Semalam semasa call si Kakok di UNIMAP, dia ada sebut teringin sangat nak makan nasi lemak royale. Peberet dia lah tu. Kat Perlis mana ada kan? Mujur kami duk Alor Setar, hari2 pun boleh pergi makan nasi lemak royale hahaha! Tapi tak elok juga kalau hari2 pi makan, nanti tak pasal2 badan jadi badak berkolestrol! Hahaha!!! Apa pun nasi lemak royale ni memang terbaik lah, Sejak kawin dengan incik suami dulu, memang dia selalu bawak makan kt situ. Tempat tu katanya ada sentimental cerita sebab nya dari dia kecik dlu, arwah abah selalu bawak dia pergi makan nasi lemak royale. Lokasi nya sama, iaitu berdekatan dengan Pekan Rabu, betul2 berhadapan dengan Bangunan Alor Ria. Sekarang ni, dia pulak bawak anak2 dan isteri makan kat situ. Kiranya dari genarasi ke genarasi lah suka makan nasi lemak royale tu! Huhuhuhu!
Berbalik kepada kisah si Kakok ni, kerana kesian dengar si anak kempunan lama tk makan nasi lemak royale, maka pagi2 lagi incik suami dah pergi beli nasi lemak royale dan kami terus ke UNIMAP ambik si Kakok yang baru selesai kuliah tu dan terus singgah kat wakaf di depan Masjid Padang Besar untuk makannnnnn... Huhuhuhu masing2 berselera sekali, maklumlah dah pukul 12 baru makan. Kiranya makan pagi merangkap tengah hari lah kami. Alhamdulillah......!
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut Kakok suka hati!
No comments:
Post a Comment