Agak lama juga tidak menulis di blog sendiri ni. Diburu kesibukan sedikit. Sibuk dengan kerja buat di sekolah dan sibuk menyiapkan tugasan sebagai 'student tua'.
Hari ni selesai 1 paper final exam utk semester ini. Berkerut jugak dahi bila tengok kan soalan-soalan yang dikemukakan. Memang byk yang sukar daripada yang mudah. Ingatkan saya sseorang jer yang beranggapan macam tu, rupa2nya kawan-kawan yg lain pun sama-sama berkerut! Selang beberapa jam selepas exam, dpt beberapa sms daripada kawan-kawan, pakat duk tension dengan jawapan masing-masing. Relax. la wahai sahabat-sahabatku, janji kita jawab dan tak tinggal kosong, kira ok la tu! Apapun, mohon kepada Allah semoga nantinya akan dapat result yang mampu melegakan....
No comments:
Post a Comment