Saya cukup ' berangin' kalau masa cuti sekolah ni pun pihak sekolah masih asyik duk call2 suruh datang ke sekolah. Dah lah minggu pertama dah ada kat sekolah utk mengajar kelas tambahan, minggu ke-2 pun tk nak bagi kita ni bertenang2 kan fkiran kt rumah . Asyik call-call. Boring betul.
Cikgu-cikgu pun perlukan rehat utk menjana tenaga baru bg menghadapi penggal persekolahan baru. Mereka agaknya tk faham kenapa diwujudkan cuti penggal persekolahan ni. Jangan ingat cikgu kena kerna 24 jam. Guru bukan robot! Saya pun ada keluarga yang perlu saya jaga keperluannya.Ada suami, ada anak-anak. Saya pun perlukan ruang masa untuk meningkatkan ilmu saya.. Saya perlukan masa untuk diri saya sendiri juga. Tolong lah mengerti, guru pun ada jiwa, bukan 24 jam perlu diserat dengan tugasan yang kadang kala nampak remeh tp kerana sikap pihak2 yang tertentu menampakkannya terlalu besar sehinggakan nak menyiapkan fail panitia pun macam nak menyediakan dokumen sulit kerajaan. Macam lah benda tu menentukan hidup dan mati guru! Berpada-pada lah!
No comments:
Post a Comment