     Murid membina jawapan pemahaman menggunakan ayat yang gramatis.
4.     Murid menulis jawapan pemahaman menggunakan ayat yang gramatis.


EMK
 Keusahawanan
 TMK : Tayangan video          
 Kreativiti dan inovasi
BAHAN BANTU BELAJAR
Ketupat, daun kelapa muda, lembaran kerja
PENILAIAN PENGAJARAN

(TP)
Murid  membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah.


REFLEKSI
Bilangan murid :
Tindakan susulan :

No comments: