Kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang ketika mangsa, Janarthen Umabathy, Vikneswaran Balakrishnan dan Mohana Raj Mathandra mandi di tingkat ketujuh yang merupakan kawasan perkelahan paling tinggi di air terjun berkenaan.
Semua mangsa berusia 22 tahun itu adalah penuntut tahun tiga kursus Teknologi Bio Industri UMK kampus Jeli, Kelantan.
Itu antara sedutan berita yang saya baca di akhbar Sinar sebentar tadi.
Bila baca berita ni, terus terimbas kenangan lama saya.. Kenangan pahit + seram yang berlaku juga di Lata Tembakah..
Masa tu baru ada sorang anak. Kami ke Lata Tembakah untuk berkelah bersama2 keluarga yg lain. Kami berada di tingkat ke dua Lata Tembakah yg mempunyai 7 tingkat tu. Masa tu suami bawak anak kami yang berusia 3 tahun duk atas batu besar. Saya pulak berada di dalam air sungai berdekatan dengan suami. Paras air tohor saja , kira2 paras lutut saja.
Tak sampai setengah jam berada dalam air sungai, tiba2 terdengar bunyi deruan yang kuat. Tengok2 dari tingkat atas ( hulu sungai) macam buih. Air sungai menjadi sangat deras. Saya yang berdiri mula panik. Air sungai yg tadinya di paras lutut saja dalam masa beberapa minit meningkat dengan cepat. Saya boleh rasa batu2 yang saya pijak bergerak2. Benar2 takut dan panik.
Saya tak dapat nak berjalan ke tepi sungai kerana aliran sungai sangat deras dan menyebabkan batu2 yang saya pijak bergerak2 laju. Suami menjerit suruh saya naik ke tepi tebing tapi saya tak berganjak sebab saya risaukan suami dan anak kecil saya di tengah sungai. Nasib baik suami saya tidak panik. Dan mujur lah keadaan cemas ini disedari oleh org ramai. Mereka membuat rantaian dengan cara berpegangan tangan. Mereka menarik saya ke tepi sungai, kemudian mereka menyelamatkan anak perempuan saya dan seterusnya suami saya.
Menurut kata orang , sewaktu kami berada di dalam sungai tu, hujan telah turun di bahagian hulu sungai. Kami kat tingkat bawah Lata tidak mengetahui pun adanya hujan kt tingkat atas . Kalau tau hujan turun, dah tentu saya tak kan masuk ke dalam sungai kerana tahu bahaya nya. Situasi ini menyebabkan saya menggigil 1 badan! Pucut kelat! Tak terkata apa. Sejak dari hari itu, saya bertaubat dah, memang tk mau jejak lagi kaki ke sana. Trauma!