Tuesday, December 11, 2012
Sembur cat kamera AES: Pelaku tidak bertamadun, bacul
Macam-macam la depa tu nak tunjuk prihatin kat rakyat la kunun sampaikan upah samseng untuk sabotaj kamera yang dipasang. Apa yang susah sangat, kamera tu bukan diletakkan di tempat tersorak, tempat yang jelas dilihat. Jadi kalau takut kena saman, jangan le duk bawak kereta laju macam formula one kat kawasan tu. Apa susah?
Saturday, December 8, 2012
Alif (CikCik) dikhatankan sudah!
Sebenarnya ingatkan minggu depan, tup-tup papa dia call suruh bersiap-siap , katanya, ok hari ni tak ramai kt klinik, jadi terus bawak dia ke klinik.
Baru sampai di klinik.....daftar dulu ya Alif..... Fuhhhh, dia kontrol macho, siap senyum tahan rasa takut! |
Alif dibawa masuk ke bilik doktor untuk dikhatankan. |
He he he dah siap! |
Peace!!!!! Selepas siap dikhatankan. |
Tak boleh nak golek2 depan tv dah, kena duduk atas kerusi macam maharaja hahaha! |
Friday, November 16, 2012
* Apa itu fibroid?
Sebenarnya saya pun baru pertama kali mendengar'nama' penyakit Fibroid. Apa itu Fibroid sebenarnya? Saya cuba untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai penyakit tersebut. Dan di sini, saya ingin berkongsi apa kah itu Fibroid dengan pembaca sekalian.
Fibroid
Apa yang penting kerjasama....!
Hari ni setelah bertungkus lumus, akhirnya siap juga lah ketiga-tiga assignment yang perlu dihantar . Terima kasih kepada semua yang banyak membantu. Terutamanya kawan-kawan sekuliah, anak-anak dan suami .Beberapa hari yang lepas, terpaksa buat 'kerahan tenaga' daripada anak2 hingga kepada encik suami! "Mai tolong check mama punya assignment English ni, betui ke idak grammar nya, ayatnya...!~" Mujur la suami terror juga berbahasa Inggeris boleh juga la jadi tempat merujuk. Dan si anak pulak diberi tugasan untuk membantu mamanya menaip, sebab jari jemari mama dah macam nak kejong je duk menaip 2 assignment lagi tu. Dan akhirnya berkat kerjasama seperti kata wonderpet, apaaaaaaa yang penting, kerjaaasama, akhirnya siaplah assignment terakhir saya!. Alhamdulillah.
Friday, August 24, 2012
Duit raya lai lai lai!!
Balik Beraya....
Saturday, July 28, 2012
Puasa hari ke-8
Hari ni tak sempat nak masak lauk berbuka, jadinya, beli je lauk tunjuk kat Pasar Ramadhan. Boleh tahan juga juadah yang dijual di Pasar Ramadhan yang terletak di perkarangan Stadium Darul Aman ni...macam-macam ada. Cumanya, harga pun boleh tahan.
'Exam' di bulan puasa
Hari ni selesai 1 paper final exam utk semester ini. Berkerut jugak dahi bila tengok kan soalan-soalan yang dikemukakan. Memang byk yang sukar daripada yang mudah. Ingatkan saya sseorang jer yang beranggapan macam tu, rupa2nya kawan-kawan yg lain pun sama-sama berkerut! Selang beberapa jam selepas exam, dpt beberapa sms daripada kawan-kawan, pakat duk tension dengan jawapan masing-masing. Relax. la wahai sahabat-sahabatku, janji kita jawab dan tak tinggal kosong, kira ok la tu! Apapun, mohon kepada Allah semoga nantinya akan dapat result yang mampu melegakan....
Wednesday, June 27, 2012
Berbbq
Jalan-jalan makan angin...
Thursday, June 7, 2012
Berpada-padalah!
Cikgu-cikgu pun perlukan rehat utk menjana tenaga baru bg menghadapi penggal persekolahan baru. Mereka agaknya tk faham kenapa diwujudkan cuti penggal persekolahan ni. Jangan ingat cikgu kena kerna 24 jam. Guru bukan robot! Saya pun ada keluarga yang perlu saya jaga keperluannya.Ada suami, ada anak-anak. Saya pun perlukan ruang masa untuk meningkatkan ilmu saya.. Saya perlukan masa untuk diri saya sendiri juga. Tolong lah mengerti, guru pun ada jiwa, bukan 24 jam perlu diserat dengan tugasan yang kadang kala nampak remeh tp kerana sikap pihak2 yang tertentu menampakkannya terlalu besar sehinggakan nak menyiapkan fail panitia pun macam nak menyediakan dokumen sulit kerajaan. Macam lah benda tu menentukan hidup dan mati guru! Berpada-pada lah!
Sunday, May 27, 2012
Kakok (anakanda- Sharrifah Nur Ariffah) mendaftar masuk ke Kolej Matrikulasi
Hari ni menghantar anakanda Sharifah Nur Ariffah mendaftar di Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun dari pukul 8 pagi hingga jam 4 petang. Tak pernah berpisah lama dengan dia, bila dia tak ada di rumah, rasa sunyi lah pulak...
Belajar rajin2 ya kakak, ingat pesan mama & papa, ingat Allah, solat jangan lalai.....banyak benar pesanan yang ditinggalkan he he.....
He he akhirnya berjaya jugak dia kayuh basikal....selama ni dia memang penakut, takut jatuh! Kakak2 nya selalu perli ....dah besar pun tk reti kayuh basikal! Agaknya kerana rasa diperli2 tu maka beberapa hari ni Alif begitu bersungguh2 belajar kayuh basikal dan akhirnya dia menjerit kegembiran bila dpt kayuh basikal ! ha ha
Jamuan Amal
Hari Khamis yang lalu (24 Mei 2012) , saya menghadiri Jamuan Amal PIBG Sjkt Barathy di Dewan Ukir Mall, Alor Setar. Syukur sbb apa yang dirancangkan dpt dilaksanakan dengan sempurna. Tahniah kepada kawan2 yang begitu bersungguh2 melatih anak murid menari walaupun dalam jangka masa yang singkat.
Sunday, February 5, 2012
Maulidur Rasul
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Semoga kita dapat menjadikan Maulidurrasul pada kali ini sebagai suatu titik tolak perubahan dalam diri kita untuk mengamalkan sunnah Baginda s.a.w. dan bukan semata2 memperingati kelahiran sahaja.
Tanamkan azam dalam diri kita agar kita dapat mempelajari hadis, mengamalkan sunnah dan menyampaikannya kepada orang lain. Mungkin kita boleh mulakan dengan amalan yang paling utama iaitu solat berjemaah di masjid bagi lelaki, dan bagi wanita, bolehlah usahakan agar dapat menutup aurat dengan sempurna. InsyaAllah, dengan memulakan langkah pertama ke arah kebaikan, insyaAllah, Allah akan memudahkan langkah seterusnya agar kita dapat berusaha mengamalkan ajaran Nabi s.a.w. keseluruhannya
Salam Maulidur Rasul untuk semua……….
Sunday, January 22, 2012
Kita Perlu Lebih Bersyukur...
Kita seharusnya perlu lebih rasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Kita perlu lebih rasa bersyukur apabila tidak terpaksa melalui getir hidup seperti mereka. Betapa nikmat yang kita miliki sekarang adalah berganda lebih baik daripada mereka di negara jiran kita. Belajarlah bersyukur, jangan hanya tahu mendesak berkehendakkan itu dan ini walhal kita sudah miliki sesuatu yang sudah cukup selesa.