Friday, November 20, 2009

Wajah-wajah UPSR

UMMU Aiman Abd. Latif dari SK Gunung membawa slip keputusan UPSR 5A kepada bapanya, Abdul Latif Hamid, 46, yang mengambil upah menyulam anak padi di Kampung Alor Gunung, Alor Setar, semalam.

R.Yugarajan antara pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR di SJKT Barathy.

Semalam adalah hari yang paling ditunggu-tunggu oleh semua murid yang mengambil UPSR. Ada wajah penuh girang, ada wajah suram. Itu adalah gambaran biasa yang selalu kita saksikan sewaktu tiba saat pengumuman keputusan. Kepada anak-anak murid yang berjaya, syabas dan tahniah. Tahniah juga kepada para ibubapa atau para waris yang begitu bersungguh-sungguh demi menjamin kejayaan anak-anak.

Sempat berbual dengan beberapa orang ibu bapa yang kelihatan muram kerana keputusan anak-anak mereka tidak seperti yang dijangkakan. Kata mereka, tuisyen dah bagi, apa pun dah bagi, tapi keputusan tidak seperti yang diharap-harapkan. Sekadar berkongsi dengan mereka, saya nyatakan kepada mereka, kita sebagai penjaga memang mengharapkan kecemerlangan anak-anak. Pelbagai cara dah kita buat tapi sentuhan terakhir adalah di tangan anak-anak kita sendiri. Pada si ibu yang murung itu, saya nasihatkan dia, usah diberi tekanan kepada anak. Langkah mereka masih panjang. Jangan kerana kegagalan mereka di tahap ini, kita hukum mereka seolah-olah mereka sudah sampai ke hujung perjuangan. Jangan sampai kejadian setahun yang lalu di mana seorang murid telah menggantung diri hanya kerana tidak mendapat bilangan A yang dimahukan oleh ibu bapa mereka! Kepada anak-anak murid yang menangis teresak-esak kerana gagal menggapai kejayaan yang diharap, saya peluk dan bisik kepada mereka, kamu belum kalah. Kamu belum gagal dalam hidup. Usaha lagi dalam PMR nanti. Bukti kat semua orang kamu masih boleh berjaya.

Dalam keriuhan suasana gelak tawa dan tangis, datang beberapa orang ibu bapa kepada saya sambil mengucapkan terima kasih. Anaknya tidak tergolong dalam kumpulan murid-murid pandai. Cemerlang jauh sekali. Setiap kali ujian atau peperiksaan, tak pernah lulus pun. Tapi semalam, murid ini dan ibu bapanya datang kepada saya dengan kuntuman senyum. Kata si ayah, terima kasih cikgu kerana ajar anak saya. Dia lulus! Ingat dia dapat D atau E, tapi dia dapat B! Itu murid dari kelas belakang, yang sebelum ini langsung tak diberi harapan oleh ibu dan ayah nya lulus dalam UPSR. Lalu saya berkata kepada keluarga ini, setiap anak ada potensi. Mungkin dia kurang bijak dalam pelajaran tapi ada kemampuan lain yang tidak ada pada pelajar-pelajar cemerlang. Yang penting sebagai ibu bapa kita perlu memberi peluang kepada anak-anak untuk meneroka kebolehan yang ada pada dirinya.

Itu lah antara cerita-cerita yang berlaku di sekolah saya semalam. Bila tengok surat khabar hari ni pula, bermacam-macam cerita berlaku di sana-sana, semuanya bercerita tentang keputusan UPSR semalam. Dalam banyak-banyak cerita, saya tersentuh hati apabila terbaca tentang kegigihan seorang ibu kepada seorang pelajar cacat di Besut demi melihat anaknya berjaya.

Kecekalan seorang ibu yang sanggup mendukung anaknya yang cacat ke sekolah setiap hari sejak enam tahun lalu tidak sia-sia apabila anak sulungnya itu memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semalam.


Saat melihat namanya tertera di papan kenyataan sekolah sebagai salah seorang murid cemerlang yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) benar-benar menggembirakan Nur Izzati Azahar.Namun, kegembiraannya hanya untuk sementara kerana kemiskinan yang membelenggu kehidupan keluarganya menghalang dia daripada menggenggam slip yang berada di depan mata itu seperti rakan-rakan lain.

Di helaian yang lain pula, saya teruntun hati apabila terbaca kisah seorang murid miskin yang hanya mampu melihat keputuasan cemerlangnya di papan kenyataan tanpa mampu memegang slip keputusan hanya kerana tidak mampu melangsaikan hutang dengan pihak sekolah. Kesian bila melihat dia menangis. Tidak tercetuskan perasaan kesian di hati para guru di sekolah itu untuk mengizinkan dia memiliki slip keputusannya. Entahlah...kadang-kadang kerana perkara wang ringgit manusia seolah hilang nilai kemanusiaan.

Tuesday, November 10, 2009

Bila kita sakit...

Semalam saya dan suami sempat menziarahi seorang rakan sekerja, Guru Penolong Kanan sekolah saya di Hospital Besar Sulaltanah Bahiyah Alor Setar. Bila sampai di wad, saya lihat dia terlantar lemah. Paling mengharukan bila melihat kaki kanannya telah dipotong. Dah jadi kudung.

Kakinya terpaksa dipotong kerana kesan penyakit kencing manis yang dihidapinya. Dia memang pengidap penyakit kencing manis yang serius. Kesian sungguh bila tengok dia dalam keadaan macam tu. Maklumlah sebelum ni, dia seorang guru yang aktif dalam hal-hal sukan, jadi bila dah jadi macam tu, dah susah dah untuk dia buat perkara-perkara yang sebelum ni dia buat.

Bila berbual-bual dengan beliau, kami sempat nasihati dia supaya jaga makan, kena berpantang sikit bila makan. Saya nasihatkan dia makan ikan haruan, buat sup ke, panggang ke. Sebab ikan haruan ni memang baik untuk menyembuhkan luka-luka. Apa yang termampu kami buat adalah terus memberikannya semangat dan nasihat serta berdoa agar dia kuat semangat dan cepat sembuh. Setahu saya, dia ni susah sikit nak berpantang. Ini diakui sendiri oleh yang empunya badan. Dalam duk sakit masa dalam wad tu pun, dia sempat mintak minum nescafe dan tea yang bergula!

Thursday, October 29, 2009

Bahasa Malaysia ke Bahasa Melayu?


Ada ke Bahasa Malaysia?
Kenapa tidak Bahasa Melayu?

Saya mengajar di sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil. Pernah sekali sewaktu mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia, ada seorang murid bertanya. Cikgu, bahasa Malaysia ke Bahasa Melayu? Orang Melayu cakap bahasa Malaysia ke bahasa Melayu cikgu? Terkedu dibuatnya saya!

Sebelum ni dikeluarkan pekeliling tentang penggunaan Bahasa Malaysia ni pun, saya memang kurang bersetuju. Pernah semasa saya diselia oleh pengawai unit Bahasa Jabatan Pelajaran Negeri, saya dikomen kerana menulis Bahasa Melayu, bukan bahasa Malaysia di dalam buku ringkasan mengajar saya. Kata pegawai tersebut, cikgu kena guna Bahasa Malaysia, kena ikut pekeliling. Lepas habis dia ceramah, saya tanya dia satu soalan je. Encik, ada ke bahasa Malaysia? Dah tu Bahasa Melayu nak letak kat mana?

Memang saya faham niat murni di sebalik arahan penggunaan Bahasa Malaysia tu. Akan tetapi, saya rasa seperti terkilan kerana bahasa Ibunda saya telah ditopengkan wajahnya. Kalau orang India ada bahasa Tamilnya, Orang Cina ada bahasa Cina nya, tapi orang Melayu .....ada bahasa Malaysia nya! Dah hilang dah perkataan Melayu di belakangnya...syahdu sungguh!

Sebut fasal bahasa Melayu ini, pada saya pihak-pihak yang bertanggungjawab banyak memainkan peranan dalam mencacarmarbakan bahasa Melayu itu sendiri. Tengok lah sendiri, berapa banyak perkataan-perkataan yang dipinjam daripada bahasa-bahasa lain, misalnya perkataan pinjaman yang dipinjam daripada perkataan Inggeris ( pinjam dan tak pernah dipulangkan pun !) Kenapa Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri yang mengiktiraf perkataan-perkataan pinjaman ini? Adakah alasannya sekadar untuk memperkayakan bahasa Melayu? Kalau itu alasannya, aduhhhh malu sungguh! Dah la pinjam tak reti-reti nak pulangkan, akhirnya dijadikan hak sendiri pulak. Tak ada kah perkataan-perkataan Melayu yang boleh digunapakai untuk menjelaskan makna atau maksud tertentu sehingga kita sanggup pinjam bahasa asing dan dijadikan hak sendiri? Tu bukan pinjam dah, tapi macam curi namanya.

Di rumah, saya selalu juga berbahas dengan orang kat umah. Kata dia, bahasa Melayu ni tak ke mana. Tak payah lah nak berangan dengan mengatakan bahasa Melayu mampu menjadi bahasa yang terkenal di dunia. Jauh panggang dari api. Apa tak nya, kalau masih duk meminjam-minjam bahasa asing macam mana kita nak perkembangkan penggunakan bahasa Melayu? Makin rosak ada lah! Betul juga tu.

Sunday, October 25, 2009

Bulan Bahasa Kebangsaan


Pagi tadi sekolah ada membuat perhimpunan khas bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.

Cikgu Nora sedang beri ceramah ringkas mengenai kepentingan belajar Bahasa Malaysia.

Memang patut sekali semua yang mengaku warga Malaysia harus tahu berbahasa Malaysia. Tapi bukan tak ada yang jenis mengaku rakyat negara ini tapi sepatah haram tak reti nak berbahasa Melayu. Orang macam ni layak ke mengaku rakyat Malaysia? Ada pulak yang tahu berbahasa Melayu tapi lebih gemar berbahasa asing bila bercakap. Kadang-kadang orang Melayu sesama orang Melayu pun bila bercakap, guna bahasa asing. Pelik tapi benar. Agaknya dengan cara itu mereka mampu mempamerkan status mereka. Macam tu ke?
Berbalik kepada perhimpunan khas yang dijalankan di sekolah pagi tadi, saya selaku Ketua Panitia telah diamanahkan untuk berucap. Masa berucap tu kena hati2 sebab bimbang terbabas takut-takut nantinya menyentuh sensitiviti kaum . Maklumlah sekolah yang semua muridnya India dan berbahasa Tamil, begitu juga dengan guru-gurunya. Saya seorang saja Melayu. Apa pun, saya bangga kerana dapat mencurah bakti terhadap bahasa bangsa saya. 5 tahun berada di sekolah ini, saya rasa begitu seronok. Saya bangga kerana dapat menyebarkan pengaruh bahasa Melayu di kalangan kaum India di sekolah saya. Setidak-tidaknya saya juga mampu menunaikan tanggungjawab sosial saya kepada negara, walaupun ia sekelumit sahaja.
Poster bergerak, he he kena denda pegang poster kat atas pentas.
Ni pulak Guru Besar yang bercakap tentang Bahasa Kebangsaan tapi berucap dalam bahasa Tamil! Hu hu hu!

Friday, October 16, 2009

Mesyuarat itu, mesyuarat ini



Sejak habis KDP di Kampus DarulAman, sempat seminggu je panaskan kerusi kat Bilik Guru. Minggu sudah, dapat surat daripada PPK Kementerian Pelajaran Malaysia untuk hadir ke satu mesyuarat di Hotel Regency Alor Setar. Ia dianjurkan oleh Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, Bidang Bahasa, Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementeriaan Pelajaran Malaysia. Mesyuarat berlangsung dari 13 Oktober hingga 16 Oktober. Seronok juga bila dapat bersama-sama membuat percambahan minda dan bersama-sama menyediakan modul untuk kegunaan murid-murid.



Sesuatu mesyuarat itu diadakan untuk bersama-sama berbincang , melontar idea serta mencari jalan untuk mengatasi sesuatu atau pun membuat penambahbaikan. Bila menghadiri mesyuarat sebegini, minda akan lebih terbuka dan idea akan makin bertambah.

Sebut fasal mesyuarat ni, kadang-kadang rasa dua macam juga. Misalnya kat sekolah. Kalau tiap2 minggu ada mesyuarat, rasa cuak juga dibuatnya. Alih-alih benda yang sama diperkata. Yang paling mencuakkan adalah bila setiap kali bermesyuarat ada saja agenda untuk guru besar menghentam guru-guru.
Komplen itu komplen ini, marah itu, marah ini. Kalau sekali dua dengar tu boleh tahan lagi lah, tapi kalau setiap kali bermesyuarat, ada slot untuk menghentam atau berleter macam mak nenek ni, rimas rasanya. Walau pun leteran tu tidak ditujukan kepada kita, tapi bila guru besar berleter secara umum, sakit juga telinga mendengarnya. Lagi pun apa rasionalnya kerap sangat dibuat mesyuarat di sekolah? Lain ler kalau ada perkara-perkara mustahak yang perlu diperbincang untuk mendapatkan persetujuan atau keputusan. Kalau setiap minggu buat mesyuarat sekadar untuk bercakap benda yang remeh-temeh sampai 3 jam, buang masa saja!

Berbalik kepada mesyuarat yang saya hadiri selama 4 hari 3 malam ini, ia memang merupakan satu pengkongsian ilmu yang sangat baik.

Friday, October 2, 2009

KDP14M Kampus DarulAman







Dah lama tak update kan blog ni. Kesibukan kerana kembali menjadi student menyebabkan masa agak terbatas dan terkelam kabut sikit. Sampaikan cerita tentang puasa dan raya pun tak sempat nak masukkan.

Syukurlah semua dah selesai. Khamis lepas merupakan hari terakhir di Kampus DarulAman dalam menyempurnakan syarat wajib utk melanjutkan pangajian ke peringkat sarjana pendidikan. Ahad ni, akan kembali ke sekolah. Kembali mengadap anak-anak murid yang hampir 4 bulan tidak tertatap.

Banyak yang saya pelajari sepanjang tempoh masa berada di Kampus DarulAman. Dari pasal pengurusan masa hinggalah ke perbagai perkara yang tidak pernah terfikir sebelum ini. Kadang tu macam tak percaya dah umur masuk 42 baru kalut nak bergelut dengan buku2, bergelut dengan assignment2 dan berperang dengan peperiksaan. Semua itu sebenarnya telah lama ditinggalkan sejak menamatkan pengajian di Maktab 16 tahun yang lalu.

Apa pun usia bukanlah faktor yang membantutkan keinginan untuk mendalami ilmu. Walaupun terpaksa berdepan dengan cabaran terutamanya bagi seorang guru perempuan yang telah berumahtangga seperti saya. Cuma yang paling penting, apa pun hasrat kita, atau apabila kita mahu melakukan sesuatu misalnya dalam hal melanjutkan pelajaran ini, yang maha penting bagi yang telah berumahtangga, haruslah terlebih dahulu memohon keizinan daripada suami. Restu daripada suami sangat penting supaya tidak timbul masalah berbangkit di kemudiaan nanti. Apabila telah mendapat restu daripada suami, insyallah semuanya akan berjalan dengan teratur dan sukses.

Kepada kawan-kawan sekuliah, terima kasih banyak-banyak kerana perkongsian ilmu yang telah diberikan. Jika kawan-kawan ingin mendownload gambar-gambar kenangan kita di Kampus DarulAman, kawan-kawan bolehlah klik di link halaman Himpunan Gambar Kenangan yang terdapat di sebelah kiri blog saya ini.

Harap2 kita nanti akan bertemu lagi..

Friday, September 4, 2009

Are You still Complaining?


If you think you are unhappy, look at them
If you think your salary is low, how about her?

If you think you suffer in life, do you suffer as much as he does?

If you complain about your transport system, how about them?




Sunday, August 23, 2009

Ceteknya kesedaran....

Sebut pasal H1N1 ni, rimas dibuatnya. Ye lah bila nak ke mana-mana sekarang ni kena berhati-hati. Kena pulak pakai topeng tutup hidung dan mulut.

Sebut pasal topeng hidung dan mulut ni, saya nak sentuh sikit pasal tahap pemikiran orang-orang kita ni. Semua orang tahu bahawa H1N1 ni bahaya tetapi ramai yang masih acuh tak acuh dalam mengambil langkah awal untuk mengawal merebaknya H1N1.

Bila benda ni makin menular, depa pakat duk tala kat kerajaan dengan menuduh kerajaan tak bertindak secara proaktif untuk mengekang penularan virus ini. Kerajaan memang mempunyai tanggungjawab nya sendiri dan pada saya kerajaan telah banyak mengambil langkah untuk mengawal keadaan. Cuma yang saya nak sentuh di sini adalah mengenai tanggungjawab kita sendiri dalam mengawal penularan virus ini. Jelas lagi nyata bahawa kita di Malaysia ni masih mengambil mudah mengenai langkah-langkah pengawalan awal.

Tengok saja lah, berapa kerat yang memakai topeng penutup hidung dan muka bila berada di tempat-tempat awam atau tempat yang ramai pengunjung? Masih ramai yang tidak sedar ( ada yang sedar tapi saja buat tk sedar pun ) tentang peri pentingnya pemakaian topeng penutup ini sebagai satu langkah awal untuk menghalang penularan virus ini.

Di Kampus sendiri pun, saya dapat lihat dengan jelas, boleh dihitung dengan jari student-student yang memakai topeng penutup ini. Kenapa? Adakah kerana segan? Adakah susah nak dapatkan topeng penutup itu? Atau adakah kerana silap tak ambik cakna? Kalau kerana sebab pertama tadi, nyata le orang yang berpandangan macam tu kurang cerdik. Apa nak disegankan pakai benda alah tu. Bukannya kita akan nampak macam alien. Kalau kena sebab kedua, tk logik pulak, sebab topeng penutup muka tu mudah didapati. Mana-mana tempat pun ada, cuma jangan pergi cari dekat kedai makan udah le! Sebenarnya, mengapa ramai yang tidak memakai topeng penutup muka dan hidung ini adalah kerana kurangnya kesedaran atau tepunya pengetahuan mereka tentang pentingkan mengambil langkah pengawalan awal.

Jadi nasihat saya kepada semuanya, pakailah topeng penutup muka dan hidung tu. Tambah-tambah masa nak pergi ke bazar Ramadhan tu. Pakai! Jangan tak pakai!

Assignment oh assignment!!

Salam Ramadhan buat semua pengunjung laman ini.

Cepatnya rasa masa berlalu. Dah masuk bulan puasa pun. Mungkin agaknya kerana terkejar-kejar dengan masa menyebabkan kita rasa masa begitu cepat berlalu. Teringat pulak assignment 5 dah siap lagi 2 belum beres lagi. Kalut juga dibuatnya. Maklum le dah tua-tua baru sambung belajar. Nak kena ligan dan bersaing dengan depa2 yang muda-muda tu. Macamana pun dalam minggu ni kena pulun bagi habis.

Nasib baik le suami banyak membantu terutamanya dalam menyiapkan beberapa assignment yang perlu ditulis dalam bahasa Inggeris. Dia lah yang terpaksa saya rujuk untuk bertanyakan maklumat-maklumat dan sebagainya. Cuma tak de sampai tahap minta dia tolong buat ! Walaupun dia sibuk dengan kerja dia, tapi takat ni, alhamdulillah dia masih sanggup membantu.

Sebut bab buat assignment ni, ada yang sanggup upah orang lain buat. Eh sampai tahap tu rupa-rupanya ye. Ada duit semua jalan! Ada pensyarah pernah bercerita tentang hal ini. Katanya ada orang yang buat pHD pun sanggup upah orang buat tesis sampai beribu-ribu. Macam tu ka? Siap dia berikan beberapa tokoh politik tempatan yang ada pHD tapi bila tanya apa benda pun tak tahu! Haru-haru! Isk- isk cara macam tu memang tidak dapat menggambarkan keintelektualan orang tu sebenarnya. Jadi, tak heranlah kalau ramai yang ada master, ada pHD tapi tak ada ilmu! Sebab mereka bukan mengkaji tapi mengupah orang utk mengkaji bagi pihak depa.

Jadi, dipendekkan cerita kata pensyarah tu lagi, di kalangan kita ni, memang ada ramai yang memiliki Master dan pHD beli. Jadi tk payah nak heran le kalau orang tu bangga dia ada master atau pHD kalau takat assignment pun upah orang buat. Melopong je saya dengar cerita pensyarah ni. Ntah-ntah kat IPGM Kampus Utara ni pun ramai yang ada master ada pHD tapi celup semuanya! Hi hi hi~~~

Saturday, August 8, 2009

Kongsi Maklumat.

Artikel ini dipetik daripada info pengirim di fbook.

JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS...MY PERSONALEXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB.....

My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son wasconfirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was that when he wasbedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad camefm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar....

No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) .....after 2 days and hiseyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room...

Called his mom to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...she practicallyfainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to goto the north with the father...

First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him toSg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert andmore equipt...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day tosolve the problem.

Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in townto "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simpleprescription by him.....of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguhnya...selawat 3x...

EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till yourfever disappear and yr symtoms are gone....I cannot explain it but the child in ShahAlam was ok too after taking this tip....

ALHAMDULILLAH...my staff's son was given the apple juice for the whole day onMonday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterdayWednesday....she called me and was crying on the phone to say that her son was outof ICU and was able to eat normally...all these happened within just 4 days today(thursday 6 august)...

This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small infocould assist others as well, INSYA'ALLAH!!!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAHanything can happen!!!!

Friday, August 7, 2009

Pesan Berpesan

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyanyangimu,
Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu.
Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik utkmu.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik kepada Allah dalam apa jua keadaan kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaaanNya.

Untuk Renungan Bersama

Susah sangat ke nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sangat ker amanah Tuhan yang perlu lelaki pikul??? jawapannyer, memang tak susah dan memang banyak, Bagaimana???, bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer:-

1. lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya..

2 .lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belumbaligh. BERATKAN !

3 .Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.BERATKAN!

4 .Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanyapendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnyaseperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.Begitulah kira-kiranya. Wanita

1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sbaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahalharganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.

Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakalalelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruhmakhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudaraperempuannya.Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akanturut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan

WALLAHUA'LAM

Sunday, July 12, 2009

Kasarnya!

Hari ni hujan saja, sejak semlm. Pun, alhamdulilah hujan adalah rahmat. Mana taknya jika sebelum ini cuaca sangat panas jadi dengan turunnya hujan ini adalah pelengkap kepada pusingan cuaca, ada kemaraunya dan ada ada hujannya. Maka elakkanlah diri daripada merungut-rungut dengan kejadian Tuhan kerana panas dan hujan itu adalah anugerahNya kepada semua kehidupan di muka bumi ini.

Itu satu hal......
Sebut pasal merungut-rungut ini, aku pun nak merungut juga. Tapi bukan merungut pada ketentuan Tuhan. Cuma merungut untuk meluahkan rasa tak berkenan aku kepada seseorang yang pada aku tidak sepatutnya berbahasa seperti yang selalu digunakannya.

Masuk kuliah, telah 2 kali aku diberi kuliah oleh salah seorang pensyarah di sini. Kuliahnya bagus, cepat faham. Dia juga kulihat seorang yang mempunyai prinsip dan sentiasa patuh pada ketepatan masa. Itu aku puji.

Walau bagaimanapun, ada satu perkara yang 'menyakitkan telingaku' bila dia menyampaikan kuliahnya. Tutur katanya yang kurang murni, kasar dan yang sewaktu dengannya itu membuatkan aku terfikir dan tertanya-tanya sendiri. Adakah itu caranya? Jika ya, teruknya! Mana boleh memanggil pelajar-pelajar yang sebaya dengannya dan ada yang lebih berusia daripadanya dengan panggilan hangpa, hang. Kasar dan kurang tertib rasanya tu. Adalah lebih elok dan lebih manis jika dia memanggil student-studentnya dengan panggilan cikgu-cikgu, atau anda, suadara-saudari atau apa-apa kata panggilan yang lebih murni dan bersopan. Jangan lah pakai redah saja. Setinggi mana pun ilmu kita, kesantunan dan kemurnian bahasa juga perlu diutamakan, terutamanya cara kita memanggil seseorang itu.

Thursday, July 9, 2009

Cikgu dan bekas murid

Semasa balik dari kuliah, saya duduk-duduk di cafe sementara menunggu suami datang menjemput. Kesian pulak kat suami sebab terpaksa menghantar dan menjemput saya pulang dari kuliah. Budimu kukenang!

Sewaktu duduk-duduk tu, saya didatangi seorang pelajar sekolah sekolah. Pelajar perempuan. Kebetulan pada waktu tu, IPGM Kampus Darulaman ada menganjurkan Hari Pengkisahan Kenegaraan dan menjemput pelajar-pelajar dari sekolah yang berdekatan menghadirinya.

Pelajar perempuan tadi menghampiri dan menegur saya. Setelah dia memperkenalkan diri, barulah saya perasan rupa-rupanya dia adalah bekas student saya semasa di Sekolah Kebangsaan Telaga Mas. Selepas bersalaman, dia membawa beberapa orang pelajar lain menemui saya. Dari jauh saya lihat mereka tersenyum-senyum dan melambai-lambai ke arah saya sambil menjerit Cikgu Azizah! Cikgu Azizah! Terlopong saya melihat gelagat mereka.

Apabila menghampiri saya, masing-masing bertanya, cikgu, masih kenal tak saya? Cikgu masih ingat tak nama saya? Sorang tu sempat berkata, cikgu ni mesti ingat nama saya sebab saya paling nakal dalam kelas. Tersenyum saya dibuatnya. Memang setelah diamati wajah sorang-sorang, saya kembali mengingati mereka semua. Yang paling nakal tu pun saya ingat nama dia, sebab saya selalu cubit dia dan piat dia masa dalam kelas! Tak sangka pulak, dia masih mengingati guru garangnya ni. Memang kat sekolah dulu, saya ni murid-murid panggil cikgu garang yang baik!

Terima kasih kepada semua bekas anak-anak murid yang masih mengenang cikgu nan sorang ni.

Wednesday, July 8, 2009

Kembali Ke Bilik Kuliah!

Dah agak lama tidak berkesempatan menulis di blog ni. Banyak yang tersimpan dalam kepala nak diluahkan di sini tetapi tidak sempat untuk dicatat.

Jadual rutin menjadi agak sibuk kerana sekarang ni dah kembali menjadi pelajar. Pelajar tua! Sebelum ni jadi pengajar, sekarang dah kena belajar balik. Sejak 29 Jun lepas, saya telah mendaftar di IPGM Kampus Darulaman untuk mengikuti kursus dalam perkhidmatan selama hampir 4 bulan.

Ia adalah sebahagian daripada perancangan untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah. Tua-tua baru nak belajar ye. Nak buat macam mana, sebelum ni komitmen lain banyak, anak-anak pun masih di peringkat yang perlukan perhatian yang lebih. Sekarang ni, anak-anak dah boleh diharap. Tak de lah menjadi masalah bila mak nya nak sambung belajar. Terima juga kepada suami tercinta yang memberikan galakan sepenuhnya untuk saya menyambung pelajaran. Pada saya restu suami tu paling penting.

Bila dah masuk bilik kuliah , teringat pulak zaman di maktab dulu. Masa tulah paling akhir saya memasuki bilik kuliah. Dah lebih 17 tahun lamanya. Jadi, bila menginjakkan kaki semula ke bilik kulih, terbayang kisah-kisah bersama kawan-kawan lama dulu. Sekarang dah jumpa pulak kawan-kawan baru. Rata-rata yang mengikuti kuliah bersama di sini berumur 20-an dan 30-an berbanding saya ni dah nak masuk 42 tahun!

Bila dah mula masuk kuliah ni dan mendengar kuliah-kuliah yang bermacam-macam, semacam pulak kepala dibuatnya.Maklumlah dah 17 tahun tinggalkan 'dunia masuk kuliah'dan mendengar kuliah-kuliah yang bermacam-macam. Dah lama meninggalkan zaman belajar menyebabkan agak ter'blur' sikit, tambah-tambah bila dapat assignment yang bukan satu tapi 7 dan satu masa.




Walaubagaimanapun, apa-apa pun kena cool! Kena bertenang dan kena bijak mengurus masa dan tugasan. Cakap kat diri sendiri, orang lain boleh, aku pun boleh!

Tuesday, June 16, 2009

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Kali ke-16


Kata orang perkahwinan adalah seumpama perjudian. Pada saya, kebahgian, kehancuran, kedamaian, kepincangan sesebuah rumahtangga itu banyak terletak di tangan kita sendiri. Allah anugerahkan kita akal dan fikiran untuk menilai, untuk berfikir, untuk merancang , untuk bermuhasabahkan diri, untuk melakukan apa saja demi mempertahankan keruntuhan rumahtangga.


Andai selepas berusaha, berdoa dan bertawakkal, jika berlaku juga perpisahan, itu mungkin takdir yang tersurat untuk kita. Redhakan lah andai itu ketentuanNya.Syukur kerana ikatan perkahwinan ini masih kukuh. Bohong jika dikatakan sepanjang 16 tahun bersama , tidak pernah ada gelombang yang menghempas bahtera ini.


Namun berkat kebijaksanaan akal, serta dipertunjangkan dengan kesabaran serta ketaatan dan saling hormat-menghormati, bahtera ini dapat terus belayar ke pulau bahagia.Terima kasih kepada suami tercinta kerana sentiasa ada waktu senang dan waktu susah. Sentiasa ada waktu gembira dan ketika duka. Sentiasa meringankan sakit yang tertanggung. Sentiasa mempermudahkan segala kesulitan, sentiasa meredakan waktu kegusaran. Terima kasih juga kerana masih menjadi, menjadi sahabat yang ceria dan menjadi suami yang setia.

Sunday, June 14, 2009

Balik Kampung

Alhamdulillah, minggu kedua cuti penggal dapat juga bawa anak-anak balik bercuti di kampung halaman. Walaupun cuma beberapa hari saja, cukuplah untuk memberi ruang kepada anak-anak berjumpa dengan nenek, paklong, maklong, MakSu, sepupu-sepupu mereka dan sebagainya.
Penat tu penat la jugak, terutamanya si ayah yang memandu kereta pergi dan balik. Di kampung, sempat juga buat BBQ di pantai. Seronok juga sekali-sekala kumpul ramai-ramai kat tepi pantai pd malam hari sambil ratah-ratah ayam yang dibakar.


Satu lagi tu, sempat juga saya mengajak suami mengunjungi Pasar Payang di Kuala Terengganu. Pasar Pasar merupakan satu tempat yang memang menjadi tumpuan para pelancong ke Terengganu khasnya kepada peminat-peminat Batik. Macam-macam jenis batik ada. Memang rambang mata dibuatnya. Habis lah jugak ratusan duit kat situ sebab duk belikan kain-kain batik sutera yang cantik-cantik kat Pasar Payang tu.

Sewaktu balik, kami sempat singgah di satu 'tempat bersejarah' iaitu tempat yang menjadi tumpuan ramai baru-baru ini di mana ia terpampang di merata-rata media massa. Kalau siapa-siapa datang ke Kuala Terengganu, boleh lah singgah! Tempat bersejarah yang saya maksudkan tu adalah Stadium yang runtuh tu baru-baru ni! Memang bersejarah pun. Mana ada lagi di Malaysia ni stadium yang baru saja dibina runtuh! Stadium tu je! Ni kalau Menteri Besar baca tentu berkerut-kerut dahi dia.

Monday, May 18, 2009

Sambutan Hari Guru di Barathy

Semalam, sekolah saya mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat sekolah. Macam-macam acara dibuat. Macam biasalah pagi-pagi kena buat perhimpunan khas. Baca perutusan, nyanyi lagu Hari Guru. Bila sebut pasal lagu Hari Guru ni, teringat zaman-zaman kat Maktab dulu. Meriah kami nyanyi macam nak pecah dewan. Tahun ni kena pulak baca perutusan . Perutusan Menteri Pelajaran pulak tu. Macam Yb je rasa he he he!

Selepas itu diadakan pula acara sukaneka yang melibatkan murid dan guru. Meriah jugak la acara padang kali ini. Ada yang tunjuk skill dalam acara lari dalam guni. Macam-macam gaya ada, dari gaya cat walk hingga lah ke gaya penguin.

Ni dia juara acara lenggang kangkung dalam guni!

Ni pulak Cikgu Dewi dengan penuh gaya dalam acara melantun bola.
Kemudian, diadakan pula acara memberikan hadiah kepada guru. Maka berduyun-duyunlah murid-murid datang menghulurkan hadiah . Macam-macam hadiah saya terima termasukkan sebuah cenderamata yang tertulis kalimah suci. Terkejut juga bila terima, maklumlah, murid-murid saya beragama Hindu. Nampaknya budak-budak ni lebih memahami bagaimana menghormati orang lain walaupun berlainan agama.
Sebut pasal 'tradisi" memberi hadiah kepada guru pada Hari Guru ini, teringat saya pada satu masa sewaktu saya mengajar di sekolah yang agak pedalaman. Salah seorang murid saya, yang datang dari keluarga yang miskin, datang kepada saya membawa sejambak bunga. Bukan sejambak bunga ros atau bunga-bunga Lily,tetapi sejambak bunga yang terdiri daripada bunga raya, bunga kertas dan bunga loceng.
Bunga-bunga tersebut memang banyak ditanam di kampung tersebut. Saya tahu murid saya itu tidak mampu untuk membeli hadiah-hadiah kepada guru kerana itu lah dia mengumpul bunga-bunga itu untuk dihadiahkan kepada saya. Melihatkan kesungguhannya, saya tahu dia benar-benar ikhlas dan sewaktu menerimanya, saya mengucapkan terima kasih dan memujinya di hadapan kelas. Saya katakan kepada nya dan kepada murid-murid lain cikgu terharu dengan kesungguhan dan keikhlasan Aisyah. Hadiah bunga ini sangat menarik dan cikgu suka! .

Itulah antara memori yang sentiasa saya ingat bila tiba waktu murid-murid menghulurkan hadiah semasa hari guru. Pada saya harga itu tidak penting, yang pentingnya adalah "nilai sebenar " sebuah hadiah itu. Bagi saya juga, hadiah yang paling bernilai bagi saya adalah bila dapat memanusiakan murid-murid dengan menjadi insan yang baik dan berguna kepada agama, negara, masyarakat dan keluarga.

video

16 MEI - Bicara tentang kerjaya seorang guru



16 Mei disambut sebagai hari memperingati guru.....Hari Guru.
Apa yang biasa kita dengar dan kita baca setia kali datangnya Hari Guru adalah:

1. Perutusan Menteri Pelajaran mengenai peranan guru.
2. Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran
3. Ucapan-ucapan selamat hari guru di corong-corong radio, di dada-dada surat khabar dan kad-kad ucapan murid-murid.
4. Artikel-artikel mengenai peranan dan tanggungjawab guru di forum-forum dan di media massa.

Apa yang biasa kita dengar tentang kerjaya guru:
1. Kerja mudah.
2. Banyak cuti.
3. Balik awal

Apa yang orang tak tahu tentang kerjaya guru:
1. Kerja guru ni adalah kerja mudah yang payah.

Kerja kadang2 perlu banyak fokus kepada byk perkara. Kerja mengajar itu merupakan utama. Kerja-kerja yang tidak utama pun turut perlu dijadikan kerja utama. Kalau nak disenaraikan, memang tk larat nak naip. Pengisian pelbagai borang, pengurusan pelbagai fail. Bayangkan kalau seorang guru itu memegang 3 tugas utama dalam 3 bahagian bidang tugas. Bagi setiap bidang tugas itu setiap guru itu perlu menguruskan 6 fail yang mengandungi 1001 macam perkara,. Kalau cikgu tu pegang 3 bahagian tugas, bermakna dia juga perlu menguruskan 18 fail! Itu baru 3 tugas. Kalau 4,5 6 tugas? Cuba anda bayangkan macam mana seseorang guru sekarang terpaksa lalui semua ini setiap hari.

Setiap hari juga mereka perlu masuk ke kelas mengajar. Ada antaranya mempunyai masa 35 masa seminggu iaitu lebih kurang 1050 minit seminggu. Dalam 1 hari mereka hanya mempunyai 1 atau 2 sahaja "masa 'free". Masa free ini bermaksud masa mereka tidak perlu masuk ke dalam kelas. Pada masa free ini lah cikgu-cikgu yang berkenaan akan luangkan utk mengalas perut, memeriksa buku-buku latihan murid-murid yang membukit dan mengemas kini maklumat-maklumat fail yang berbelas-belas itu. Tercungap-cungap kadang dibuatnya.

Lagi satu, guru-guru ni sentiasa kena bergerak. Bukan seperti kawan-kawan kita yang bekerja di pejabat-pejabat. Mereka tidak perlu berjalan dari satu bangunan ke satu bangunan.Kami di sekolah ada juga banyak bangunan. Blok A, blok B, Blok C dan ada juga blok D. Bila abis masa mengajar di kelas yg terletak di blok A, kami terpaksa bergegas ke blog B atau mungkin ke blog C atau D. Dalam 1 hari tu, 3-4 kali jugalah turun naik tangga ke blok-blok yang berasingan.

Kerja mengadap murid-murid ni juga memerlukan kesabaran yang bukan sedikit. Setiap kelas puratanya mempunyai lebih kurang 30 org murid. Jangan tak tahu, ada juga kelas-kelas yang padat sehingga mencapai 40 orang. 40 orang bermaksud ada 40 perangai. Jadi guru-guru kenalah bijaksana dan tahan hati untuk berdepan dengan perangai-perangai murid. Itu perangai murid, tidak termasuk lagi perangai dan karenah pentadbir sekolah, karenah Pegawai Pendidikan di PPD mahupun di JPN. Nak puaskan hati mereka semua tu, kadang-kadang boleh buat kita hangin satu badan!

Hah sekarang, mudah ke kerja cikgu ni?

2. Banyak Cuti dan boleh balik awal?
Banyak sangat ke cuti cikgu-cikgu sekolah ni? Pengalaman saya sendiri, cuti panjang sekolah samada cuti penggal 1 ke atau cuti penggal 2, saya dan rakan-rakan kena jugak datang sekolah. Buat kelas tambahan, buat bengkel, buat kursus, paling komang pun kena datang buat mural kat sekolah!

Kerja cikgu pulak bukan macam kerja kawan-kawan kita kat opis, tak habis hari ni, esok datang ofis boleh sambung dan tak payah bawa balik kerja kat rumah. Tapi kami guru tak boleh macam tu. Sebut je balik awal, tapi terpaksa bawak macam-macam kerja kat rumah. Buku latihan murid yang tak sempat nak semak di sekolah, kertas ujian atau kertas peperiksaan pun kena periksa kat rumah sebab mana sempat nak buat kat sekolah.

Sebab apa tak sempat siap kat sekolah? Cuba baca balik yang kat atas tu. Kadang-kadang kami ni terutama cikgu-cikgu pompuan berada dalam dilema. Mana tak nya, bawak balik kerja kat rumah suami pulak sound. Apa bawak kerja kat rumah, kerja sekolah tinggal kat sekolah. Kat rumah, buat kerja rumah tangga saja. Tengok tu, kadang tak pasal gaduh dengan suami. Saper nak jawab tu?

Itulah sebenarnya kerjaya sebagai guru yang rata-rata orang tak tahu. Hanya orang yang berkecimpung dalam perguruan ini saja yang tahu. Apa pun , pada saya itu adalah sekadar luahan. Luahan yang tak mampu merubah apa-apa pun. Siapa nak dengar. Yang paling penting saya berpegang pada 1 iaitu kerjaya sebagai guru adalah satu kerjaya yang mulia. Tugas memanusiakan seorang manusia adalah tugas yang menuntut segala macam kekuatan, kecekalan, kesungguhan dan keikhlasan. Dan alhamdulllah sehingga sekarang, saya mampu melaksanakan segala amanah yang diletakkan dibahu.

Thursday, May 14, 2009

Kakak nak hadiahkan mama hadiah istimewa..sebuah senyuman paling manis!

Bulan Mei ni banyak sungguh hari-hari yang diraikan orang. Bermula pada 1 Mei untuk Hari Buruh, 10 Mei Hari Ibu , nantinya 16 Mei pulak Hari Guru!
Kali ni, saya nak bercerita sedikit tentang hari yang disambut pada tanggal 10 Mei yang lalu iaitu Hari Ibu. Ada yang mengatakan orang kita ni kaya dengan budaya meniru. Orang barat sambut hari itu dan hari ini, kita pun nak sambut juga.


Pada saya, tidak salah kalau mengikut sesuatu yang baik dan tidak memesongkan. Tidak semua yang diamalkan oleh orang-orang Barat itu tidak elok. Apa yang baik, apa salahnya kita ikut. Berbalik kepada sambutan Hari Ibu ini, pada pendapat saya, meraikannya adalah satu perkara yang baik.

Bukan bermakna dengan menyambut Hari Ibu ini, kita hanya memberi fokus kepada kasih sayang terhadap ibu pada hari-hari tertentu sahaja. Sebenarnya, memilih satu hari dalam setahun ini adalah suatu yang simbolik untuk menterjemahkan keikhlasan hati anak terhadap kasih sayang kepada ibu. Kita memang menyayangi ibu kita setiap saat. Cuma dengan adanya 10 Mei ini yang diangkat sebagai Hari Ibu, ia tentunya boleh menyemarakkan lagi kasih sayang antara anak dan ibu. Bukankah ini suatu yang baik?


Pada kali ini, saya sedikit tersentuh dengan gelagat anak-anak saya. Beberapa hari sebelum hari Ibu, mereka sibuk dengan aktivti sekolah. Lantaran kesuntukan masa, ketiga-tiga anak saya agak kecewa kerana sehari sebelum nya mereka tidak berpeluang menyediakan hadiah! Kata mereka kepada saya, papa sibuk, tak sempat nak ajak papa beli hadiah untuk mama. Saya tergelak mendengar kata-kata mereka. Saya beritahu mereka, bahawa saya tidak perlukan semua itu. Kemudian, anak kedua saya menghulur satu bungkusan kecil. Di dalamnya terdapat satu barang kraf yang dihasilkan sendiri daripada perca kain yang diambilnya di rumah. Kata nya, semlm dia jahit, buat untuk mama! Nak tergelak pun ada bila tengok apa yang dijahitnya.

Tapi saya nampak kesungguhannya itu. Anak bongsu saya pula datang dan mencium pipi saja sebagai hadiah hari ibu! Yang paling menyentuh hati saya apabila anak yang sulung saya berkata, kakak tak sempat beli hadiah untuk mama sebab papa sibuk dan tak sempat nak pergi beli. Tapi , kakak tetap nak beri satu hadiah paling istimewa untuk mama. Saya tanya apa dia yang istimewanya tu? Dengan senyum simpulnya dia menjawab, kakak nak hadiahkan senyuman paling manis untuk mama! Lalu dia pun terus melemparkan senyumannya! Tergelak saya dibuatnya. Saya mengucapkan terima kasih kepada anak-anak. Kata saya, Mama tak kisah tentang hadiah-hadiah tu. Dapat ciuman, dapat senyuman paling manis pun sudah memadai.

Keesokkan hari nya, sewaktu balik dari sekolah, anak-anak saya kemudiannya telah menghulurkan satu bungkusan. Kata mereka, tadi papa beli bagi pihak mereka! Eh, macam-macam. Agaknya papa mereka kesian tengok anak-anak hanya memberi hadiah senyuman dan ciuman kepada saya lalu diajaknya anak-anak membeli hadiah untuk saya pada hari tu. Terima kasih banyak-banyak kepada suami tersayang kerana sentiasa peka dengan perasaan anak-anak. Budimu dikenang!

Episod Surat Layang di Sekolah

Sebut pasal surat layang ni, kalau dilihat pada maknanya merujuk kepada surat terbang yang tidak diketahui penulisnya yang biasanya surat yang mengecam, menyebarkan berita buruk atau berita palsu.

Saya teringin nak mengutarakan tajuk ini kerana baru-baru ini kerana surat layang melayang ini sedikit menggegarkan sekolah saya. Sebenarnya, sebelum bertukar ke sekolah ini, saya dah pun terbiasa mendengar perihal surat layang yang sering memperkatakan tentang 1001 macam perkara yang berlaku di sekolah itu.

Baru-baru ini , sekali lagi sekolah saya digegarkan oleh surat layang. Kali ini surat tersebut ke JPN dan dipanjangkan terus ke Kementerian Pendidikan. Fuh, rajin sungguh depa ni menulis surat. Mula-mulanya saya tak ambil kisah sangat tentang surat layang itu. Akan tetapi darah Tun Teja saya mula menyirap apabila membaca kepala surat layang itu : Kelab Guru ....." Mana tk menyirap, saya selaku pengerusi Kelab Guru tentu terkena biasnya.

Saya dipangggil berjumpa dengan pihak pentadbiran. Mereka minta saya baca. Aku baca tajuk surat layang itu . "Penghinaan Guru Besar kepada guru-guru " Dah abih satu pusingan saya baca surat yang mengandungi 3 helaian kertas taip itu, saya diajukan dengan satu soalan. " So, apa tindakan puan sekarang?" Aik tanya aku pulak. Belum pun sempat aku berkata-kata, pembesar sekolah ku mencadangkan supaya dibuat satu senarai semak untuk ditandatandangi oleh semua guru samada bersetuju atau tidak dengan isi surat layang itu. Aik macam itu pulak ke? Aku tanya apa rasionalnya buat macam tu? Kata salah seorang pembesar pentadbiran , ia untuk membantu 'melindungi; guru besar. ohh macam tu ke?

So, bila senarai semak tu diedarkan, boleh dikatakan 80% menandakan tidak setuju! Aku dan sorang dua lain saja yang bersetuju dengan isi kandungan surat itu. Hah sudah! Tak pasal depa tuduh aku pulak hantar surat layang tu! Tapi takut apa, memang setelah ku baca isi kandungan surat itu, memang 60% daripadanya memang benar berlaku. 40% tu lagi aku tak pasti sebab aku tk nampak dengan mata kepala ku sendiri. Dalam satu sesi perbincangan khas tentang surat layang ini, aku bangun bercakap. Aku mesti bercakap. Kenapa aku nak takut, bukan aku yang tulis. Aku cakap saya tandakan setuju sebab ada sebahagiannya memang berlaku. Dan cikgu2 lain pun selalu merungut tentangnya di bilik guru. Berdentam dentum bila di belakang, tapi bila diminta mengakui apa yang sebenarnya berlaku, mereka takut.Takut kena blacklist dengan pihak pentadbir!. Penakut!Termasuklah penulis surat layang itu sendiri. Penakut dan tidak ada prinsip.

Waktu tu, aku bantai semua guru. Aku kata saya tidak mahu buat diri saya macam lalang..Kejab ditiup angin ke kanan, kejab ke kiri. Saya juga tk mahu jadi manusia yang suka melontar batu kemudian sorakkan tangan. Kalau benda betul, saya akan cakap betul. Kalau benda tak betul, saya akan kata tk betul.

Aku cakap lagi, cikgu-cikgu semua penakut dan macam lalang! Tak ada pendirian dan tak ada prinsip. Orang yang tak ada prinsip ini sebenarnya hanya menyusahkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain. Hah, semua terdiam bila kena sound.

Aku cakap lagi.... pada pandangan saya, kita tidak boleh ignore 100% isi kandungan surat layang ini. Dan pada saya juga, sekarang ni pihak pentadbiran perlu juga mencari punca mengapa surat layang itu ditulis. Tak ada angin, masakan pokok mampu bergoyang. Aku cakap terus terang apa yang aku rasa perlu aku cakapkan. Tak kisah lah kalau lepas ni mereka nak blacklist aku. Yang penting, aku ada prinsip. Cakap belit-belit tak mau .

Saturday, April 25, 2009

BUANG ANAK.

Mama! Ada kotak!
Iskk terkejut aku bila anak anak perempuanku menjerit menyatakan ada kotak di depan pagar rumahku. Kami sebenarnya baru balik dari membeli-belah. Waktu tu pun dah senja . Anak perempuanku masih tercegat di muka pintu pagar.Ditolak-tolaknya kotak yang betul-betul berada dipintu pagar rumahku. Ada isi! Jerit anak perempuanku lagi.

Aku mula suspen! Dalam kepala aku mula berfikir macam-macam. Tambahan pula baru-baru ni kecoh cerita pasal orang buang anak. Buatnya ada bayi dalam kotak ni kan,siapa tau! Aku dan suami cepat-cepat keluar dari kereta dan menuju ke arah kotak berwarna coklat itu.

Suamiku memegang kotak tersebut. Betul la ada isi. Perlahan-lahan kotak tu dibuka. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat ke dalam kotak itu. Hah, ada anak! Bukan 1 tapi 2 ! Kesiannya! Siapa lah yang buang anak kucing depan rumah aku ni?! Ingat rumah aku ni rumah perlindungan haiwan ke? Nasib baik lah hari tak hujan. Kalau hujan, alamatnya basah kuyuplah anak-anak kucing di dalam kotak tu.

Dek kerana kesiankan anak-anak kucing 2 ekor tu, kami bawa masuk ke dalam rumah. Bagi minum susu. Punyalah seronok anak-anakku bila tengok 2 ekor anak kucing baru yang comel tu. Nah, sekarang sudah ada 5 ekor kucing terbuang kat rumah aku ni. Memang dah jadi macam rumah perlindungan lah pulaknya!

Monday, April 6, 2009

Selamat Hari Lahir Ibu!



Selamat ulang tahun kelahiran buat ibu tercinta Che Engku Lijah binti Tengku Ali.Hari ini genap 61 tahun umurnya . Saya memanggil mak saya dengan panggilan Che'. Begitu juga dengan adik -beradik saya yang lain. Semuanya memanggil mak dengan panggilan Che'.

Hari ni genap umur Che' 61 tahun. Alhamdulillah Che' masih dianugerahi Allah dengan kesihatan yang baik. Sedikit terkilan kerana di kesempatan ini saya tidak dapat menyertai adik-beradik yang lain untuk meraikan hari lahir ibu. Saya cuma sempat mengucapkan ucapan selamat hari lahir kepada ibu melalui telefon. Alhamdulillah , saya masih dapat mendengar suara ceria ibu mengucapkan terima kasih kepada saya di atas ingatan saya terhadapnya.

Ibu antara orang yang banyak menyumbang jasa di Kampung Air Tawar. Di kampung ibu lebih mesra dipanggil dengan nama Mak Engku .Keperitan hidup sebagai ibu tunggal tidak mematahkan semangat ibu untuk membesar dan mendidik anak-anak nya yang seramai 7 orang di samping menabur bakti kepada masyarakat di Kampung Air Tawar.

Jasa dan sumbangan ibu terhadap kebajikan penduduk dan pembangunan Kampung Air Tawar memang tidak dapat disangkal. Ibu sentiasa ringan tangan membantu penduduk-penduduk kampung tanpa mengira waktu samada siang dan malam. Bila ada kenduri kendara, ibulah yang akan dicari untuk menjadi ‘kepala’ majlis, terutamanya dalam hal masak-memasak.

Begitu jugalah bila berlaku kematian, penduduk-penduduk kampung akan menemuinya dan ibu begitu ringan tangan untuk membantu menguruskannya.Ibu juga merupakan orang yang memainkan peranan yang penting dalam agenda pembangunan Kampung Air Tawar. Bagi membantu penduduk kampung menambahkan pendapatan, ibu telah bertindak sebagai penggerak kepada sebilangan kaum wanita di kampung dalam kegiatan peningkatan ekonomi .

Ibu juga terlibat dalam menjayakan Program Penempatan Daerah Besut di samping menjadi Naib Pengerusi TABIKA KEMAS ( Tanjung Demong) sekitar tahun 2005 hingga 2007 dan juga merupakan Naib Pengerusi JKKK Kampung Air Tawar sejak tahun 2000 sehingga lah sekarang.Ibu juga terlibat secara aktif dalam politik. Mula menyertai Parti UMNO sejak tahun 1980 . Ibu telah menjawat jawatan Ketua Wanita UMNO Kampung Air Tawar selama lebih 24 tahun iaitu sejak tahun 1984 hinggalah sekarang.

Dalam kesibukkannya berpolitik dan melaksanakan pelbagai amanah dan tanggungjawab membangunkan kampung, nenek kepada 22 orang cucu ini turut menyumbang bakti dengan menjadi tenaga pengajar Iqra` dan al_Quran kepada penduduk-penduduk kampung khususnya kepada kanak-kanak di Kampung Air Tawar.Begitulah antara jasa-jasa dan sumbangan yang tiada taranya yang telah disumbangkan oleh ibu terhadap penduduk kampung khasnya dan kepada masyarakat secara amnya. Terima kasih Che'!. Kami adik beradik berbangga punyai ibu seperti Che'. Kami sentiasa berdoa semoga Allah melimpahi Che' dengan rahmatNya. Kami sayang Che'

Monday, March 9, 2009

Contoh Yang Terbaik



Selamat menyambut Maulidur rasul kepada semua umat Islam.

Hari ini adalah hari di mana kita semua mengingati kelahiran Junjungan Mulia kita Nabi Muhammad s.a.w Setiap kali tibanya tarikh 12 Rabiul Awal, semua umat Islam di seluruh dunia akan memperkatakan tentang segala perihal mengenai Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w . Di corong radio, di televisyen, khutbah-khutbah di masjid-masjid mahupun surau-surau semuanya mencerita dan mengimbas semula cerita mengenai sifat-sifat mulia yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w.


Cuba bayangkan andai apa yang diceritakan itu mampu meresap ke dalam hati, mampu menyelinap ke dalam jiwa, sudah pasti apa yang berlaku pada kita sekarang tidak akan terjadi. Saban tahun, saban masa kita mendengar segala ceramah dan khutbah mengenai peri pekerti Junjungan kita, namun mengapa telinga kita hanya mampu mendengar dan tidak terus teresap ke dalam hati? Jika apa yang kita dengar itu teresap di dalam hati, tentu tidak kita meneruskan segala macam yang menyusang daripada pekerti rasullullah.


Cuba lihatlah gelagat umat Islam sekarang yang rata-rata mengakui dan mengikrarkan bahawa sifat-sifat Nabi Muhammad s.a.w itu mulia dan perlu dicontohi. Di Malaysia saja pun cukup, lihatlah! Lihatlah orang yang mengaku alim pun masih suka memaki hamun orang lain yang tidak selandasan fahaman dengan mereka. Sifat terpuji kah itu?


Lihatlah, ada yang berserban, berkupiah di atas kepala, tetapi dalam masa berserban dan berkupiah itu, mereka masih bersemangat dan lantang menuduh orang yang tidak sehaluan dengan mereka itu kafir , dan segala macam panggilan-panggilan yang kotor! Ini tentu sekali membuktikan kepada kita, apa yang dilafaz itu tidak terus dari hati. Kita mahu mengajar orang menjadi baik, tetapi kita sendiri tidak baik. Kita mahu mengajar orang berakhlak, kita sendiri goyang akhlaknya, Kita mahu mengajar orang bersopan, kita sendiri yang kurang ajar! Dalam ceramah, kita berdegar-degar menyeru orang mengikut dan mencontohi perilaku Nabi Muhammad s.a.w tetapi dalam masa yang sama kita sendiri yang seringkali tersasar daripada mengikutinya. Jadi bagaimana? Adakah selama ini apa yang masuk dalam telinga kita itu hanya menjadi tahi telinga kita?


Situasi ini mungkin akan menjadi baik, sekiranya, apa pekara baik yang kita dengar , kita amalkan. Tidak dinafikan sesetengah daripada kita kaya dengan ilmu agama. Tetapi percayalah, ilmu tanpa amal itu, ibarat pohon lebat berdaun tetapi tidak pernah berbunga dan berbuah. Ibarat rumah yang elok di luar, tetapi tidak cukup tiang penyokongnya. Berilmu bukan sekadar berteori, bukan sekadar bersilat lidah atau berlanggar pena. Berilmu bererti beramal.


Sesungguhnya Islam memuliakan ilmu dan ilmu yang dituntut mesti memberi manafaat kepada diri dan masyarakat Orang Islam yang berilmu hanya untuk kepentingan diri sendiri sama sahaja keadaan orang yang berilmu itu dengan orang yang tidak berilmu. Lebih teruk lagi, jika orang yang berilmu mempergunakan ilmunya utk membahayakan orang lain atau merosakkan masyarakat dan negara. Amat mendukacitakan kita kerana itu lah terhidang sekarang!


Saturday, February 21, 2009

Mengapa Yahudi Bijak?

Panjang-panjangkan artikel yang dibawa:

Di bawah ini adalah petikan artikel yang diforward oleh kenalan saya. Begini catatannya :


Sahabat 2 sekelian,
Sorry lama tak berinteraksi. Tak berapa sihat kebelakangan ini.......
But something interesting observations to note and to implement where possible.... from a close friend.....
Info menarik


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa
hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan
untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak
dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang,
Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan,
dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai
oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan,
perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung
hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi
begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini
suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana?
Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan
untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda
tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana
untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,
setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya
perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si
ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah
metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang
mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa
soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang
minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.
Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia,
ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak
beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat
saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik
kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik
sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal
mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu
, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa
kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,
menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala
ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan
dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.
Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara
pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama
perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet)
dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut
mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan
kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum
memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah
Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan
memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,
ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk
memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah
Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh
anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut
saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat
merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini
bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh
atau lembab).
Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami
bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya,
pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak
anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang
badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever)
Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami
3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah
dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut
mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ
kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman
untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum
Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik
berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.
Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California
, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun
kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak
Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi
mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari,
menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus
sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan
negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini
murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan
mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya
lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa
senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute
tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh
terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang
perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga
dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan
lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan
sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian
seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak
hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia!
Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh
fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini
dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak
ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya
menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak
kita supaya bertambah aktif.
Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg
berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika
mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa
faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda
untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu
lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di
Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah
naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.
Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa
faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California
sentiasa kekurangan doktor pakar.....

