Tuesday, March 17, 2015

Lempeng Gandum Punya Pasal

 Akibat tak dapat makan  lempeng gandum,  seorang  suami telah bagi 'lempeng tawar' dan batang penyapu besi kat isteri nya..... isk isk isk, lempeng gandum punya pasal pun sampai sanggup tibai isteri teruk2 macam tu.


KOTA BHARU - Gara-gara tidak menyediakan lempeng gandum untuk sarapan pagi, seorang isteri dipukul dengan batang penyapu besi oleh suaminya sehingga mengalami kecederaan dan sakit badan dalam kejadian di Kemubu, Kok Lanas, di sini, Jumaat lalu.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, dipercayai berlaku selepas suami mangsa yang baru bangun tidur meminta isterinya membuat lempeng gandum, namun permintaannya ditolak memandangkan isterinya sudah memasak nasi dan lauk pauk untuk makan tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya, mangsa menolak permintaan suaminya memandangkan ketika itu bekalan tepung di rumah mereka sudah habis.

“Berang dengan jawapan isterinya, suami mangsa mengambil batang penyapu besi dan memukul belakang badan dan pinggang mangsa sehingga penyapu terbabit patah dua.

“Mangsa pada mulanya cuba melawan tindakan suspek yang pada ketika itu hendak menyucuk besi penyapu ke badan mangsa dan ketika kejadian itu isteri suspek tidak sedar tangannya turut berdarah terkena besi tajam,” katanya

No comments: