Saturday, September 20, 2008
Cerita Pasal Bulan Puasa
Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar, bulan puasa dah semakin menginjak pergi.Tinggal 10 hari lebih kurang kita berada di bulan mulia ini. Alhamdulillah bertemu lagi Ramadhan pada tahun ini.
Bercerita tentang bulan puasa ini, kita tidak lepas daripada membicarakan mengenai amal ibadat, zakat fitrah, solat terawih, pasal berbuka, bersahur dan tentunya tentang juadah-juadah semasa berbuka.
Kekemarukan selera di bulan puasa ini adalah biasa kepada sesiapa saja. Selera memang terbuka bila seharian berlapar dan berdahaga. Walau bagaimanapun, kekemarukan ini boleh dibendung, masih boleh diatasi kalau kita mahu. Saya tidak lah begitu terkemaruk tentang juadah berbuka ni. Alhamdulillah anak-anak dan suami pun sama. Makan apa yang ada. Lauk pauk tidak perlu melimpah ruah, memadai beberapa lauk sahaja. Yang pasti sewaktu menyediakan juadah berbuka, masing-masing anak-anak punyai selera yang kadang berbeza.
Sebagai ibu bapa, kita hendaklah bijak melatih anak-anak supaya punyai rasa bersyukur dengan apa yang terhidang. Bila anak-anak sedikit merungut, ayahnya akan berkata " Kita ni dah beruntung, dapat makan macam-macam. Ada orang yang miskin, makan cuma 1 lauk saja. Tak pernah jumpa lauk ayam macam ni. Ada yang makan ikan kering hari-hari." Bila mendengarkan "ceramah' ringkas macam tu, anak-anak akan berhenti mengomel dan boleh pulak habiskan lauk yang asalnya kurang disukai. Psikologi tu penting dalam mengasuh anak-anak.
Satu lagi, anak-anak suka makan kuih-muih. hari-hari perlu ada kuih-muih. Citarasa mereka juga berbeza. Si kakak suka makan kuih ini, si adik kuih itu, ayah nya pulak kuih lain. Nak buat semua tu, memang tak terdaya . Ye lah, masa mana lah sempat saya nak masak kuih-muih yang pelbagai itu. Cara paling mudah, kuih-muih akan saya beli di bazarr Ramadhan. Beli kuih cara untuk si kakak, karipap untuk di adik, martabak pula untuk si ayah. Dah cukup!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment