Thursday, June 9, 2016

Cuti Sekolah

Cuti sekolah dah masuk minggu ke dua. Hmmmm tak sempat nak bercuti kt luar daerah lagi lah. Bercuti kat rumah dan kat kedai saja lah nampak nya.

Kalau nak pergi pun bercuti pun, bertiga saja..rasa macam tak lengkap je sebab dua orang lagi anak tak ada. Jadi, rehat kat rumah saja lah kami.

Satu perkara lagi, setiap mlm Selasa dan Rabu , kelas tambahan kena jalankan. Sebut pasal kelas tuisyen ni, baru saja saya jalankan. Baru beberapa bulan. Buat pun sebab atas permintaan ibu bapa anak2 murid saya. Kebetulan ada kedai kosong dan sesuai lalu saya jadikan kedai tu ruang untuk jalankan kelas tuisyen saya. Saya namakan kelas tuisyen tersebut Kelas Tuisyen BM Cikgu Ku.


Alhamdulillah, setakat ni, dh ada 18 orang murid. InshaAllah, mudah-mudahan ke depan, bilangan murid akan bertambah. Saya cuma adakan selama 2 hari saja untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Alhamdulillah, boleh lah tambah kan pendapatan keluarga di samping dapat jugak membantu memantapkan penguasaan murid-murid.

No comments: