Monday, June 6, 2016

Cubaan

Betul jangkaan saya, Nana akhirnya berjaya dalam temuduga nya.Alhamdulillah, syukur kerana cita2 nya untuk menyambung pelajaran di UTIM dalam bidang muzik tercapai juga.

Jadi sehari sebelum hari pendaftaran, kami dah bertolak dari Alor Setar. Nak dijadikan cerita, semasa singgah di RnR Bukit Semanggol, kereta buat hal pulak. Check punya check, rupa2nya bateri kereta rosak. Selepas dibantu oleh Peronda Lebuhraya, kami terpaksa keluar ke Taiping untuk cari bateri baharu. Masa tu dh senja. Sampai kt Taiping, semua kedai jual bateri kereta dah tutup la pulak.

Kami pusing2 bandar Taiping kut2 boleh jumpa kedai yg bukak. Dlm hati duk kata, kalau enjin kereta ni tiba2 mati, lepas ni memang dah tk boleh nak hidupkan balik. Alamat nya tidur kt tepi jalan lah kami mlm ni.

Senja dan bertukar malam. Kacau sungguh lah. Hati mula berdebar2. Esok pagi dah la anak nk kena daftar kat Shah Alam. Saya dah mula gabra. Tanya suami, nak buat macam mana ni? Kalau jln terus ke Shah Alam, mesti kena isi minyak. Nak isi minyak , kena matikan enjin kerera. Kalau dah matikan enjin,  lepas tu kena melanguk kt situ je lah nanti sebab kereta tak boleh nak dihidupkan pulak.


Kemudian, saya cadang kat suami, jom kita pergi kt balai polis, minta bantuan,kut2 meeka boleh tolong.
Tapi suami pulak bagi cadangan untuk cari balai bomba. Haaah? Balai Bomba? Saya tanya kenapa nk ke balai bomba? Kata suami, kan itu pasukan bomba dan penyelamat. Mana tau kut2 mereka boleh ' selamatkan' kita.

Tak terfikir pulak dalam fikiran saya kalau berlaku kecemasan ni perlu di balai bomba. Hahaha!
Pusing2, akhirnya jumpa lah balai bomba Taiping. Kebetulan ada beberapa anggota berada di situ. Setelah suami ceritakan hal yg berlaku, anggota bomba tersebut dengan rela hati nya telah menelefon tuan punya kedai bateri yg dia kenal.

Lega rasanya hati saya bila tuan punya kedai tu akhir nya sampai dan bawa kan bateri baharu. Waktu tu dekat pukul 10 malam dah. Dengan rela hati pulak, anggota bomba tersebut yg bernama En.Mohd Noor  tolong pasangkan kat kereta kami. Terharu saya dengan budi baik beliau. Siapa sangka kan, dalam keadaan kecemasan macam ni , pihak bomba pun boleh dituju!

No comments: