Semalam merupakan Hari Guru. Kami di SJKT Barathy pun tidak ketinggalan meraikan hari yang bermakna ini bersama dengan murid-murid. Asalnya terdengar desas desus daripada pihak pengurusan atasan merangkap pegawai2 di PPD dan JPN bahawa walau pun Hari Guru , pengajaran dan pembelajaran perlu dijalankan. Huh! Loklag betui la depa ni! Nak pulun belajar la sangat kira2nya sampai hari2 macam ni pun nak disuruhnya murid-murid duk dalam kelas belajar.
Depa tu tak da akai ka. Depa ingat dengan cara tu saja ka boleh didik murid yang pandai, depa tk fikir ka macam mana nak didik murid jadi manusia yang pandai dan terdidik jiwanya. Depa tk nampak hari2 sambutan macam ni sebenarnya mempunyai banyak kebaikan nya. Melalui sambutan2 seperti Hari Guru ini, akan dapat mendekatkan lagi hubungan antara murid dengan guru. Mengakrabkan mereka di samping dapat melahirkan sikap menghargai, kasih sayang dan saling hormat menghormati. Suasananya lain, tidak semestinya hanya di dalam kelas sahaja murid2 belajar dan dapat dididik, malahan dalam suasana sambutan macam ni terserlah banyak perkara2 yang positifnya.
Murid-murid dapat belajar daripadanya. Jadi, kepada yang duk atas2 tu, jangan lah disendatkan jiwa dengan belajar , belajar, dan belajar di dalam kelas sampai mengabaikan yang lain. Jiwa kanak2 itu perlu juga diisi dengan hal2 yang menceriakan dan menghiburkan mereka. Belajar2 lagi lagi wahai pegawai2 atasan...cuba lah pelajari mengenai Psikologi Kanak-kanak supaya anda lebih faham tentang keperluan kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment