Monday, June 6, 2016

Temuduga

Alhamdulillah, pada 24 April 2016 yg lalu , Nana , puteri kedua saya dipanggil untuk temuduga  di UITM.
Si Nana ni memang sangat2 berminat dgn muzik. Nak sekat dan larang pun , rasa macam tk boleh jgk.
Bakat semulajadi yg ada dlm diri dia tu pun anugerah Allah. Bukan semua orang ada bakat mcm tu.

Nana sedang praktis piano sebelum ditemuduga.Masa ni konfiden je dia mainkan lagu kegemaran dia tu.


Temuduga pukul 2 petang, pukul 10 pagi kami dah ada kt sana. Ikut kan, kami kena tunggu temuduga utk sesi petang, tp pergi tanya urusetia yg ada kt pendaftaran. Tanya depa kut2, boleh diawalkan. Alhamdulillah, pukul 12 selesai ditemuduga.

Sementara tunggu giliran, kami naik ke tingkat satu untuk Nana buat latihan bermain piano. Semasa duk praktis tu, ada beberapa org  menjenguk tengok. Komen mereka, wahh best nya dia main piano! Saya pun berpuas hati dengan cara dia bermain piano.

Tetapi, semasa keluar dari bilik temuduga, saya lihat wajah Nana berkerut. Muka dan hidung dah merah hahaha!
Saya tanya kenapa?
Kata Nana  semasa main lagu kedua tu, dia ada silap sikit. Gelabah kata nya! Hahahaha biasa lah, tk pernah ditemuduga sebelum ni memang mudah gabra lah.

Saya tanya lagi, berapa org penemuduga dalam bilik tu?
Kata dia, ada 3 orang.
Saya tanya lagi, depa tanya apa? Depa suruh buat apa?
Masa tu Nana dah sebak dah. Bergelinangan dah air mata! Kih kih!  Agaknya dia bimbang kalau2 dia tak berjaya nanti.
Dia kata, dia buat apa yg pensyarah tu suruh. Dia jawab apa yg pensyarah tu tanya, tp semasa main lagu kedua tu silap sikit sebab gabra.

Saya dan papa nya bagi kata2 semangat. Relax la, sure Nana boleh nya. Silap sikit tu biasa la sbb gelabah. Sebelum ni, dia boleh main ok je.

Sepjg perjalanan pulang, dia diam je. Huhuhuhu masih tak puas hati dengan diri sendiri kut tu.
Apa pun, jauh di sudut hati, saya tetap yakin dia akan dapat.

No comments: