Thursday, November 17, 2016
Reaksi guru bila keputusan UPSR 2016 keluar ~
Reaksi guru bila keputusan UPSR 2016 keluar ~
" Aku dah tak nak ajar tahun 6 tahun depan," ujar seorang guru. Riak mukanya kesal sungguh. Kecewa!
Padahal dia guru otai. Dah berbelas tahun jadi guru tahun 6. Kecewa sungguh dia. Tapi aku tahu, itu sekadar ungkapan mulut sahaja, tahun depan, dia juga yang akan berhempas pulas mengajar tahun 6.
" Akak tak kira. Akak nak semak semula keputusan beberapa murid akak yang akak target A, tapi dapat B. Mana-mana murid miskin, akak akan keluarkan duit poket untuk bayarkan," tegas kedengaran rungutan seorang guru perempuan.
Itulah guru. Begitulah perasaan majoriti guru di Malaysia. Anak didik yang gagal, mereka yang kecewa. 'Down' semangat mereka, kerana keputusan itu seolah membayangkan hasil usaha mereka.
Sedangkan mereka, sehabis daya dan upaya. Kelas petang, kelas malam, waktu cuti pun buat kelas lagi. Malah ada guru pergi ke rumah murid untuk memberi tunjuk ajar secara individu. Tanpa sebarang bayaran!
Jika masih ada mulut-mulut jahat diluar sana yang masih berbunyi,
" Guru sekarang hanya mengajar demi gaji. Guru sekarang tiada lagi jiwa. Guru sekarang hanya memilih profession ini sebab banyak cuti. Sebab mudah untuk buat pinjaman peribadi."
Jika masih ada yang beranggap demikian, datanglah sendiri melihat reaksi para guru seluruh negara. Datang, lihat, dan nilailah sendiri apa benar seperti yang didakwa.
Keputusan tahun ini sememangnya mengejutkan ramai pihak. Kejutan dan kekecewaan di mana sahaja.
Baik di pihak murid, ibubapa, malah guru-guru diseluruh Malaysia.
Berapa pun keputusan anak didik, berterima kasihlah pada guru-guru. Sesungguhnya mereka telah berusaha sehabis upaya memberikan yang terbaik.
Dalam kita memujuk anak-anak, pujuk jugalah para guru tahun 6 yang kecewa itu. Sesungguhnya, mereka juga terkesan dengan keputusan UPSR tahun ini.
Aku tahulah. Aku kan cikgu...
#copypaste#
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment