Dok bercakap pasal hal sekolah, iskkk rimas pulak jadinya. Tukar topik lah! Kita cerita pasal burung lah pulak. Baru-baru ni saya sekeluarga sempat ke Pulau Pinang dan melawat Taman Burung di Seberang Jaya.
Saja nak beri peluang kepada anak-anak melihat dengan lebih dekat spesis-spesis burung yang ada di Malaysia. Di samping itu, dapatlah juga diserapkan ke dalam hati anak-anak tentang pentingnya menjaga khazanah flora dan fauna. Biarlah mereka tahu macam mana rupanya burung enggang. Biar mereka melihat sendiri burung yang dipanggil burung hantu, burung kakak tua, burung merak dan bermacam-macam jenis burung lagi.
Teringat masa saya di zaman kanak-kanak dahulu. Semasa saya membesar dahulu, saya bertuah kerana berpeluang melihat burung-burung yang terbang bebas di sekitar kampung. Saya dan kawan-kawan pernah mengejar burung uwak-uwak yang tersesat masuk ke kampung . Burung ini tidak tinggi terbangnya dan berjalan seperti ayam. Seronok sekali masa tu bila kami berjaya mengepung dan menangkap burung tersebut. Sudahnya burung itu menjadi hidangan makan tengah hari!
Pada waktu senja pula kadang-kadang saya berkesempatan melihat burung kerak nasi. Pelik bunyinya tetapi itulah yang disebut-sebut oleh orang kampung bila melihat burung tersebut. Burung ini bersaiz agak besar, lebih besar daripada burung helang. Ekornya panjang dan biasa kelihatan di kampung pada waktu-waktu senja. Saya pun tidak pasti kenapa orang kampung saya memanggil burung itu burung kerak nasi!
Di sebelah malam pula. bunyi patukan burung tukang membelah sunyi malam di kampung saya. Di kampung saya banyak pokok kelapa. Burung-burung tukang biasa nya akan mula 'bekerja' menukang bila malam semakin larut. Bila keadaan sunyi, maka amat jelas sekalilah bunyi ketukan itu. Saya dan kawan-kawan pernah juga pergi 'menyiasat' batang-batang pokok kelapa yang pernah 'ditukang' oleh burung-burung tukang ini.
Burung kunyit, itu satu lagi jenis burung yang selalu terbang bebas di kampung sana semasa saya di zaman kanak-kanak dahulu. Burung ini kecil saja saiznya dan berwarna kuning. Agaknya mengambil kira bulu nya yang berwarna kuning seperti kunyit inilah maka orang memanggilnya burung kunyit. Burung-burung murai dan burung gembala kerbau atau kami panggil burung Ba pula memang mudah dilihat. Kadang-kadang burung-burung ini seperti jinak. Banyak lagilah burung-burung yang mudah dilihat pada waktu itu.
Itu dulu, keadaannya amat berbeza sekarang. Sekarang burung-burung yang saya sebutkan itu sudah amat jarang kelihatan di kampung saya. Bila balik bercuti ke kampung, tiba waktu malam, tiada lagi bunyi burung tukang membelah sunyi malam. Yang kedengaran hanyalah bunyi-bunyi kenderaan. Burung kunyit, burung kerak nasi, burung Ba, burung uwak-uwak sudah tidak kelihatan. Kesian generasi muda sekarang, mereka tidak lagi berpeluang menyaksikan sendiri burung-burung ini terbang bebas dari pokok ke pokok.
Mereka tidak lagi berkesempatan melihat burung-burung ini terbang bebas di halaman rumah. Mereka juga tidak lagi dapat mendengar bunyi kicauan burung-burung. Mereka tidak lagi dapat mendengar bunyi ketukan burung tukang pada waktu-waktu malam. Saya pernah bercerita kepada anak-anak tentang pengalaman yang saya lalui sewaktu saya sebaya mereka. Bila melihat mereka mendengar dengan penuh minat, contohnya mengenai burung-burung yang saya sebutkan di atas tadi, timbul rasa kesian kepada mereka. Oh.,,..anak-anakku tidak lagi berpeluang menikmati semua itu. Bertitik tolak daripada cetusan itu, saya mengajak suami, mencari luangwaktu senggang suami dan saya, untuk membawa anak-anak melawat Taman Burung di Seberang Jaya. Mudahan anak-anak saya mendapat manafaat daripadanya walaupun sedikit.

No comments:
Post a Comment