Call sekali lagi waktu malamnya. Masa tu, che baru saja balik dari surau. Letih saja suara dia pada mulanya. Macam tk bermaya. Layan sembang2 dengan che di hujung telefon sambil beri che semangat. Sekali-sekala terdengar suara che menahan sebak. Suara che terhenti2. Saya tahu che tengah sebak. Saya terus berbual2 dan beri kata-kata semangat. Berbual2 dengan che ttg kesihatan dia, tentang perkara2 yang che suka. Cerita pasal cucu2 che, pasal hal2 di kampung. Di penghujung perbualan, che berkali2 berkata, terima kasih telefon che, terima kasih telefon che, che rindu nak dengar suara. Sebenarnya , saya memang selalu call che di kampung, minggu lepas pun sebelum saya sibuk berkursus, saya pun memang ada call che , bertanya kan kabar dia. Kata che, dia lupa, che kata dia sekarang mudah lupa. Kemudian, che ketawa. Alhamdulillah, kembali cerita suara che. Ya Allah, mohon kepadaMu ya Rabbi...Engkau rahmati dan lindungilah ibu ku. Sejahterakan lah hidupnya, anugerahkanlah kepadanya ketenangan dan kebahagiaan serta tubuh badan yang sihat....amiin.........
Saturday, October 5, 2013
Rindu Che
Petang kelmarin, call che (ibu) di kampung. Che tengah menghadiri mesyuarat. Bila dengar suara dia, tau dia tak sihat. Lemah saja suara che, tp krn khidmat yang diperlukan, che tetap menghadiri mesyuarat yg diadakan petang tu. Kagum dengan semangat che. Dari dulu sampai sekarang che dahulukan kepentingan masyarakat kampung daripada kepentingan diri sendiri. Sakit macam mana pun dia, bila ada apa2 perkara yang berkaitan masyarakat kampung, che pasti akan hadir .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment