Saturday, July 26, 2008

Yang Menurut Perintah!






Pagi tadi, semua murid dan guru-guru sekolah sekitar Kompleks Pendidikan Negeri Kedah diarahkan untuk mengambil bahagian dalam perarakkan sempena 100 tahun Kolej Sultan Abdul Halim. Murid-murid dan guru-guru berjalan kaki ke Jalan Stadium dan dikehendaki berdiri di bahu jalan untuk menyambut kehadiran Tuanku Sultan dan orang-orang kenamaan yang melalui jalan itu dengan menaiki pelbagai jenis kereta antik.

Hatta kerana ." saya yang menurut perintah......" maka berduyun-duyun lah murid dan guru memagari jalanraya. Kebetulan selesai saja kereta-kereta antik lagi berharga ini melintasi murid-murid dan guru-guru yang berada di tepi jalan, hujan telah turun. Lantaran tiada tempat untuk berteduh, murid-murid dah guru-guru terpaksa meredah hujan untuk berjalan kaki balik ke sekolah.

Kesian, memang kesian bila melihat anak-anak murid basah kuyup begitu juga dengan guru-guru. Dalam hati berkata kesiannnn........hanya kerana untuk melambai tangan orang-orang kenamaan yang lalu beberapa minit itu, murid-murid terpaksa kesejukkan kerana kebasahan.....Apa nak dikatakan........semuanya kerana "saya yang menurut perintah!"





8 comments:

Anonymous said...

Salam Idil Fitri Cikgu Nora..
Kenal saya? Tak mengapa kalau tak kenal..
Saya kagum dgn kesungguhan Nora rajin menulis dlm Blog Nora nie..
Saya ucap selamat berjaya..
Salam saya kpd keluarga Nora k? N ucapan takziah pemergian nenek Nora baru baru ini..Semuga banyak bersabar
Lama kita tak bertegur sapa..macam nak break off..mmmmm..sedih! Nak nangis..

waiZ

KuNora said...

Salam raya jugak buat sahabat lama. Kenal, awat lak tak kenal. Terima kasih kerana masih mengikuti catatan-catatan saya. Memang suka menulis, dari dulu, cuma lama terperap! Selamat maju jugak kepada Waiz ye. Terima kasih daun keladi, sudi-sudilah menjenguk lagi di sini. :-)

Anonymous said...

Salam pagi jumaat..
Bila sebut pagi jumaat nie..pandai pandailah buat tamsil..umpamanya mandi wajiblaaa..berat bangun pagidaaaa..

Tetapi tamsil yang nie jgn lupa..dah buat solat sujud sajdah?..dah berdoa kesejahteraan Arwah di alam burzah..

Malangnya tamsil ini yg menjadi gundah gulana..rumah terbuka divali nak jamu apa? pandak buat marko? pandai buat masalodeh?

Apapun biarlah Nora dengan tamsil tamsilnya..biar kan biarkan..

Sahabatku Nora yg selalu dlm ingatan hamba..kenalkan!

http://wai-prindu.blogspot.com/

KuNora said...

hehehe macam-macamlah noooo 'tamsil'nya mengenai hari Jumaat ye? Memang betul la apa yang Waiz tu. Tak kisah le kan pasal kepelbagaian tamsil tu, tapi bagi saya, yang paling best, hari Jumaat adalah cuti! Cuti hujung minggu, tak yah pergi sekolah hehehe! Muruku dengan masalode tu baru belajar makan, tengah belajar jugak, cuma praktisnya belum.

Anonymous said...

Salam dah tidur ke?

Kenapa nak tidur awal mlm khamis? Tapi saya mlm apa pun tidur awal..mata payah nak jaga mlm..

Tapi ntah mlm ni payah sikit nak tido..! Macam macam berlegar dlm pala hotak karat nie..

Fasal cina dah naik tocang..

fasal india dah berani desak itu desak ini..

fasal telur melayu bertaburan atas jln raya..dlm longkang..dlm raga sayur..dlm songkok pak imam..dalam bakul sampah..dlm mangkok tandas..!Wowww..bertaburan..biarkan biarkan..

Sat! nak cek saya nya...opocoop.. masih ada..kus semangat..Nora jgn risau naaa?.. saya masih maintain..

Harap harap hubby Nora pun ok..kan kan..!Tak caya? Nora pi laa cek sat..!!

mmmmm...salam dah ngantuk nie! waiZzZzZzzzzz!!!brbrbrbrbrrrrr copcopcop...

KuNora said...

Memang betul la tu Waiz, bab naik toncang ni memang dah menjadi-jadi. Jadi kena pakat-pakat le cari puncanya dan pakat-pakat juga cari jalan mengawalnya. Saya tengok, saya dengar dan saya baca pun menyirap darah! Rasa ringan saja jari nak bergasak pena. Hihihi silap hari bulan kena panggil ngadap orang atasan pulak kan. Dok sabor jek ni waiz!

Anonymous said...

..Dah tak rajin tulis ke? Posting 5 okt tu duk diam kat situ tak der top up (hihihi mcm handphone pulak tambah top up).

http://waiz-retro.blogspot.com/

your unforgetable friend waiZ...

KuNora said...

Baru-baru ni sibuk banyak le Waiz, tu sebab terhenti seketika kerja-kerja menulis ni. Insyallah selepas ni, saya sambung balik :-)