Sunday, March 20, 2011

Aktiviti Masa Cuti








Cuti sekolah pertengahan semester ni , kami sekeluarga tak ke mana-mana. Duduk saja kat rumah. Kebetulan pulak anak yang sulung mengikuti kelas tambahan untuk SPM nanti. Jadi masa yang terluang, kami penuhi dengan pelbagai aktiviti . Saya gunakan masa ni untuk membuat bahan bantu mengajar. Anak-anak yang lain pun ada aktivitinya. Macam si Nana, anak kedua saya. Nana suka sangat melukis. Agaknya kali ini dia nak tukar cara melukis. Kalau biasanya dia akan membuat lakaran dan lukisan pada kertas lukisan yang saya belikan, tapi kali ini dia cuba pula melukis di komputer menggunakan perisian Paint. Ini lah hasilnya.

Friday, March 18, 2011

Resepi LAVAR

Hari ni pukul 9 dah ada kat Tesco Alor Setar. Borong bahan mentah untuk seminggu. Beli ayam, ikan yg boleh tahan murahnya. Hari ni nk masak best-best sikit. Time cuti-cuti sekolah macam ni lah baru berkesempatan untuk masak lauk yang pelbagai dan yang best-best . Kalau hari sekolah, balik sekolah mana lah sempat nak masak lebih-lebih. Nak tunggu habis masak mahunya pukul 3 lebih baru dapat makan. Balik rumah pun dah pukul 2 lebih. Sebab tu kalau hari sekolah, terpaksa lah beli lauk tunjuk. Nasib baik lah ada suami dan anak-anak yang cukup memahami.

Hari ni nak masak LAVA. Betul ke tidak ejaan ni tk tahu lah. Tapi memang begitu lah bunyinya. Asalnya makanan Siam. Dari kecil arwah dah selalu bagi kami makan masakan ni. Lebih kurang macam sushi Jepun sebab isi-isi ikan tu tak dimasak.

Senang saja cara penyediaannya: Antara ramuannya:

5 ekor ikan kembung ( ambil isinya sahaja)
3 ulas bawang merah
1/2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu cuka
4 biji limau nipis (perah ambil airnya)
3 biji cili padi
1/2 sudu cili boh
4 tangkai daun kesum ( dihiris halus-halus)
sedikit gula
garam secukup rasa

Cara membuatnya :
1. Isi ikan tadi dipotong kiub ( lebih kurang setengah inci)
2. Mayang bawang merah dan bawang putih dan bawang besar nipis-nipis.
3. Cili padi dihiris nipis-nipis.
4. Masukkan gula, cuka, garam, gula dalam mangkuk. Hancurkan gula terlebih dahulu.
5. Masukkan bawang-bawang dan cili boh dan cili padi yg dihiris tadi. Gaul biar sebati.
6. Masukkan isi ikan.
7. Perah limau nipis dan gaul hingga sebati.
8. Taburkan daun kesum yg dihiris nipis tadi.
8. Perap ramuan ni dalam peti ais selama 30 minit- 40 minit.
9. Sedia utk dimakan!

Masakan ini adalah penyediaan tanpa pemanasan. ( Tidak perlu dimasak.) Mungkin ada yang beranggapan isi ikan ni mentah. Namun sebenarnya salah. Isi ikan ini boleh masak walaupun tanpa menggunakan api. Hanya cuka dan air limau nipis itu yang berfungsi menjadikan isi ikan itu masak. Pastikan semua bahan adalah fresh!

Selamat mencuba!

Monday, March 14, 2011

Sukarnya belajar sambil bekerja ni...

Lega rasanya bila dah hantar semua assignment . Memang perit bila perlu siapkan 3 assignment dalam masa 1 bulan. Kebetulan pula,bulan ni juga ada Ujian Bulanan. Selepas seminggu , semua kertas ujian perlu siap ditanda. Semua nak kena segera. Kerja-kerja lain kt sekolah pun masa ni lah PK dan GB nak segera juga. Semua urgent. Awal-awal mereka tak nak minta. Pening dan stress jugak dibuatnya.


Begitulah cabarannya bila menyambung pelajaran sambil bekerja. Tak semudah yang dijangka. Pengurusan masa menjadi sangat, sangat, sangat penting. Silap pengiraan , macam-macam boleh jadi. Bukan sahaja perlu bahagikan masa antara sekolah dengan pengajian tetapi juga dengan keluarga. Semua nak kena tumpu.Tak kena gaya, boleh terduduk dibuatnya. Mana tak nya, kalau kurang belah keluarga, nanti ada pulak yang muncung dan bising-bising. Kalau kurang belah sekolah pulak, silap haribulan kena sound dgn pihak-pihak pemantau. Kalau kurang belah study pulak, lingkup lah jawabnya. Jadi pendek kata semua kena seimbang.