Thursday, June 9, 2016

Ke Shah Alam lagi

Nak sambung cerita lagi ni......kui kui!

Selepas cuti seminggu, Nana perlu kembali ke Kampus nya di Shah Alam. Nak bagi dia naik tren atau bas, rasa tak gamak lagi sebab Nana masih belum terbiasa naik tren dan bas sendiri.

Sebelum ni pun nak ke mana2 dengan mama dan papa nya saja. Tak pernah berenggang. Jadi, bila lepas seminggu bercuti , kami hantar dia balik ke Shah Alam. Tak apa lah, demi anak2, sakit pinggang ke, sakit belakang ke, lenguh2 kaki ke, tolak tepi.

Alhamdulillah , syukur kerana Allah masih memberikan kesihatan yang baik kepada kami. Dengan nya , walau pun dalam usia 5 series ni, kami suami isteri terpaksa pergi balik dari Alor Setar ke Shah  dan keesokan nya dari Shah Alam ke Alor Setar balik.

Di hadapan Kampus Mawar UITM Shah Alam



No comments: