Sunday, August 14, 2011

Jangan Bising! Kesian cikgu sedang puasa tu!

Jangan bising! Cikgu puasa tu!
Jangan bising! Kesian cikgu puasa!


Itu lah yang sering disebut oleh anak-anak murid saya yang semuanya berbangsa India itu. Prihatin sungguh mereka. Bila saya masuk ke kelas, kadang2 biasalah murid-murid kecil, kadang tak boleh berhenti bersembang, tak reti duduk diam. Jika sebelum ini, jenuh juga saya nak mendiamkan mereka. Kena sebut berulang kali baru nak diam. Kadang tu terpaksa jegil mata! Tapi di bulan puasa ini, ada sedikit perubahan dalam tingkah laku anak murid saya. Kadang2 bila saya lama berdiri semasa mengajar. ada yang suruh saya duduk. Kata mereka, kesian cikgu puasa, penat!


Sebenarnya saya tidak pernah mengeluh kepada mereka tentang kepenatan saya. Bulan puasa pun macam biasa jugak lah saya mengajar. Bila dah mula pengajaran, saya jarang duduk di kerusi. Saya lebih suka bergerak dari satu meja murid ke meja yang lain bagi memantau tugasan atau kerja buat murid-murid. Rupa-rupanya murid saya yang kecil2 ini lebih prihatin. Tahu pulak mereka sekarang ni bulan berpuasa. Pada hari pertama Ramadhan, pagi-pagi lagi ada beberapa orang murid siap bersalam sambil mengucapkan cikgu, selamat berpuasa! Nak tergelak pun ada! Ye lah, ada pulak ucap selamat berpuasa sambil berjabat tangan!


Saya pernah disoal oleh beberapa orang murid mengenai ibadah berpuasa. Saya beritahu mereka bahawa cara orang Islam berpuasa tidak sama seperti mana mereka berpuasa. Kata saya, orang Islam yang berpuasa tidak boleh makan dan minum pada siang hari. Terkejut mereka apabila mengenai bahawa apabila berpuasa, tidak boleh minum dan tidak boleh makan pada siang hari. Sehingga ada yang bertanya, cikgu tak lapar ke? Cikgu tak dahaga? Cikgu tak penat? Lamanya kena tunggu malam baru boleh makan! Itulah antara kata-kata yang tercetus daripada mulut anak-anak murid saya yang 99% adalah beragama Hindu dan berbangsa India.

Sebab itu lah, bila saya mula mengajar dan ada murid-murid yang bising, maka akan kedengaran lah dialog2 seperti yang saya taipkan di atas itu.

No comments: