Alhamdulillah, bila dah ambik Nana, sampai kat rumah dengan selamat. Di rumah, dah lengkap 5 beranak semua ada kt rumah. Kebetulan si kakak cuti , tak lama pun 2-3 hari je, jadi dpt lah berkumpul bersama-sama sekejab.
Selepas 3 hari, Kakok kembali ke Kampus nya Kampus Unicity, Universiti Perlis di Padang Padang Besar. Tinggal lah kami berempat. Nasib le sbb anak cuma tiga orang saja. Kalau ada ramai anak, tak de lah sunyi rumah. Tu lah, muda2 tak nak beranak ramai2 hahaha!
Tapi, org kata, ada berbelas orang anak pun, bila tiba masa nya, kat rumah akan tinggal mak bapak je . Anak2 bila sambung belajar dan kemudia nya akan ada family sendiri , ada kehidupan sendiri. Jadi sebagai mak ayah, kita perlu terima lah hakikat putaran sebuah kehidupan.
Apa pun sebagai orang tua, kita perlu bijak mendidik anak2 agar sentiasa mementingkan ikatan kekeluargaan. Terapkan rasa cinta dan rindu pada keluarga. Insyallah, mudah-mudahan, anak-anak kita walau jauh mana pun berada, walau sesibuk mana pun mereka nanti, mereka akan sentiasa menjenguk ibu bapa di rumah.
No comments:
Post a Comment