Wednesday, June 10, 2015

22 Tahun dahh.....


Hari ini genap 22 tahun kami bersama-sama sebagai suami isteri. Melayari bahtera rumah tangga dengan penuh sabar, dengan pelbagai rencah...syukur alhamdulillah. Jika dulu dia lah sahabat, sekarang pun, walau pun dia lah suami, namun, dia juga lah sahabat paling akrab. 

Jika dulu, semasa kami sama2 menuntut ilmu di sebuah maktab, dia suka membuli saya. Geram, marah , meluat pun ada dibuatnya tetapi siapa sangka, dari marah, dari meluat telah  mengikat kami sebagai suami isteri akhirnya. 

Syukur kerana hingga ke saat ini, hubungan kami masih utuh. Bohong lah jika tiada gelombang nya dalam perhubungan ini. Dalam setiap rumah tangga pasti nya akan ada ketika diuji dengan  pelbagai dugaan. Kami pun sama, pernah diuji dengan dugaan, pernah berlaku pertelingkahan, namun semua itu dapat diatasi dengan bijaksana. Petua nya bukan lah sukar sangat. Yang paling perlu saling menghormati, ada rasa perlu mengalah dalam sesuatu perkara. Bukan semua perkara kita nak menang. Tak salah kalau sesekali kita mengalah dengan pasangan kita. Hormatilah pasangan kita seikhlas ikhlas hati.Kadang kala sesuatu perkara tidak penting kepada kita, namun penting kepada pasangan kita, justeru bertindak lah secara rasional. berfikir dengan bijaksana dalam apa juga tindakan.

Sebagai seorang isteri, memang saya lebihkan suami dalam semua perkara. Dalam Islam sendiri pun, ada mengajar kita, apabila kita bersuami, suami lah yang perlu didahului mengatasi ibu ayah kita sendiri. Hormati suami sebagai ketua keluarga.Alhamdulillah, jika kita pandai mengambil hati suami, kehidupan kita akan aman damai. Saya bersyukur kerana sehingga sekarang pun, hubungan suami dan keluarga saya , dengan ibu saya misalnya adalah sangat rapat, tiada beza nya antara ibu dan ibu mentua.  Saya pun macam tu juga, sentiasa melayan dan menganggap ibu mentua seperti ibu sendiri juga.

Bagi mengekalkan kedamaian dan kerukunan rumah tangga kami, saya sentiasa mengingatkan diri supaya tidak melakukan perkara yang suami tidak suka. Faham ketika suami sedang marah atau ketika berlaku perselisihan faham, jangan sesekali meninggikan suami. Baik diam kan diri, ini akan meredakan rasa marah itu. Saya banyak mengalah dalam banyak hal, namun pada saya, tak rugi pun kalau saya sentiasa mengalah.Malahan, dengan nya, saya dapat mengawal keadaaan apabila berlaku sesuatu perselisihan pendapat misalnya. Kesannya, suami akan cepat cool dan keadaan akan kembali ceria!

Tuesday, March 17, 2015

Tengok Wayang

Hari ni nak relax kan otak dan badan kejab. Anak-anak ajak tengok wayang, cerita Cinderella. Bagus cerita tu, terhibur juga kita yang tua menonton nya. Sekali-sekala bawak anak-anak tengok wayang cerita2 macam Cinderella ni ok jugak.

Lempeng Gandum Punya Pasal

 Akibat tak dapat makan  lempeng gandum,  seorang  suami telah bagi 'lempeng tawar' dan batang penyapu besi kat isteri nya..... isk isk isk, lempeng gandum punya pasal pun sampai sanggup tibai isteri teruk2 macam tu.


KOTA BHARU - Gara-gara tidak menyediakan lempeng gandum untuk sarapan pagi, seorang isteri dipukul dengan batang penyapu besi oleh suaminya sehingga mengalami kecederaan dan sakit badan dalam kejadian di Kemubu, Kok Lanas, di sini, Jumaat lalu.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, dipercayai berlaku selepas suami mangsa yang baru bangun tidur meminta isterinya membuat lempeng gandum, namun permintaannya ditolak memandangkan isterinya sudah memasak nasi dan lauk pauk untuk makan tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya, mangsa menolak permintaan suaminya memandangkan ketika itu bekalan tepung di rumah mereka sudah habis.

“Berang dengan jawapan isterinya, suami mangsa mengambil batang penyapu besi dan memukul belakang badan dan pinggang mangsa sehingga penyapu terbabit patah dua.

“Mangsa pada mulanya cuba melawan tindakan suspek yang pada ketika itu hendak menyucuk besi penyapu ke badan mangsa dan ketika kejadian itu isteri suspek tidak sedar tangannya turut berdarah terkena besi tajam,” katanya