Sebenarnya saya pun baru pertama kali mendengar'nama' penyakit Fibroid. Apa itu Fibroid sebenarnya? Saya cuba untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai penyakit tersebut. Dan di sini, saya ingin berkongsi apa kah itu Fibroid dengan pembaca sekalian.
Fibroid
* Apa itu fibroid?
Fibroid
adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di
dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.Biarpun
begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot
licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber
di mana dari situlah ia mendapat namanya.
Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom.Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi.
Kenapa? Ketumbuhan ini merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.
* Tidak pernah mengandung
Dr.
Salleh berkata, lazimnya mereka yang tidak pernah mengandung, gemuk,
berkulit hitam, mempunyai risiko untuk mendapat fibroid.``Bagaimanapun
tiada sebab-sebab tertentu seseorang itu boleh mendapat fibroid. Hanya
sekitar 25 peratus sahaja pesakit fibroid yang mengalami
simptom-simptom.
``Ini
termasuklah mereka yang mengalami pendarahan haid yang banyak, sakit
sewaktu hubungan kelamin, kemandulan mahupun masalah dubur yang
disebabkan oleh tekanan akibat daripada ketumbuhan fibroid ini,'' jelas
beliau.
Bagi
wanita mengandung pula, fibroid boleh menyebabkan komplikasi termasuk
keguguran, sakit bersalin sebelum waktunya dan kesakitan akibat daripada
infarksi yang berpunca daripada kekurangan bekalan darah atau
menyebabkan kedudukan bayi tidak normal dan terpaksa menjalani
pembedahan Caesarean semasa bersalin.Biarpun
amat jarang berlaku, fibroid boleh berubah keadaannya dengan menjadi
malignan, apabila ia cukup besar mahupun membesar dengan cepatnya.
* Diagnosis
Lazimnya,
diagnosis dilakukan dengan mengambil kira sejarah simptom-simptom
seperti yang dijelaskan di atas, atau secara kebetulan apabila pesakit
menjalani pemeriksaan faraj yang berkala seperti ujian pap smear.``Bagi sesetengah wanita yang menjalani pemeriksaan kemandulan, fibroid boleh dilihat sewaktu menjalani imbasan ultrasound.
``Imbasan
ultrasound adalah sangat penting memandangkan ia juga boleh membezakan
di antara sis dan lain-lain tumor pelvik,'' kata Dr. Salleh.Imbasan
Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di mana magnet-magnet berkuasa
tinggi digunakan untuk melihat struktur tisu-tisu juga berguna walaupun
ia adalah mahal.
Ia
bermanfaat bagi membezakan di antara fibroid dengan adenomiosis iaitu
satu keadaan yang berkaitan dengan endometriosis dan agak sukar untuk
dirawat.Katanya:
``Malah, ada yang datang berjumpa doktor setelah mendapati abdomen
mereka semakin lama semakin membesar seperti mengandung. Selepas
pemeriksaan dilakukan barulah diketahui wanita ini mengalami fibroid.''
* Jenis-jenis fibroid
Lokasi fibroid sering mempengaruhi tanda-tanda yang dialami dan pada sesetengah kes, rawatannya.
- Fibroid submukus terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan masalah haid termasuk kesakitan apabila ia membesar.
- Fibroid intramural adalah fibroid bulat yang terdapat di dalam dinding uterus yang boleh menyebabkan pembesaran uterus.
-
Fibroid subserous tumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak
menyebabkan sebarang tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu
organ-organ lain.
-
Fibroid pedunkel berbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous
mengeluarkan tangkai atau pedunkel, membesar serta membengkok dan
menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
-
Fibroid submukus dan intramural lebih banyak mengundang kesakitan
semasa haid dan mendatangkan masalah seperti keguguran. Sementara itu,
subserous dan pedunkel pula boleh menyebabkan masalah kemampatan dan
kesakitan terutamanya semasa kehamilan.
-
Fibroid interliganmentous tumbuh di sisi di antara ligamen yang
menyokong uterus di dalam abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya
yang berkemungkinan menjejaskan bekalan darah.
- Fibroid parasitik, paling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ lain.
* Waktu sesuai merawat fibroid
``Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang dijelaskan tadi.
``Ia
juga difikirkan sesuai, bagi sesetengah kes apabila seseorang wanita
ingin hamil dan pandangan perubatan berbelah bahagi sama ada fibroid
perlu dirawat atau mencari peluang mengandung,'' kata Dr. Salleh.Kadangkala, haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang wanita itu mendapat anemia.
Pun
begitu, katanya, kebanyakan doktor bersetuju biarpun tiada
simptom-simptom, fibroid pedunkel agak jarang mencetuskan masalah besar
bagi wanita hamil.
Bagaimanapun
bagi fibroid submukus, ia berkemungkinan menyebabkan wanita lambat
hamil serta mengakibatkan wanita hamil mengalami keguguran.Keputusan
untuk merawat atau tidak sebenarnya bergantung kepada usia wanita itu
sendiri, saiz fibroid, pernah keguguran dan sama ada rahim menjadi herot
kerana kewujudan fibroid itu.
Dr.
Salleh menambah, usia adalah faktor penting kerana fibroid akan
membesar di bawah pengaruh estrogen dan fibroid juga mudah dikeluarkan
di kalangan wanita muda dan ketika fibroid masih kecil lagi.
Bagi wanita yang berusia, mereka perlu berjaga-jaga apabila membuat keputusan untuk melengahkan pembedahan.``Bagaimanapun,
wanita yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan fibroid perlu
mengambil masa sebelum mengandung. Pakar akan menasihati masa yang
sesuai mengikut keadaan pesakit,'' ujarnya lagi.
* Rawatan fibroid
Rawatan fibroid bergantung kepada saiz dan kedudukan fibroid itu.
-
Rawatan hormon; terapi hormon sangat berguna kepada wanita yang hampir
menopaus dan bercadang untuk mengelak pembedahan. Bagaimanapun terapi
ini tidak banyak memberi manfaat kepada wanita yang bercadang untuk
hamil.
-
Reseksi histeroskopi; lazimnya dilakukan ke atas fibroid submukus
asalkan fibroid itu berukuran kurang daripada l0 sentimeter garis pusat.
Beberapa proses dilakukan sebelum pembedahan dapat dilakukan.
Pembedahan
membuang fibroid ini menggunakan sejenis alat berupa wayar khas bersama
histeroskop yang dimasukkan ke dalam uterus melalui serviks/pangkal
rahim.
- Pembedahan laparoskopi atau miomektomi laparoskopi pula adalah pembedahan bagi mengeluarkan fibroid.Intramural
dan subserous boleh dikeluarkan melalui pembedahan ini melalui dua
insisi/pemotongan 10 milimeter panjang, satu di bahagian pusat dan satu
lagi di garisan abdomen.
Hanya segelintir sahaja pakar yang mengambil pilihan ini kerana ia mengambil masa yang lama dan cukup mencabar.
-
Miomektomi terbuka, pembedahan konvensional yang dilakukan melalui
insisi di bahagian bawah, memanjang atau menegak di bahagian garisan
bikini (antara ari-ari dan abdomen). Otot-otot uterus dibedah dan
fibroid dikeluarkan.Doktor
biasanya akan mengesyorkan wanita yang hamil selepas pembedahan ini
untuk menjalani pembedahan Caesarean apabila sampai masanya untuk
bersalin.
- Histerektomi bergantung kepada usia, bilangan anak, masalah kesihatan wanita serta lain-lain faktor.
Wanita yang menjalani histerektomi tidak akan mempunyai haid lagi kerana rahimnya sudah dikeluarkan sekali bersama fibroid.
* Nasihat pakar
Dr.
Salleh menegaskan, bagi wanita yang menopaus, mereka perlu mendapat
rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda menopaus yang teruk.
Dalam
hal ini, suami perlu memberi sokongan yang sewajarnya untuk isteri
dalam meneruskan kehidupan seharian termasuk dalam hubungan suami
isteri.
Beliau
juga menekankan, wanita perlu menjalani ujian pap smear secara berkala
untuk mengesan kanser servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat
membesar juga berbahaya bagi wanita.
Wanita
yang melalui pembedahan perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan
yang ideal serta melakukan senaman yang bersesuaian apabila mereka sudah
pulih sepenuhnya. Jumpalah doktor untuk nasihat selanjutnya.
SUMBER : UTUSAN
No comments:
Post a Comment