Monday, December 26, 2011

Ceriakan Halaman Rumah..

Semalam , sempat beli beberapa jenis pokok hiasan untuk menceriakan halaman rumah. Bila tiba di tempat jualan pokok-pokok hiasan tu, berkenan pulak kat fountain yang ada di situ. Jadi beli jugak lah satu. Harga tak ada lah mahal sangat, kiranya berpatutan. Janji menarik untuk diletakkan di halaman rumah. Petang, kami anak beranak bergotong royong ceriakan halaman rumah dengan memasang fountain dan menanam pokok-pokok yang baharu.






Sunday, December 18, 2011

Cuti-cuti Malaysia Tahun 2011







Pada 4 Disember yang lalu, sempat juga kami sekeluarga jalan-jalan bercuti di Kuala Lumpur dan Selangor. Sebenarnya, tak tau nak ke mana cuti sekolah ni. Ikut je lah kehendak anak-anak, kali ni mereka nak pergi ke KL....

Jadual Sesi Persekolahan 2012


Tidak lama lagi sekolah akan dibuka semula. Sesi persekolahan 2012 akan bermula pada 3/1/2012. Di sini saya sertakan jadual persekolahan sesi 2011 untuk rujukan semua...Bagi ibu bapa, tinjau-tinjau lah jadual persekolahan anak-anak tu, buat perancangan awal. Tengok2kan juga hari-hari yang berkait dengan cuti penggal tu....mana tau kut-kut nak buat perancangan bawa anak-anak bercuti.

Tinjau2 Gaji Baru...


Saya ingin berkongsi dengan pembaca, khususnya kakitangan perkhidmatan awam, sebab perkara ni berkaitan dengan kakitangan perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun, rasa-rasanya, orang yang bukan daripada kalangan kakitangan perkhidmatan awam pun mungkin boleh jadikan benda ni sebagai rujukan.

Benda yang saya maksudkan adalah jadual Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam.Agak-agak siapa yang akan turut sama membelek-belek dan meninjau-ninjau benda yang akan saya paparkan ini? Rasa-rasanya....mereka adalah:

1. suami/ isteri/anak-anak kakitangan awam yang bekerja dengan sektor swasta atau pun yang tidak bekerja. Tinjau2 gaji suami/isteri mereka. Mana tau kut2 lepas ni, boleh bodek-bodek pasangan masing-masing dan merancang macam-macam!

2. Para peniaga....tak kiralah daripada peringkat tokey besar hingga lah ke peniaga roti canai kat warung-warung. Mereka mungkin akan meninjau2 kenaikan gaji ni untuk menaikkan harga barangan mereka....! Ada peluang dapat untung lebih!

He he.....itu sebahagiannya sahaja, mungkin ada lagi lah pihak-pihak lain yang akan belek2 jadual ni dan mula berkira-kira...

Thursday, November 10, 2011

Kursus Penyebaran KSSR BM Tahun Dua


Hari ni, walaupun di penghujung persekolahan, saya dan beberapa orang rakan telah memberikan LDP berkaitan KSSR Tahun Dua kepada semua guru. Alhamdulillah, dah selesai semuanya, harap-harap semua guru boleh memahami maklumat-maklumat yang disampaikan.

Monday, August 22, 2011

Final Exam

Semalam dari pukul 9 pagi hingga 5.10 terpaksa memerah otak untuk menjawab soalan peperiksaan akhir semester. Penat dibuatnya, dah lah bulan puasa.. kena pulak jawab dua paper dari pagi sampai petang. Dapat pulak soalan , teramat lah sukarnya. Masa tamat menjawab, bila pusing ke belakang untuk kelujar, tengok2 dah lengang pun dewan peperiksaan. Ini kes ramai yang dah cabut awal. Nak buat macam mana, dah dapat semua soalan jenis analisis, berpinar2 mata menulis dan sesak otak dibuatnya untuk menjawab soalan2 yang dikemukakan. Ingatkan saya seorang saja yang anggap soalan tu susah, rupa2nya semua merungut dan marah2. Sehingga ada yang berkata, depa tu saja nak suruh orang fail ke bagi soalan susah gilerrr macam tu!~~
Apa pun, tulis tetap tulis, jawab tetap jawab , salah betulnya redahh saja lah. hu hu!

Friday, August 19, 2011

Pokok RAYA

Hari ni pagi-pagi lagi pergi tunggu bank bukak. Bukan apa, nak tukar duit baru utk masuk sampul raya...~! he he!Selepas tu, tinjau-tinjau tempat jual pokok2 hiasan dan pokok-pokok bunga di Jalan Batu Dua, tak berapa jauh dr rumah. Mula-mula nak cari 2-3 pokok saja, alih-alih dekat 20 pokok saya 'terbeli' !~ Terbang le duit bonus , abis kt pokok2 je lah. Pokok Raya!

Tak kisahlah , janji puas hati. Puas hati sebab dpt tengok persekitaran rumah yang makin menyejukkan mata. Kalau sebelum ini, saya kadang2 merungut seseorang tentang ruang kosong di hadapan rumah. Nak kena isikan dengan pokok-pokok baru lah nampak menarik. Jadinya, hari ini dah penuh hadapan rumah dengan pokok-pokok segera....abih duit pun tak apa, janji puas...:-)

Pokok Pegaga pun ada, boleh buat ulam cicah sambal ..

Pokok Strawberry pun ada.

Ini pulak pokok keladi pisang.

Siram jangan tak siram pokok-pokok tu yer....

Pokok ala-ala bonzai ini paling saya suka.


Kan dah terisi sikit halaman rumah dengan pokok-pokok...

Sunday, August 14, 2011

Jangan Bising! Kesian cikgu sedang puasa tu!

Jangan bising! Cikgu puasa tu!
Jangan bising! Kesian cikgu puasa!


Itu lah yang sering disebut oleh anak-anak murid saya yang semuanya berbangsa India itu. Prihatin sungguh mereka. Bila saya masuk ke kelas, kadang2 biasalah murid-murid kecil, kadang tak boleh berhenti bersembang, tak reti duduk diam. Jika sebelum ini, jenuh juga saya nak mendiamkan mereka. Kena sebut berulang kali baru nak diam. Kadang tu terpaksa jegil mata! Tapi di bulan puasa ini, ada sedikit perubahan dalam tingkah laku anak murid saya. Kadang2 bila saya lama berdiri semasa mengajar. ada yang suruh saya duduk. Kata mereka, kesian cikgu puasa, penat!


Sebenarnya saya tidak pernah mengeluh kepada mereka tentang kepenatan saya. Bulan puasa pun macam biasa jugak lah saya mengajar. Bila dah mula pengajaran, saya jarang duduk di kerusi. Saya lebih suka bergerak dari satu meja murid ke meja yang lain bagi memantau tugasan atau kerja buat murid-murid. Rupa-rupanya murid saya yang kecil2 ini lebih prihatin. Tahu pulak mereka sekarang ni bulan berpuasa. Pada hari pertama Ramadhan, pagi-pagi lagi ada beberapa orang murid siap bersalam sambil mengucapkan cikgu, selamat berpuasa! Nak tergelak pun ada! Ye lah, ada pulak ucap selamat berpuasa sambil berjabat tangan!


Saya pernah disoal oleh beberapa orang murid mengenai ibadah berpuasa. Saya beritahu mereka bahawa cara orang Islam berpuasa tidak sama seperti mana mereka berpuasa. Kata saya, orang Islam yang berpuasa tidak boleh makan dan minum pada siang hari. Terkejut mereka apabila mengenai bahawa apabila berpuasa, tidak boleh minum dan tidak boleh makan pada siang hari. Sehingga ada yang bertanya, cikgu tak lapar ke? Cikgu tak dahaga? Cikgu tak penat? Lamanya kena tunggu malam baru boleh makan! Itulah antara kata-kata yang tercetus daripada mulut anak-anak murid saya yang 99% adalah beragama Hindu dan berbangsa India.

Sebab itu lah, bila saya mula mengajar dan ada murid-murid yang bising, maka akan kedengaran lah dialog2 seperti yang saya taipkan di atas itu.

Menu simple tapi membuka selera.

Hari ni masuk hari ke-14 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah.
Di bulan puasa ini anak-anak saya terapkan dengan budaya berjimat cermat. Ikutkan rasa nak makan ,memang semua nak dimakan, tetapi apabila dah diteguk air, banyak mana sangat lah yang mampu kita isi ke dalam perut kita. Maka, di bulan puasa ini biasanya saya akan sediakan beberapa jenis lauk pauk. Kuih-muih , kami beli saja 1 atau 2 jenis. Lebih jimatkan tenaga, jimatkan masa dan jimatkan duit. Kalau nak buatpun makan masa juga. Kalau takat nak makan 2-3 biji kuih misalnya, lebih jimat beli saja.

Macam hari ni, saya masak beberapa lauk yang memang menjadi kesukaan anak-anak dan suami. Antaranya, acar lemak. ayam masak merah, telor goreng, ikan goreng dan sambal jawa beserta ulam-ulaman. Semalam pun, saya masakkan kari, ayam goreng berempah, acar campur, ikan goreng dan sambal jawa. Kata suami, lauk pauk simple macam ni sudah cukup membuka selera. Licin semuanya!

Sunday, March 20, 2011

Aktiviti Masa Cuti








Cuti sekolah pertengahan semester ni , kami sekeluarga tak ke mana-mana. Duduk saja kat rumah. Kebetulan pulak anak yang sulung mengikuti kelas tambahan untuk SPM nanti. Jadi masa yang terluang, kami penuhi dengan pelbagai aktiviti . Saya gunakan masa ni untuk membuat bahan bantu mengajar. Anak-anak yang lain pun ada aktivitinya. Macam si Nana, anak kedua saya. Nana suka sangat melukis. Agaknya kali ini dia nak tukar cara melukis. Kalau biasanya dia akan membuat lakaran dan lukisan pada kertas lukisan yang saya belikan, tapi kali ini dia cuba pula melukis di komputer menggunakan perisian Paint. Ini lah hasilnya.

Friday, March 18, 2011

Resepi LAVAR

Hari ni pukul 9 dah ada kat Tesco Alor Setar. Borong bahan mentah untuk seminggu. Beli ayam, ikan yg boleh tahan murahnya. Hari ni nk masak best-best sikit. Time cuti-cuti sekolah macam ni lah baru berkesempatan untuk masak lauk yang pelbagai dan yang best-best . Kalau hari sekolah, balik sekolah mana lah sempat nak masak lebih-lebih. Nak tunggu habis masak mahunya pukul 3 lebih baru dapat makan. Balik rumah pun dah pukul 2 lebih. Sebab tu kalau hari sekolah, terpaksa lah beli lauk tunjuk. Nasib baik lah ada suami dan anak-anak yang cukup memahami.

Hari ni nak masak LAVA. Betul ke tidak ejaan ni tk tahu lah. Tapi memang begitu lah bunyinya. Asalnya makanan Siam. Dari kecil arwah dah selalu bagi kami makan masakan ni. Lebih kurang macam sushi Jepun sebab isi-isi ikan tu tak dimasak.

Senang saja cara penyediaannya: Antara ramuannya:

5 ekor ikan kembung ( ambil isinya sahaja)
3 ulas bawang merah
1/2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu cuka
4 biji limau nipis (perah ambil airnya)
3 biji cili padi
1/2 sudu cili boh
4 tangkai daun kesum ( dihiris halus-halus)
sedikit gula
garam secukup rasa

Cara membuatnya :
1. Isi ikan tadi dipotong kiub ( lebih kurang setengah inci)
2. Mayang bawang merah dan bawang putih dan bawang besar nipis-nipis.
3. Cili padi dihiris nipis-nipis.
4. Masukkan gula, cuka, garam, gula dalam mangkuk. Hancurkan gula terlebih dahulu.
5. Masukkan bawang-bawang dan cili boh dan cili padi yg dihiris tadi. Gaul biar sebati.
6. Masukkan isi ikan.
7. Perah limau nipis dan gaul hingga sebati.
8. Taburkan daun kesum yg dihiris nipis tadi.
8. Perap ramuan ni dalam peti ais selama 30 minit- 40 minit.
9. Sedia utk dimakan!

Masakan ini adalah penyediaan tanpa pemanasan. ( Tidak perlu dimasak.) Mungkin ada yang beranggapan isi ikan ni mentah. Namun sebenarnya salah. Isi ikan ini boleh masak walaupun tanpa menggunakan api. Hanya cuka dan air limau nipis itu yang berfungsi menjadikan isi ikan itu masak. Pastikan semua bahan adalah fresh!

Selamat mencuba!

Monday, March 14, 2011

Sukarnya belajar sambil bekerja ni...

Lega rasanya bila dah hantar semua assignment . Memang perit bila perlu siapkan 3 assignment dalam masa 1 bulan. Kebetulan pula,bulan ni juga ada Ujian Bulanan. Selepas seminggu , semua kertas ujian perlu siap ditanda. Semua nak kena segera. Kerja-kerja lain kt sekolah pun masa ni lah PK dan GB nak segera juga. Semua urgent. Awal-awal mereka tak nak minta. Pening dan stress jugak dibuatnya.


Begitulah cabarannya bila menyambung pelajaran sambil bekerja. Tak semudah yang dijangka. Pengurusan masa menjadi sangat, sangat, sangat penting. Silap pengiraan , macam-macam boleh jadi. Bukan sahaja perlu bahagikan masa antara sekolah dengan pengajian tetapi juga dengan keluarga. Semua nak kena tumpu.Tak kena gaya, boleh terduduk dibuatnya. Mana tak nya, kalau kurang belah keluarga, nanti ada pulak yang muncung dan bising-bising. Kalau kurang belah sekolah pulak, silap haribulan kena sound dgn pihak-pihak pemantau. Kalau kurang belah study pulak, lingkup lah jawabnya. Jadi pendek kata semua kena seimbang.

Sunday, January 16, 2011

Aktiviti Masa Hujung Minggu

Hari ni, selepas menghadiri sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah, lepak-lepak di rumah saja. Buat kerahan tenaga , ajak anak-anak mengemas rumah dan kawasan luar rumah. Kemudian, layan si Nana dengan organnya. Dia belajar main organ di Youtube. Gitu sajalah hasilnya. Insyallah, lepas ni nak hantar dia ke kelas muzik. Nampak dia berbakat dan sangat berminat.

Sunday, January 2, 2011

Jalan-jalan

Baru-baru ni sempat jalan-jalan ke Ipoh dan singgah ke Zoo Taiping.




Cimpanzee yang sedang beri post macho.


Harimau Kumbang yang terlentang tidur mati.

Unta yang duk senyum! Post istimewa tu..


Kuda belang yang berdiri macam patung, tak bergerak2...

Saturday, January 1, 2011

Maling ada di mana-mana...

Beberapa hari lepas, saya berkunjung ke sebuah pusat membeli-belah di Alor Setar. Kami singgah di Restoran KFC untuk makan. Sewaktu menunggu suami yang sedang membeli makan, saya yang duduk bersama-sama anak-anak terpandang satu kejadian yang membuatkan saya merasa cuak.



Sedang duduk2, saya terpandang gelagat seorang pemuda membuka dompet makwenya dan cepat-cepat menyorot beberapa keping wang kertas ke dalam poket seluarnya. Bila dia terpandang ke arah saya yang memerhatikan tingkah-lakunya, dia mula gelisah. Saya pandang ke arah makwenya yang sedang beratur untuk membeli makanan. Rasa macam ringan jer mulut nak bagi tahu makwe dia tu, tapi takut kecoh pulak kat restoran tu. Memang akan kecoh punya.

Saya memberi tahu suami. Suami tanya mana2? Nak tunjuk dengan jari takut lelaki tu baling kerusi pulak! Sambil makan, mata saya terus menggari lelaki tersebut. Saya nampak dengan jelas dia makin gelabah. Kejab dia pandang ke luar, kejab dia pandang ke bawah, kejab dia pandang ke arah saya. Kemudian bila saya pandang ke arah dia, dia buat2 pandang pandang bawah, pandang ke luar.

Apa punya pakwe lah, dah lah makwe dia yang kena belanja dia makan, siap kena beratur lagi, yang dia pulak duduk kat meja sambil sangap duit makwe dia. Macam-macam!