Fadhilat kebaikan dan keistimewaan solat malam.
Solat
malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada
manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.
Kesusahan
hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi
bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi
yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika
tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.
Pada
sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya.
Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi
menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di
akhirat nanti.
Sabda
Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang
bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya
manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah
s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat
dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air
ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Amalan
solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia
diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat
tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w
semata-mata.
Saidina
Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata:
“Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya
dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di
akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”
Solat
malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain.
Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas
solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis
Riwayat Muslim).
Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
2.
Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga
dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).
Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam.
Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang
berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi
seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian
meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Salman
al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat
malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan
mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta
penghindar penyakit.”
Salim
bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah
S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang
bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya
berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau.
Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya
bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang
dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada
beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung
kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang
berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah
kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah
Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar
sahaja di malam hari.
Abu
Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat
tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap
ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’
Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu
ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu
solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan
bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan
malas.”
Abu
Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun
setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan
menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa
yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun
kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).
‘Amr
bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba
kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat
menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu,
maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).
Abu
Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang
membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua
rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.”
(Hadis Riwayat Abu Daud).
Wassalam.
-
------------------------
Islamnews.id – Cara Mengerjakan Shalat Sunah Tahajud sebenarnya masih
sama dg cara mengerjakan shalat – shalat pada umumnya yang di awali dg
Bacaan Niat Shalat dan diakhiri dg Salam, hanya saja terdapat perbedaan
bacaan niat shalatnya saja. Sedangkan untuk Pengertian Shalat Sunah
Tahajud sendiri ialah Shalat Sunah yg dikerjakan malaam hari setelah
bangun tidur dg jumlah Raka’at minimal 2 Raka’at dan maksimal tidak
terbatas yang masing – masing pada Raka’at kedua di barengi dg Salam.
Kemudian
Waktu Mengerjakan Shalat Sunah Tahajud dilakukan hanya pada malam hari
setelah Shalat Isya sampai masuk waktu shalat subuh dan Cara Shalat
Tahajud sendiri dilakukan setelah anda tertidur atau bangun tidur
walaupun tidur anda hanya sebentar sekali, Sehingga jika anda
mengerjakan Shalat Sunah Tahajud ini sebelum anda tidur dahulu maka bisa
dipastikan bahwa Shalat tersebut hanya shalat sunah biasa (witir) bukan
Shalat Sunah Tahajud.
Adapun
Waktu Shalat Tahajud sebaiknya di lakukan pada saat tengah malam atau
sekitar jam 01.00 pagi sampai waktu Subuh karena waktu tersebut
merupakan waktu paling utama untuk mengerjakan Sholat Sunnah Tahajud
ini. Walaupun dikerjakan di tengah malam namun Keutamaan Shalat Tahajud
ini sangatlah banyak yg antara lain Alloh akan melindungi anda dari
segala macam bencana atau bala, Wajah akan nampak bersinar, akan
dicintai oleh Alloh dan hamba Alloh, akan mendapatkan pahala yg banyak,
akan diampuni segala dosa – dosanya dan akan di kabulkan segala hajat
dan doanya.
Manfaat
Shalat Tahajud diatas sudah di terangkan oleh Firman Alloh Swt pd Surat
Al Isra ayat 79 yg berbunyi, ”’ Hendaknya kamu gunakan sebagian waktu
malam itu untuk shalat Sunat tahajud, sebagai shalat sunah untuk dirimu,
mudah – mudahan Alloh (Tuhan) akan membangkitkan engkau dg kedudukan yg
lebih baik (QS. Al Isra Ayat ; 79) ”’.
Bacaan Niat Shalat Tahajud Lengkap
Terjemahan
Niat Shalat Tahajud, ” USHALLI SUNNATAT TAHAJJUDI RAK’ATAINI LILLAAHI
TA’AALAA ”, kemudian untuk Pengertian Niat Shalat Tahajud diatas, ”’ Aku
Niat Shalat Sunah Tahajud dua raka’at karena Alloh Ta’ala ”’.
Setelah
membaca Niat Shalat Sunah Tahajud lalu dilanjut dg membaca Doa Shalat
Tahajud Surat Al Fatihah, lalu membaca Suratan pd Rakaat pertama dan
Rakaat kedua, Ruku, Itidal, Sujud sampai yg terakhir Salam.
Setelah membaca Surat Al Fatihah seperti diatas anda bisa membaca Surat An Nas di Raka’at pertama seperti dibawah ini
Kemudian
anda Ruku, Itidal, Sujud dan kembali ke Raka’at Kedua dan membaca lagi
Surat Al Fatihah, kemudian membaca Suratan pada Raka’at kedua. Untuk
Bacaan Suratanya bisa dg membaca Doa Shalat Tahajud Surat Al Falaq
seperti dibawah
Mengapa
anda diutamakan membaca bacaan Doa Shalat Sunah Tahajud Suratan An Nas
dan Al Falaq seperti diatas karena kedua Suratan tersebut mempunyai
pengertian untuk memohon perlindungan kpd Alloh dari segala macam godaan
setan. Namun anda bisa membaca Suratan lainnya di masing – masing
Raka’atnya, tidak harus membaca Surat Al Falaq dan Surat An Nas.
Adapun
Setelah Mengerjakan Shalat Sunah Tahajud maka duduklah dg khusyu sambil
membaca bacaan Doa Setelah Shalat Tahajud atau di awali dulu dg bacaan –
bacaan dzikir seperti membaca Istighfar,Tasbih, Tahmid, dan Shalawat
Nabi karena dg Berzikir kita menjadi lebih dekat dg Alloh.
Bacaan
Dzikir Istighfar tersebut sebaiknya dibacakan sebanyak – banyaknya atau
minimal sebanyak 100 kali, setelah itu bisa dilanjutkan dg membaca
Tasbih dan Shalawat Nabi.
Bacaan Dzikir Tasbih (diatas) dan Shalawat Nabi Muhammad Saw (dibawah) dibacakan sebanyak 32 kali atau lebih
Ingat
bahwa fungsi dari Berdzikir itu untuk semakin mendekatkan diri kita
kepada Sang pecipta Alloh Swt sehingga sebaiknya di bacaan dg ikhlas dan
khusyu. Setelah anda selesai Berzikir anda bisa langsung membaca Bacaan
Doa Setelah Shalat Tahajud yg sdh saya buat dibawah ini, tinggal anda
baca, hafallkan dan diamalkan dirumah.
Jika
Bacaan Doa Setelah Shalat Tahajud diatas susah untuk anda hafalkan,
maka anda bisa mengamalkan doa ini dg membaca secara langsung tanpa
harus menghafalkanya atau anda bisa Berdoa Setelah Shalat Sunah Tahajud
dg bahasa anda sendiri (Bahasa Indonesia) karena Alloh Maha Pintar lagi
Maha Mendengarkan sehingga Alloh pasti bisa mendengarkan bacaan doa
anda.
Setelah
selesai membaca Doa Setelah Shalat Tahajud tersebut, maka anda bisa
berbaring kembali ketempat tidur anda sambil membaca Ayat Kursi,
Kemudian Surat Al Ikhlas, Surat Al Falaq dan Surat An Nas atau anda bisa
sambil menunggu Waktu Shalat Subuh dg membaca bacaan Ayat Suci Al –
Qur’an.
source:
http://rukun-islam.com/