Anda Seorang Ketua Yang Baik?



Ketua ni luas skopnya. Cuba kecil kan sedikit tentang skop ketua ni. Saya mahu lebih menjurus kepada ketua pentadbiran, dari pentadiran di pejabat, di sekolah, di Jabatan-jabatan dan paling top sekali mungkin ketua kerajaan.

Adakah anda merasakan diri anda layak untuk dilabelkan sebagai seorang ketua yang baik? Jika perkara-perkara di bawah ini masih menebal dalam diri anda, maka untuk merasakan dan meletakkan diri anda dalam golongan ketua yang baik, adalah elok anda 'ghentikan!"

1. Suka membuli orang bawahan anda.
Bukan tk pernah berlaku, bukan jarang berlaku , tetapi kerap berlaku. Bila ada kuasa sedikit, mula lah nak mengeluarkan kuku. Cakar sana. cakar sini. Tak boleh tengok pekerja senang sikit , mula perbagai cara nak susahkan pekerja. Konon untuk menambahkan produktiviti atau mencacakkan pencapaian. Ketua semacam ini ada kalanya tak ubah seperti Hitler. Bagi kerja kadang-kadang di luar skop pekerja itu sendiri. Ketua yang jenis ini mana mungkin berfikir tentang beban tugas pekerja di bawah nya. Yang penting di matanya, kerja kena mantap, perlu akur pada arahan, Pencapaian kena tip top, bukan apa, untuk menjaga nama dia sebenarnya. Sikap suka melonggokkan kerja kepada orang bawahan ini yang kadang-kadang di luar bidang seseorang itu, sebenarnya hanya akan menyebabkan graf pencapaian akan menurun. Mana tidak, pekerja sudah hilang fokus, mana satu yang perlu didahulukan dahulu. Bila di luar pengkhususan, mana mungkin seseorang pekerja itu dapat melaksanakannya dengan baik dan berkesan.

2. Tidak mempunyai kemahiran berkomuinikasi.
Seorang ketua yang mempunyai tahap komunikasi yang lemah , akan mengundang suatu iklim kerja yang tidak baik terhadap orang -orang di bawahnya. Bijak macam mana pun dia, berapa digree pun yang dia ada, berapa banyak pangkat dan pingat yang dia adapun, kalau tidak tahu berkomunikasi dengan baik, anda tidak layak untuk meletakkan diri anda sebagai ketua yang baik.

Kelemahan berkomunikasi dengan orang bawahan akan menyebabkan seseorang ketua itu, gagal mewujudkan persekitaran kerja yang baik. Persekitaran kerja yang baik adalah penting dalam menggerakkan pekerja melaksanakan tugasan dengan baik dan cemerlang.

Ketua yang lemah cara berkomunikasi ini biasanya akan suka mengarah. Cara bercakap tidak pernah berlapik. Kurang menghormati dan menghargai pekerja. Suka cakap lepas dan kadang-kadang suka membebel lebih daripada mak nenek! Sikap sebegini sudah tentu akan mengundang rasa meluat di kalangan para pekerja dan tidaklah mustahil nama anda, akan sentiasa meniti di bibir para pekerja anda, bukan untuk dipuji, tapi untuk dijadikan bahan kejiaan dan umpatan.

.....bersambung.

Thursday, February 12, 2009

Kenai Salai!





Cikgu Nora Kena Salai!
Bukan kena salai atas bara, tapi kena salai dengan terik matahari!
Antara aktiviti tetap sekolah ialah mengadakan Sukan Tahunan. Maka setiap tahun juga lah saya dan kawan-kawan serta murid-murid kena ' salai' di tengah-tengah padang.

Muka pun dah jadi berbelang-belang! Mana tak nya sebulan ke 'salai' di tengah-tengah panas terik matahari. Maklumlah kat Kedah sekarang ni musim kering. Dah berbulan tak turun hujan. Cuaca panas seolah-olah menyalai kulit. Ditambah pula pokok-pokok rendang untuk tempat berteduh semua dah tumbang! Sib baik lah tak tertukar kulit jadi macam anak-anak murid!

Apa pun tugas tetap tugas. Ikut kan hati nak saja saya bawa payung besar kat tengah-tengah padang. Walau bagaimana pun, bila tengok anak-anak murid yang masih mampu berpayungkan langit, maka saya pun batalkan hajat untuk berpayung di tengah padang. Bukan apa, nanti semua lari berteduh kat bawah payung! Macam mana nak buat latihan sukan!

Khamis lepas, selesai lah semua acara padang @ acara kena salai. Walau bagaimana pun, kulit masih lagi terbakar! Nampak gaya lepas ni kena sapu tepung gomak kat muka la pulak!

MagMyPic


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Saturday, January 24, 2009

MATA YANG MEMANDANG


Rata-rata membicarakan tentang keganasan Israel. Di dada-dada akhbar, di kaca-kaca televisyen, di corong-corong radio, di persidangan-persisan gan besar hinggalah ke persidangan di warung kopi! Semua nya bercakap-cakap dan terus bercakap tentang ganasnya Israel.

Kadang-kadang saya jadi tawar hati untuk melihat itu semua! Bukan kerana kurang keperihatian terhadap kesengsaraan rakyat Palestin, tetapi meluat, marah dan semuanya berbaur hingga mencetuskan rasa yang sukar untuk diterjemahkan.

Menjerit lah kita sehingga kehilangan suara pun, ia hanya seumpama anjing menyalak bukit! Bukit tak runtuh! Tahukah kita, rakyat Palestin hanya mahukan ketenangan dan ruang untuk hidup! Setakat kita duk menjerit-jerit dijalanan, apa ke yang mereka dpt? Siapa nak dengar? Kalau dengar pun, apa yang mampu dibuat? Adakah negara-negara besar dunia itu akan dengar? Adakah tok-tok arab yang maha kaya lagi maha tolol itu akan dengar? Jawapannya TIDAK!

Apa yang rakyat Palestin mahu sekarang adalah kehidupan, keamanan dan hak untuk hidup di tanah air sendiri. Di saat-saat peluru turun bagaikan titis hujan, bantuan makanan dan yang sejenis dengannya adalah perkara kedua. Mereka mahu hidup! Tidak ada gunanya longgokan makan terhidang sedang kepala mereka sedang diacu senapang. Tidak ada gunanya gegak gempita suara-suara mendesak itu dan ini, sedangkan hakikatnya setiap saat rakyat Palestin berdepan dengan maut.

Negara-negara Islam buat apa? Duduk dan tengok! Pembesar-pembesar negara Arab buat apa? Duduk dan mengusap janggut labuh? Teruk dan memang teruk! Negara-negara Islam jika bersatu memang mampu menjahanamkan negara Israel itu! Namun lihat lah sendiri! Apa yang mereka buat. Bersidang, berbincang dan berforum tak sudah-sudah! Anugerah yang Allah kurniakan kepada mereka boleh dijadikan senjata untuk melemahkan Israel dan menyelamatkan Palestin. Namun lihatlah, apa yang pembesar-pembesar Arab buat! Mereka lebih rela bertelagah sesama sendiri. Mereka lebih rela melihat satu demi satu anak-anak kecil Palestin dibungkus kain kapan daripada menggunakan dana yang ada untuk mengekang musuh Palestin.

Dan kita di sini........hanya mampu pungut derma, derma, derma, kemudian menjerit, menjerit dan menjerit di jalanan......ahhhhh!

Thursday, January 15, 2009

SIAPA YAHUDI? SIAPA ORANG ISLAM?

ARKIB : 14/01/2009

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?
SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.
Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).
Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam. Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia. Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi. Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Mempengaruhi Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel. Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.