Lama juga tidak membelek blog sendiri ni. Kesibukan tugasan di sekolah dan ditambah pula dengan tuntutan masa untuk belajar semasa menjadi mahasiwa tua ni memang membuatkan saya terkejar-kejar. Memang mencabar bila sambung belajar sewaktu sedang bekerja ni. Kedua-duanya perlukan komitmen yang tinggi dan sama rata.
Hari ni setelah bertungkus lumus, akhirnya siap juga lah ketiga-tiga assignment yang perlu dihantar . Terima kasih kepada semua yang banyak membantu. Terutamanya kawan-kawan sekuliah, anak-anak dan suami .Beberapa hari yang lepas, terpaksa buat 'kerahan tenaga' daripada anak2 hingga kepada encik suami! "Mai tolong check mama punya assignment English ni, betui ke idak grammar nya, ayatnya...!~" Mujur la suami terror juga berbahasa Inggeris boleh juga la jadi tempat merujuk. Dan si anak pulak diberi tugasan untuk membantu mamanya menaip, sebab jari jemari mama dah macam nak kejong je duk menaip 2 assignment lagi tu. Dan akhirnya berkat kerjasama seperti kata wonderpet, apaaaaaaa yang penting, kerjaaasama, akhirnya siaplah assignment terakhir saya!. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment