Thursday, June 9, 2016

Cuti Sekolah

Cuti sekolah dah masuk minggu ke dua. Hmmmm tak sempat nak bercuti kt luar daerah lagi lah. Bercuti kat rumah dan kat kedai saja lah nampak nya.

Kalau nak pergi pun bercuti pun, bertiga saja..rasa macam tak lengkap je sebab dua orang lagi anak tak ada. Jadi, rehat kat rumah saja lah kami.

Satu perkara lagi, setiap mlm Selasa dan Rabu , kelas tambahan kena jalankan. Sebut pasal kelas tuisyen ni, baru saja saya jalankan. Baru beberapa bulan. Buat pun sebab atas permintaan ibu bapa anak2 murid saya. Kebetulan ada kedai kosong dan sesuai lalu saya jadikan kedai tu ruang untuk jalankan kelas tuisyen saya. Saya namakan kelas tuisyen tersebut Kelas Tuisyen BM Cikgu Ku.


Alhamdulillah, setakat ni, dh ada 18 orang murid. InshaAllah, mudah-mudahan ke depan, bilangan murid akan bertambah. Saya cuma adakan selama 2 hari saja untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Alhamdulillah, boleh lah tambah kan pendapatan keluarga di samping dapat jugak membantu memantapkan penguasaan murid-murid.

4 hari dah puasa tapi...

Hari ni dah masuk hari keempat umat Islam berpuasa.

Alhamdulilah, ketemu juga dengan bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan barakah ini.  Sepanjang 4 hari berpuasa ni, tinggal kami 3 beranak sahaja di rumah. Suami, saya dan anak lelaki kami yang bongsu.

Waktu berbuka, memang teringat sangat2 dekat dua orang lagi anak yang berada di perantauan. Sorang di Unimap, Perlis, sorang lagi di UITM Shah Alam. Dah masuk empat hari berpuasa ni, kami berbuka ala kadar sahaja.

Sebenarnya, dah 4 hari saya masih tidak berkesempatan menyediakan juadah berbuka puasa. Bukan malas heh tapi terpaksa jaga kedai.
Kedai kami..

Cuti sekolah ni pun , hari2 ler terpaksa berada di kedai suami. Sebelum ini , ada Nana yang tolong jaga. Sekarang ni, bila Nana dah ke Shah Alam, terpaksalah ambil alih.  Kedai tutup dekat pukul 6 petang...nak masak memang dah tak sempat. Jadi nya, cari lauk tunjuk saja lah kami. Beli 2 jenis lauk pun dah cukup utk 3 beranak.

Ke Shah Alam lagi

Nak sambung cerita lagi ni......kui kui!

Selepas cuti seminggu, Nana perlu kembali ke Kampus nya di Shah Alam. Nak bagi dia naik tren atau bas, rasa tak gamak lagi sebab Nana masih belum terbiasa naik tren dan bas sendiri.

Sebelum ni pun nak ke mana2 dengan mama dan papa nya saja. Tak pernah berenggang. Jadi, bila lepas seminggu bercuti , kami hantar dia balik ke Shah Alam. Tak apa lah, demi anak2, sakit pinggang ke, sakit belakang ke, lenguh2 kaki ke, tolak tepi.

Alhamdulillah , syukur kerana Allah masih memberikan kesihatan yang baik kepada kami. Dengan nya , walau pun dalam usia 5 series ni, kami suami isteri terpaksa pergi balik dari Alor Setar ke Shah  dan keesokan nya dari Shah Alam ke Alor Setar balik.

Di hadapan Kampus Mawar UITM Shah Alam



Bila berkumpul kat rumah

Alhamdulillah, bila dah ambik Nana, sampai kat rumah dengan selamat. Di rumah, dah lengkap 5 beranak semua ada kt rumah. Kebetulan si kakak cuti , tak lama pun  2-3 hari je, jadi dpt lah berkumpul bersama-sama sekejab. 

Selepas 3 hari, Kakok kembali ke Kampus nya Kampus Unicity, Universiti Perlis di Padang Padang Besar. Tinggal lah kami berempat. Nasib le sbb anak cuma tiga orang saja. Kalau ada ramai anak, tak de lah sunyi rumah. Tu lah, muda2 tak nak beranak ramai2 hahaha!

Tapi, org kata, ada  berbelas orang anak pun, bila tiba masa nya, kat rumah akan tinggal mak bapak  je . Anak2 bila sambung belajar dan kemudia nya akan ada family sendiri , ada kehidupan sendiri. Jadi sebagai mak ayah, kita perlu terima lah hakikat putaran sebuah kehidupan.

Apa pun sebagai orang tua, kita perlu bijak mendidik anak2 agar sentiasa mementingkan ikatan kekeluargaan. Terapkan rasa cinta dan rindu  pada keluarga. Insyallah, mudah-mudahan, anak-anak kita walau jauh mana pun berada, walau sesibuk mana pun mereka nanti, mereka akan sentiasa menjenguk ibu bapa di rumah.

Lalu lintas pada musim cuti sekolah

Seminggu selepas hantar Nana ke UITM di Puncak Alam, seminggu selepas tu kena pergi ambik dia lagi. Kata nya cuti seminggu. Tak kan nak duk sorang2 kt sana, sbb orang lain semua balik.

Jadi habis sekolah, saya dan suami terus ke Shah Alam lagi. Penat memang penat, tp kerana anak  redah jugak lah.

Waktu pun permulaan cuti sekolah. Kat jalan raya kereta dah macam semut. Hati mula rasa cuak sebab bila di highway kereta dari lorong kanan, tengah, kiri , semua nya laju2. Lorong kiri pun masing2 pandu kereta macam kt Litar Sepang.

Saya tegur suami , jangan bawak laju, pandu kt lorong kiri, pandu pelan2 dah sbb bahaya kereta banyak. Tapi kata suami, kat lorong kiri pun orang pandu laju, jadi kita pun kena laju jugak la. Eh, macam tu ka??

Kisah Masjid dan Kain Telekung

Nak sambung cerita lagi....

Semasa dalam perjalanan, nak singgah dan cari parking kat RnR pun susah. Kereta penuh. Tak de tempat kosong nak mencelah parking. Aduiiiii macam mana nak berenti solat nih?
Lalu suami beri cadangan. Kita keluar dari highway. Exit ikut jalan biasa. Keluar ikut Bidor, cari masjid dan tumpang solat di situ.

Alhamdulillah, jumpa masjid di Bidor yang begitu selesa. Tahniah kepada khariah dan AJK Masjid Bidor, Perak kerana dapat menjaga masjid dengan baik. Tandas cukup bersih, perkarangan masjid bersih , dalam masjid sangat2 bersih, manakala kain telekung di majlis tersebut juga sangat2 bersih dan wangi pulak tu.


Kadang2 disesetengah masjid atau di RnR , telekung yang ada di situ agak kurang bersih. Bau pun kadang2 masam. Mungkin sebab lama tak dicuci.  Sepatutnya, telekung2 yang dibekalkan di masjid2 atau di RNR perlu sentiasa dicuci bagi menjamin kebersihan nya. Terima kasih dan tahniah kepada jawatankuasa Masjid Bidor Perak kerana sentiasa mengutamakan kebersihan luar dan dalam masjid.

Di Puncak Alam

Sambung lagi cerita...

Syukur kerana urusan pendaftaran Nana di UITM Kampus Puncak Alam berjalan lancar. Selepas minggu orientasi nanti, Nana kena pindah ke Kampus UITM Shah Alam pulak, Kesian la pulak sebab nanti kena angkut barang2 sorang2 pergi sana.














Cubaannnnnn!

Nak sambung cerita ...

Selepas kereta siap dibaiki, mlm nya kami meneruskan perjalanan. Oleh krn terlalu penat seharian memandu, seharian melilau mencari kedai jual alat ganti kereta, maka incik suami serender. Dalam pukul 2 pagi suami kata mata dia penah . Perlu tidur dan perlu rehat. Sian dia.

Nak tidur kat mana? Alah, kita tidur dalam kereta jer lah. Parking kereta dekat RnR dan kami berempat pun tidur lah dalam kereta je. Aduhh sakit belakang, sakit satu badan jugak la. Sabor je lah.

Dekat 2 jam jugak lelapkan mata , tidur2 ayam pun ye jugak sebenarnya. Suami kata ok lah, dh boleh teruskan perjalanan. Sampai di Puncak Alam dekat pukul 4 pagi. Pusing2 cari2 kut2 jumpa hotel area situ utk segarkan badan  sikit. Nak kena mandi sebab  dah  macam pekasam je badan haha!

Puas cari , tk jumpa pun. Maka nya, kami bergerak ke area Klang . Jumpa lah hotel kt situ, jadi dpt lah solat Subuh dan segar dan wangi2 kan sikit badan kat situ. Pukul 8 pagi ,kami terus ke Kampus Puncak Alam untuk urusan pendaftaran Nana.  Alhamdulillah, urusan cpt selesai sbb masa tu tk ramai lagi orang.

Selamat berorientasi Nana! 







Monday, June 6, 2016

Cubaan

Betul jangkaan saya, Nana akhirnya berjaya dalam temuduga nya.Alhamdulillah, syukur kerana cita2 nya untuk menyambung pelajaran di UTIM dalam bidang muzik tercapai juga.

Jadi sehari sebelum hari pendaftaran, kami dah bertolak dari Alor Setar. Nak dijadikan cerita, semasa singgah di RnR Bukit Semanggol, kereta buat hal pulak. Check punya check, rupa2nya bateri kereta rosak. Selepas dibantu oleh Peronda Lebuhraya, kami terpaksa keluar ke Taiping untuk cari bateri baharu. Masa tu dh senja. Sampai kt Taiping, semua kedai jual bateri kereta dah tutup la pulak.

Kami pusing2 bandar Taiping kut2 boleh jumpa kedai yg bukak. Dlm hati duk kata, kalau enjin kereta ni tiba2 mati, lepas ni memang dah tk boleh nak hidupkan balik. Alamat nya tidur kt tepi jalan lah kami mlm ni.

Senja dan bertukar malam. Kacau sungguh lah. Hati mula berdebar2. Esok pagi dah la anak nk kena daftar kat Shah Alam. Saya dah mula gabra. Tanya suami, nak buat macam mana ni? Kalau jln terus ke Shah Alam, mesti kena isi minyak. Nak isi minyak , kena matikan enjin kerera. Kalau dah matikan enjin,  lepas tu kena melanguk kt situ je lah nanti sebab kereta tak boleh nak dihidupkan pulak.


Kemudian, saya cadang kat suami, jom kita pergi kt balai polis, minta bantuan,kut2 meeka boleh tolong.
Tapi suami pulak bagi cadangan untuk cari balai bomba. Haaah? Balai Bomba? Saya tanya kenapa nk ke balai bomba? Kata suami, kan itu pasukan bomba dan penyelamat. Mana tau kut2 mereka boleh ' selamatkan' kita.

Tak terfikir pulak dalam fikiran saya kalau berlaku kecemasan ni perlu di balai bomba. Hahaha!
Pusing2, akhirnya jumpa lah balai bomba Taiping. Kebetulan ada beberapa anggota berada di situ. Setelah suami ceritakan hal yg berlaku, anggota bomba tersebut dengan rela hati nya telah menelefon tuan punya kedai bateri yg dia kenal.

Lega rasanya hati saya bila tuan punya kedai tu akhir nya sampai dan bawa kan bateri baharu. Waktu tu dekat pukul 10 malam dah. Dengan rela hati pulak, anggota bomba tersebut yg bernama En.Mohd Noor  tolong pasangkan kat kereta kami. Terharu saya dengan budi baik beliau. Siapa sangka kan, dalam keadaan kecemasan macam ni , pihak bomba pun boleh dituju!

Temuduga

Alhamdulillah, pada 24 April 2016 yg lalu , Nana , puteri kedua saya dipanggil untuk temuduga  di UITM.
Si Nana ni memang sangat2 berminat dgn muzik. Nak sekat dan larang pun , rasa macam tk boleh jgk.
Bakat semulajadi yg ada dlm diri dia tu pun anugerah Allah. Bukan semua orang ada bakat mcm tu.

Nana sedang praktis piano sebelum ditemuduga.Masa ni konfiden je dia mainkan lagu kegemaran dia tu.


Temuduga pukul 2 petang, pukul 10 pagi kami dah ada kt sana. Ikut kan, kami kena tunggu temuduga utk sesi petang, tp pergi tanya urusetia yg ada kt pendaftaran. Tanya depa kut2, boleh diawalkan. Alhamdulillah, pukul 12 selesai ditemuduga.

Sementara tunggu giliran, kami naik ke tingkat satu untuk Nana buat latihan bermain piano. Semasa duk praktis tu, ada beberapa org  menjenguk tengok. Komen mereka, wahh best nya dia main piano! Saya pun berpuas hati dengan cara dia bermain piano.

Tetapi, semasa keluar dari bilik temuduga, saya lihat wajah Nana berkerut. Muka dan hidung dah merah hahaha!
Saya tanya kenapa?
Kata Nana  semasa main lagu kedua tu, dia ada silap sikit. Gelabah kata nya! Hahahaha biasa lah, tk pernah ditemuduga sebelum ni memang mudah gabra lah.

Saya tanya lagi, berapa org penemuduga dalam bilik tu?
Kata dia, ada 3 orang.
Saya tanya lagi, depa tanya apa? Depa suruh buat apa?
Masa tu Nana dah sebak dah. Bergelinangan dah air mata! Kih kih!  Agaknya dia bimbang kalau2 dia tak berjaya nanti.
Dia kata, dia buat apa yg pensyarah tu suruh. Dia jawab apa yg pensyarah tu tanya, tp semasa main lagu kedua tu silap sikit sebab gabra.

Saya dan papa nya bagi kata2 semangat. Relax la, sure Nana boleh nya. Silap sikit tu biasa la sbb gelabah. Sebelum ni, dia boleh main ok je.

Sepjg perjalanan pulang, dia diam je. Huhuhuhu masih tak puas hati dengan diri sendiri kut tu.
Apa pun, jauh di sudut hati, saya tetap yakin dia akan dapat.

Sunday, June 5, 2016

Lama nya tak update blog!

Lama nya tak update kan blog nih!.
Apo nk dikato, sibuk memanjang. 24 jam sehari semlm pun rasa mcm tk cukup.
Haha, tak betul jgk kalau mcm tu kan. Sebenarnya, masa tu ada, kena cari luang .
Cuma masalah nya, masa nk update, tetiba dtg pulak kerja lain, kan dah terlupa pulak nk taipkan kt blog ni.

Kebetulan sekarang ni cuti sekolah, ada lah masa sikit nk selak2 blog ni.
Tp dalam duk cuti-cuti ni pun, sibuk jugak memanjang. Dalam cuti ni berlonggok bawa balik skrip jawapan peperiksaan anak2 murid. Lepas tu sibuk pulak kena masukkan markah dalam SAPS secara online.
Alhamdulillah, hari ni beres semua.