Semalam, semasa di sekolah baru sedar cincin di jari sudah hilang. Cincin kawin pulak tu! Aduiiiii gelabah cari semua tempat, malang sekali tak jumpa jugak.
Balik ke rumah, cari satu rumah..tak jumpa jugak. Muka pun monyok, makan pun tak lalu sebab duk teringat kt cincin kawin yang hilang tu. Incik suami rasa kesian, alih2 dia ajak pergi beli cincin baharu.
Dalam hati, masih berduka tapi dah ada orang nak ganti kan, kita on saja la huhuhu.!
Semasa pintu kereta dibuka, tingggggg!!!! aik terpelanting cincin atas lantai. Cincin ku!! Iskkk kat sini rupa2nya cincin ku tercicir. Seronok, tersengeh, tersenyum lebar sambil tayang cincin tu kt suami. Dah jumpa! Syukur alhamdulillah, rezeki masih ada. Dan nak dijadikan bertambah nya rezeki bila EN Suami berkata sebab dia dah cakap nak beli cincin baharu, maka walau cincin lama dah jumpa, dia tetap ajak pergi beli sebentuk cincin yang baharu. Rezeki berganda ni hahaha! Syukur sangat2!
No comments:
Post a Comment