Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan lah yang menentukan segala2nya.
Begitu lah yang terjadi kepada kami sekeluarga beberapa hari ni. Asalnya kami merancang untuk balik ke kampung di Besut, Terengganu apa selesai urusan suami di Kuantan. Walau bagaimana pun, hajat nak balik ke kampung tidak kesampaian. Semuanya kerana telah ditakdirkan berlaku bencana banjir di pantai timur.
Memang perjalanan ke Kuantan kali ni benar2 menguji hati. Dalam perjalanan ke bandar Kuantan , lebih kurang 11 KM dr bandar Kuantan , hujan turun dgn lebatnya. Jalan yang kami lalui dinaiki air. Dah la malam, nampak air atas jln tu laju sgt. Semua kereta terpaksa berpatah balik sebab tk berani nak lalu kat jalan yg derasnya tu. Kami pun sama. Jadinya, suami buat keputusan utk cari hotel atau tempat penginapan sementara menunggu hujan reda dan air surut. Alhamdulillah, jumpa sebuah hotel di Kg Padang Permai.
Kami bermalam di situ. Yang tak bestnya tu, tengah2 nak tido, tiba2 loceng kecemasan berbunyi! Mula la saya nak panik. Suami bergegas tanya penyewa sebelah dan pekerja di kaunter ttg apa yg berlaku. Rupa2nya ada org hisap rokok dalam bilik. Bilik pulak ada pengesan asap, apa lagi berbunyi la loceng kebakaran tu. Bukan sekali, tapi dua kali! Geram! Kalau lah betul2 berlaku kebakaran mlm tu, tak pasal rentung kami anak beranak.
No comments:
Post a Comment