Friday, March 18, 2011

Resepi LAVAR

Hari ni pukul 9 dah ada kat Tesco Alor Setar. Borong bahan mentah untuk seminggu. Beli ayam, ikan yg boleh tahan murahnya. Hari ni nk masak best-best sikit. Time cuti-cuti sekolah macam ni lah baru berkesempatan untuk masak lauk yang pelbagai dan yang best-best . Kalau hari sekolah, balik sekolah mana lah sempat nak masak lebih-lebih. Nak tunggu habis masak mahunya pukul 3 lebih baru dapat makan. Balik rumah pun dah pukul 2 lebih. Sebab tu kalau hari sekolah, terpaksa lah beli lauk tunjuk. Nasib baik lah ada suami dan anak-anak yang cukup memahami.

Hari ni nak masak LAVA. Betul ke tidak ejaan ni tk tahu lah. Tapi memang begitu lah bunyinya. Asalnya makanan Siam. Dari kecil arwah dah selalu bagi kami makan masakan ni. Lebih kurang macam sushi Jepun sebab isi-isi ikan tu tak dimasak.

Senang saja cara penyediaannya: Antara ramuannya:

5 ekor ikan kembung ( ambil isinya sahaja)
3 ulas bawang merah
1/2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu cuka
4 biji limau nipis (perah ambil airnya)
3 biji cili padi
1/2 sudu cili boh
4 tangkai daun kesum ( dihiris halus-halus)
sedikit gula
garam secukup rasa

Cara membuatnya :
1. Isi ikan tadi dipotong kiub ( lebih kurang setengah inci)
2. Mayang bawang merah dan bawang putih dan bawang besar nipis-nipis.
3. Cili padi dihiris nipis-nipis.
4. Masukkan gula, cuka, garam, gula dalam mangkuk. Hancurkan gula terlebih dahulu.
5. Masukkan bawang-bawang dan cili boh dan cili padi yg dihiris tadi. Gaul biar sebati.
6. Masukkan isi ikan.
7. Perah limau nipis dan gaul hingga sebati.
8. Taburkan daun kesum yg dihiris nipis tadi.
8. Perap ramuan ni dalam peti ais selama 30 minit- 40 minit.
9. Sedia utk dimakan!

Masakan ini adalah penyediaan tanpa pemanasan. ( Tidak perlu dimasak.) Mungkin ada yang beranggapan isi ikan ni mentah. Namun sebenarnya salah. Isi ikan ini boleh masak walaupun tanpa menggunakan api. Hanya cuka dan air limau nipis itu yang berfungsi menjadikan isi ikan itu masak. Pastikan semua bahan adalah fresh!

Selamat mencuba!

No comments: