Nak sambung cerita lagi....
Semasa dalam perjalanan, nak singgah dan cari parking kat RnR pun
susah. Kereta penuh. Tak de tempat kosong nak mencelah parking. Aduiiiii
macam mana nak berenti solat nih?
Lalu suami beri cadangan. Kita
keluar dari highway. Exit ikut jalan biasa. Keluar ikut Bidor, cari
masjid dan tumpang solat di situ.
Alhamdulillah, jumpa
masjid di Bidor yang begitu selesa. Tahniah kepada khariah dan AJK
Masjid Bidor, Perak kerana dapat menjaga masjid dengan baik. Tandas
cukup bersih, perkarangan masjid bersih , dalam masjid sangat2 bersih,
manakala kain telekung di majlis tersebut juga sangat2 bersih dan wangi
pulak tu.
Kadang2 disesetengah masjid atau di RnR , telekung yang ada di
situ agak kurang bersih. Bau pun kadang2 masam. Mungkin sebab lama tak
dicuci. Sepatutnya, telekung2 yang dibekalkan di masjid2 atau di RNR
perlu sentiasa dicuci bagi menjamin kebersihan nya. Terima kasih dan
tahniah kepada jawatankuasa Masjid Bidor Perak kerana sentiasa
mengutamakan kebersihan luar dan dalam masjid.
No comments:
Post a Comment