Makanya, selepas berbincang maka kami pun sepakat la buat itu, buat ini bg memeriahkan sambutan Program Semarak Kemerdekaan itu. Mula2 pakat2 gantung bendera. Mujur ada para pekerja sekolah ( tukang kebun) yang ringan tulang membantu. Panjat tangga, turun tangga, gantung sana, gantung sini...alhamdulillah, siap jugak walau pun dengan tempoh masa yang terbatas.
Esok nya pula, kami cikgu2 perempuan sibuk bukak 'kedai jahit' kat bilik guru! Semuanya gara2 nak siapkan bunga raya utk dipakai esok hari. Seronok pulak walaupun terpaksa buat kerja lebih masa. Orang lain, cukup masa sekolah dah boleh balik, tp kali kena siapkan benda tu semua hari tu jugak. Syukur! Berkat kerjasama, siap jugak akhirnya bunga raya kami :-)
Tiba hari nya, semua sekolah di Kompleks Pendidikan berkumpul di dataran AlFarabi utk perarakan kemerdekaan. Wahhhhh semua orang teruja tengok anak2 Barathy yang berpakaian bervariasi. Berwarna warni ! Dan yang best nya bila siap 3 kelopak bunga raya yang dipakai oleh 3 orang murid . Begitu juga dengan sarung Harimau Malaya. Kami berarak dengan penuh bergaya dan bersemangat! Puas hati rasanya! :-)
No comments:
Post a Comment