Selamat bercuti kepada semua murid-murid dan cikgu-cikgu. Alhamdulillah ada masa sikit untuk buat aktiviti bebas. Tak perlu nak semak-semak buku tiap-tiap hari lagi dah. Tahun ni tak perlu banyak kali ke sekolah pd masa cuti ni , lega sangat.
Mungkin ramai yang mula menikmati cuti-cuti Malaysia. Bawa keluarga berjalan2 atau setidak-tidaknya balik kampung, kecohkan rumah datok nenek. Teringin juga nak balik ke Kampung Air Tawar, bercuti di rumah Che cuti ni, tapi nampaknya buat masa ini belum pasti. Kebetulan pula Disember nanti saya sendiri ada final exam. Kesian juga dekat anak-anak. Harap-harap la jugak bawa mereka ke mana-mana walau beberapa hari.
1 comment:
Selamat bercuti...ingat saya lagi? Teman seperjuangan angkatan 60an. Seronok baca blog cikgu...
Post a Comment