Nak sambung cerita ...
Selepas kereta siap dibaiki, mlm nya kami meneruskan perjalanan. Oleh krn terlalu penat seharian memandu, seharian melilau mencari kedai jual alat ganti kereta, maka incik suami serender. Dalam pukul 2 pagi suami kata mata dia penah . Perlu tidur dan perlu rehat. Sian dia.
Nak tidur kat mana? Alah, kita tidur dalam kereta jer lah. Parking kereta dekat RnR dan kami berempat pun tidur lah dalam kereta je. Aduhh sakit belakang, sakit satu badan jugak la. Sabor je lah.
Dekat 2 jam jugak lelapkan mata , tidur2 ayam pun ye jugak sebenarnya. Suami kata ok lah, dh boleh teruskan perjalanan. Sampai di Puncak Alam dekat pukul 4 pagi. Pusing2 cari2 kut2 jumpa hotel area situ utk segarkan badan sikit. Nak kena mandi sebab dah macam pekasam je badan haha!
Puas cari , tk jumpa pun. Maka nya, kami bergerak ke area Klang . Jumpa lah hotel kt situ, jadi dpt lah solat Subuh dan segar dan wangi2 kan sikit badan kat situ. Pukul 8 pagi ,kami terus ke Kampus Puncak Alam untuk urusan pendaftaran Nana. Alhamdulillah, urusan cpt selesai sbb masa tu tk ramai lagi orang.
Selamat berorientasi Nana!
No comments:
Post a Comment