Monday, August 22, 2011

Final Exam

Semalam dari pukul 9 pagi hingga 5.10 terpaksa memerah otak untuk menjawab soalan peperiksaan akhir semester. Penat dibuatnya, dah lah bulan puasa.. kena pulak jawab dua paper dari pagi sampai petang. Dapat pulak soalan , teramat lah sukarnya. Masa tamat menjawab, bila pusing ke belakang untuk kelujar, tengok2 dah lengang pun dewan peperiksaan. Ini kes ramai yang dah cabut awal. Nak buat macam mana, dah dapat semua soalan jenis analisis, berpinar2 mata menulis dan sesak otak dibuatnya untuk menjawab soalan2 yang dikemukakan. Ingatkan saya seorang saja yang anggap soalan tu susah, rupa2nya semua merungut dan marah2. Sehingga ada yang berkata, depa tu saja nak suruh orang fail ke bagi soalan susah gilerrr macam tu!~~
Apa pun, tulis tetap tulis, jawab tetap jawab , salah betulnya redahh saja lah. hu hu!

Friday, August 19, 2011

Pokok RAYA

Hari ni pagi-pagi lagi pergi tunggu bank bukak. Bukan apa, nak tukar duit baru utk masuk sampul raya...~! he he!Selepas tu, tinjau-tinjau tempat jual pokok2 hiasan dan pokok-pokok bunga di Jalan Batu Dua, tak berapa jauh dr rumah. Mula-mula nak cari 2-3 pokok saja, alih-alih dekat 20 pokok saya 'terbeli' !~ Terbang le duit bonus , abis kt pokok2 je lah. Pokok Raya!

Tak kisahlah , janji puas hati. Puas hati sebab dpt tengok persekitaran rumah yang makin menyejukkan mata. Kalau sebelum ini, saya kadang2 merungut seseorang tentang ruang kosong di hadapan rumah. Nak kena isikan dengan pokok-pokok baru lah nampak menarik. Jadinya, hari ini dah penuh hadapan rumah dengan pokok-pokok segera....abih duit pun tak apa, janji puas...:-)

Pokok Pegaga pun ada, boleh buat ulam cicah sambal ..

Pokok Strawberry pun ada.

Ini pulak pokok keladi pisang.

Siram jangan tak siram pokok-pokok tu yer....

Pokok ala-ala bonzai ini paling saya suka.


Kan dah terisi sikit halaman rumah dengan pokok-pokok...

Sunday, August 14, 2011

Jangan Bising! Kesian cikgu sedang puasa tu!

Jangan bising! Cikgu puasa tu!
Jangan bising! Kesian cikgu puasa!


Itu lah yang sering disebut oleh anak-anak murid saya yang semuanya berbangsa India itu. Prihatin sungguh mereka. Bila saya masuk ke kelas, kadang2 biasalah murid-murid kecil, kadang tak boleh berhenti bersembang, tak reti duduk diam. Jika sebelum ini, jenuh juga saya nak mendiamkan mereka. Kena sebut berulang kali baru nak diam. Kadang tu terpaksa jegil mata! Tapi di bulan puasa ini, ada sedikit perubahan dalam tingkah laku anak murid saya. Kadang2 bila saya lama berdiri semasa mengajar. ada yang suruh saya duduk. Kata mereka, kesian cikgu puasa, penat!


Sebenarnya saya tidak pernah mengeluh kepada mereka tentang kepenatan saya. Bulan puasa pun macam biasa jugak lah saya mengajar. Bila dah mula pengajaran, saya jarang duduk di kerusi. Saya lebih suka bergerak dari satu meja murid ke meja yang lain bagi memantau tugasan atau kerja buat murid-murid. Rupa-rupanya murid saya yang kecil2 ini lebih prihatin. Tahu pulak mereka sekarang ni bulan berpuasa. Pada hari pertama Ramadhan, pagi-pagi lagi ada beberapa orang murid siap bersalam sambil mengucapkan cikgu, selamat berpuasa! Nak tergelak pun ada! Ye lah, ada pulak ucap selamat berpuasa sambil berjabat tangan!


Saya pernah disoal oleh beberapa orang murid mengenai ibadah berpuasa. Saya beritahu mereka bahawa cara orang Islam berpuasa tidak sama seperti mana mereka berpuasa. Kata saya, orang Islam yang berpuasa tidak boleh makan dan minum pada siang hari. Terkejut mereka apabila mengenai bahawa apabila berpuasa, tidak boleh minum dan tidak boleh makan pada siang hari. Sehingga ada yang bertanya, cikgu tak lapar ke? Cikgu tak dahaga? Cikgu tak penat? Lamanya kena tunggu malam baru boleh makan! Itulah antara kata-kata yang tercetus daripada mulut anak-anak murid saya yang 99% adalah beragama Hindu dan berbangsa India.

Sebab itu lah, bila saya mula mengajar dan ada murid-murid yang bising, maka akan kedengaran lah dialog2 seperti yang saya taipkan di atas itu.

Menu simple tapi membuka selera.

Hari ni masuk hari ke-14 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah.
Di bulan puasa ini anak-anak saya terapkan dengan budaya berjimat cermat. Ikutkan rasa nak makan ,memang semua nak dimakan, tetapi apabila dah diteguk air, banyak mana sangat lah yang mampu kita isi ke dalam perut kita. Maka, di bulan puasa ini biasanya saya akan sediakan beberapa jenis lauk pauk. Kuih-muih , kami beli saja 1 atau 2 jenis. Lebih jimatkan tenaga, jimatkan masa dan jimatkan duit. Kalau nak buatpun makan masa juga. Kalau takat nak makan 2-3 biji kuih misalnya, lebih jimat beli saja.

Macam hari ni, saya masak beberapa lauk yang memang menjadi kesukaan anak-anak dan suami. Antaranya, acar lemak. ayam masak merah, telor goreng, ikan goreng dan sambal jawa beserta ulam-ulaman. Semalam pun, saya masakkan kari, ayam goreng berempah, acar campur, ikan goreng dan sambal jawa. Kata suami, lauk pauk simple macam ni sudah cukup membuka selera. Licin semuanya!