Selepas itu diadakan pula acara sukaneka yang melibatkan murid dan guru. Meriah jugak la acara padang kali ini. Ada yang tunjuk skill dalam acara lari dalam guni. Macam-macam gaya ada, dari gaya cat walk hingga lah ke gaya penguin.
Ni dia juara acara lenggang kangkung dalam guni!
Ni pulak Cikgu Dewi dengan penuh gaya dalam acara melantun bola.Kemudian, diadakan pula acara memberikan hadiah kepada guru. Maka berduyun-duyunlah murid-murid datang menghulurkan hadiah . Macam-macam hadiah saya terima termasukkan sebuah cenderamata yang tertulis kalimah suci. Terkejut juga bila terima, maklumlah, murid-murid saya beragama Hindu. Nampaknya budak-budak ni lebih memahami bagaimana menghormati orang lain walaupun berlainan agama.
Sebut pasal 'tradisi" memberi hadiah kepada guru pada Hari Guru ini, teringat saya pada satu masa sewaktu saya mengajar di sekolah yang agak pedalaman. Salah seorang murid saya, yang datang dari keluarga yang miskin, datang kepada saya membawa sejambak bunga. Bukan sejambak bunga ros atau bunga-bunga Lily,tetapi sejambak bunga yang terdiri daripada bunga raya, bunga kertas dan bunga loceng.
Bunga-bunga tersebut memang banyak ditanam di kampung tersebut. Saya tahu murid saya itu tidak mampu untuk membeli hadiah-hadiah kepada guru kerana itu lah dia mengumpul bunga-bunga itu untuk dihadiahkan kepada saya. Melihatkan kesungguhannya, saya tahu dia benar-benar ikhlas dan sewaktu menerimanya, saya mengucapkan terima kasih dan memujinya di hadapan kelas. Saya katakan kepada nya dan kepada murid-murid lain cikgu terharu dengan kesungguhan dan keikhlasan Aisyah. Hadiah bunga ini sangat menarik dan cikgu suka! .
Itulah antara memori yang sentiasa saya ingat bila tiba waktu murid-murid menghulurkan hadiah semasa hari guru. Pada saya harga itu tidak penting, yang pentingnya adalah "nilai sebenar " sebuah hadiah itu. Bagi saya juga, hadiah yang paling bernilai bagi saya adalah bila dapat memanusiakan murid-murid dengan menjadi insan yang baik dan berguna kepada agama, negara, masyarakat dan keluarga.
No comments:
Post a Comment